Skip to main content

Cerpen Yang Bertajuk : Dalam Hati Ada....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Tadi masa kat ofis, Jekjan tanya saya pasal bateri mouse. Beliau kata, bateri mouse beliau dah nak habis, so beliau tanya sama ada Helpdesk supply ke tak replacement batteries.[maklum le, saya ni kan ex-Helpdesk terulung]. Tapi saya tak tau pon jawapan kepada soklan beliau iteww... Sbb masa saya kat Helpdesk, belum ader kes bateri mouse habis lagi.

Pastu, saya dgn penuh kesyaitanan di dalam diri, menggelakkan beliau sambil kutuk-kutuk beliau. Saya tanya beliau, penah ke org lain kat SSM ni dah habis bateri mouse? Wakakaka... kelakar...kelakar... Pastu saya ckp lagi kat beliau, "kalo ko mintak dgn Helpdesk, mesti ko akan dinobatkan sebagai org pertama dlm SSM ni yg habis bateri mouse". [Org Kg Baru mcm biasa le, tumpang gelakkan beliau].

Lepas habis je ayat saya mengutuk si Jekjan, terus cursor mouse saya tak bergerak. Saya try on-off tak berjaya jugak. [Konon-konon macam 'restart' mouse la konon. Hahaha.. tu kan teknik default Helpdesk. 1st level support la katakan.]. Dah tu, saya kuarkn plak bateri mouse tu dan masukkan balik. Tak gerak jugak. Try plak add device, tapi bila searching, notebook ni tak jumpa mouse tu. Pastu saya turn on-turn off kan button gigibiru[bluetooth], masih gak tak gerak2 cursor tu. Tapi saya cool je. Masih bleh godek-godek mouse tu sambil nyanyi lagu reggae lagi. [Padahal dalam hati, ader taman neraka. Grrr... ]

Dengan muka malu setepet, saya terpakse le bagitau Jekjan yang mouse saya plak yg problem. Pastu beliau tanya le, masalah apa? Bateri ke? Saya mana nak mengaku. Tadi dah kutuk beliau dgn sewenang-wenangnya, tetiba nak ngaku mouse saya plak abih bateri, takleh jadi. Saya yakin masalah lain. Sbb notebook tak dpt detect mouse tu. Haiihhh.... Dah purple jugak muka haku ni.

Tetiba nampak Pijui lalu kat tengah-tengah laman ofis tu dgn muka bizi sambil bawak 1 rim Double A. Tapi saya tak peduli, dan-dan tu jugak saya panggei beliau "Haaaa... Pijuii.... Tolonggg... notebook aku tak detect mouse la..". Wahhhh seperti pahlawan melayu di zaman Kesultanan Melaka Pijui dtg ke meja saya. Beliau pun buat juga semua steps yg saya dah cerita kat atas tadi. Sama gak. Pastu, last-last skali, Pijui kata nak balik tempat beliau jap... nak amik bateri spare.

Lepas je beliau tukar bateri, then.... bolehhhhhhhhhhhhhhhh la plak guna mouse tu... Huuwaaa... Mcm haram zader je mouse ni. Pastu apalagi, si Jekjan dgn Org Kg Baru bantai gelakkan saya dan dierang kata "nampaknya, ko la org SSM pertama yg habis bateri mouse" . Mouse Jekjan plak, elok je lagi, masih bleh digunakan. Kelakar...kelakar.... [padahal, dlm hati.... malu nak mampus, rasa cam nak cabut kepala jap, sorok dalam lemari, manakala, badan plak rasa mcm nak transform jadi telefon.]

Moralnya untuk saya :
1] Jangan kutuk orang, jangan buat jahat kat orang, terutamanya kalo org tu puasa, sebab saya ni jenis yg kalo buat jahat akan dibalas cash. Huhu...
2] Jekjan boleh 'tulah' orang. Bahaya mengata dia.
3] Kalo ader problem, jangan nyanyi lagu reggae.


*Mouse notebook saya guna bateri AA, sebab wireless. COnnect guna bluetooth. ~ Bagi yang tidak tahu sahaja.

Sebagai upah utk kamu yg membaca entry ini, saya sertakan gmbr-gmbr ini utk tatapan kamu..

Ladybird. Comei.

Yg ni mesti Cik Atul suka sbb Ferrari.

Saper pakai mouse ni, dah sah pervert.

oooppss.. Yg ini En Stormpong tak suka. Sbb dia tak suka makan fastfood. Tak baik utk kesihatan kata beliau.

Yeah... Yahudi. Yahudi itu syaitan kata Ammar, anak kakak Chomel.

Comments

  1. dgn penuh rela ku korbankan bateri spare ku demi utk selamatkan tikusmu...ahaksss !!!

    ReplyDelete
  2. adakah zykron itu pijui??
    tu la, ingat ni, buat baik dibalas baik, buat malu orang, malu jugak yang ko dapat. lawak lawak

    ReplyDelete
  3. Zykron : Mekasih la wei.... Budi dan jasamu disimpan di dlm peti. Nnt ku ganti bateri mu iteww..
    KakakChomel : Yer la tu. Zykron=Pijui. Nickname mcm robot voltron the defender of the universe. Aku ingat kak nasihat ko. Insaf dah ni. Cuma kenkadang je lupa. Lgpun, tak sangka plak balasan aku akan dpt on the dot. mueheheh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca