Skip to main content

Puss In Boots Mintak Penampar.

Sejahteralah ke atas kamu.....


Korang mesti la perasan yang aku memang dah once in a rainbow moon mengupdate blog. Aku rasa macam masa aku tak cukup je. Ntah apa benda yang aku sibukkan sangat ni aku pon tak pasti. Biasanya aku update blog time office hour[kalo pegawai integriti ofis aku baca ni abih arr aku kena buang padang].  Sekarang office hour aku dah tak sempat nak hapdet. Apatah lagi nak belokwoking. Haiya. Kacau.

Bulan Syawal masih bersisa. Aku dah berhenti beraya sejak aku balik ke KL minggu lepas. Semua keseronokan raya telah aku tinggalkan di kampung. Biar kampung sahaja yang mencetus kebahagiaan raya tu. Tahun ini, raya paling sedih buat aku, dalam masa yang sama raya yang paling hepi jugak. [Ko ni mana satu ni??!!]. Sedih sebab rasa kekurangan. Arwah mak aku dah takde. Huuwaa.. aku dah takde makk... 

Paling aku teringat, setiap tahun sehari atau 2 ari sebelum raya, arwah mak akan ajak aku pergi pasar besar Kuantan untuk beli lauk berlambak gile. Semua lauk tu untuk stock selepas raya waktu pasar besar tutup, sedangkan family aku ada ramai lagi sampai raya ke3 kat umah mak abah aku. Korang tau2 je la kan. Kat pasar yang konker bisnes memang orang melayu iaitu mereka yang sambut ari raya aidilfitri. Semasa ikut mak pergi pasar tu aku akan jadi macai sejati mak aku. Aku tolong bawak barang dan hanya follow je ke mana mak aku pusing atau singgah. Mak aku hanya pilih ikan... dan ... err... dah tentu dia bayar sendiri. Kuhehkuheh.. Aku masa tu kewangan tak stabil lagi. Maklumla... org bujang gaji kecik, banyak utang plak tu. Kadang2 [sebenarnya selalu] aku buat muka terkebil-kebil puss in boots, dapat la baju raya mak aku belanja. Hahah. Lepas dapat baju raya terus aku terlompat-lompat macam Smeagol dapat cincin. Aku suka bawak mak aku pegi pasar atau pergi shopping. Sebab mak aku pemurah orangnya. Lagi satu, kalo aku bawak mak aku, aku mesti akan dapat parking keta kat tempat parking yang paling best. Depan kedai betul2. Tak tau le ilmu apa mak aku pakai. Tapi aku mesti akan senang dapat parking kalo aku bawak dia.

Kenangan lain yang mengusik jiwa aku pada raya ni ialah ketupat. Selalunya aku adalah orang yang konfirm ada kat kampung 2,3 hari sebelum raya. Sebab aku bujang lagi masa tu. Sehari sebelum raya, aku akan collaborate menganyam ketupat dengan mak aku. Yang mana, aku hanya tau anyam je. Nama nak tolong raut lidi untuk dapatkan daun kelapa yang sedia untuk dianyam tu memang takde la. Tahun ni, memang aku sangat terasa kehilangan. Aku anyam ketupat pon aku kena raut lidi sendiri. tu pon berlambak daun yang terputus kat tengah sebab aku bingai tak pandai raut daun tu. Memang tak bleh harap. Kalau tidak kakak aku nak rebus ketupat segera je. Tapi aku jugak yang beriya-iya nak anyam ketupat. Sebab.... aku saje nak feel buat persiapan raya tu. Kalo beli yang segera memang segera la siap. Tapi feel tu kureng la kan. Citer banyak pun tak guna... Ketupat tahun ni hanya dapat 28 ketul je. Maklumlah... Aku ada anak kecik. Tak sempat nak anyam banyak2. Anyam tu kejap je, nak prepare daun tu yang lama. 

Di pagi raya pon aku memang rasa janggal bila tengok abah aku duduk sorang di sofa sewaktu anak-anak cucu bersalaman dengannya. Biasanya arwah mak ada di sebelah... :(. Tak baik sedih-sedih. Sekarang kita citer yang hepi-hepi plak.

Tahun ni raya aku agak bermakna. Mungkin sebab aku puasa penuh tahun ni. Mueheheheh... Kalo korang nak tau rahsia hidup aku [ader ko kata ko nak tau??], seumur hidup aku tak penah puasa penuh. Masa kecik2 mak aku tak la paksa aku puasa sgt. Kalo aku nak puasa aku puasa, kalo malas sudah mak aku kata. Sebab aku belum baligh lagi. Pastu bila dah baligh, sebagai seorang wanita, aku tiap-tiap tahun perlu tinggal puasa. Tahun lepas aku sepatutnya boleh puasa penuh sebab aku pregnant, tapi aku alahan... aku kena jgk buka puasa. Boo tak malu! Tapi tahun ni, aku mampu mengubahnya. Aku bersyukur kerana Allah memudahkan untuk aku puasa penuh walaupun aku membreastfeedingkan si Luth genius tu. Alhamdulillah.

Lagi satu, aku rasa hepi beraya mungkin sebab aku ada Luth. Aku beli baju raya Luth 4 helai. Semua romper. Baju jangok kata orang Ganu. Pastu 2 helai jubah dihadiahkan oleh kakak aku untuk Luth. Aku terlampau hepi sebab aku rasa baju raya Luth comel sgt. Mana ada orang hepi semata-mata sebab baju raya anak dia comel. Pastu gi umah ibu, kena maroh dengan ibu sebab beli baju 'rimas' kat budak kecik. Luth menangis sebab panas. Hahaha. Tapi jenis menantu kuat menjawab, aku ada je jawapan yang last2 skali aku memang kalah dalam perbahasan tu. Mati kutu nak jawab lawan pidato dgn orang berpengalaman. Ngee.. Ampun ye ibu. Gurau2 je.

Okay. Lenkali aku sambung. Aku nak balik ni. Nak kena amik budak Luth tu. Sebelum berakhir, aku sudahi dgn sekeping gmbr Luth.



Tetiba seluar Tolly Joy. Hehe.



Tak reti mengira. Hahah. Sebenarnya 4 keping. Mula2 nak bagi sekeping je. Tetiba rasa nak share bnyk2 gmbr Luth sebab aku perasan anak aku comel sangat. Muehehe. Layan je la ye.

Comments

  1. Mesti sayu jerk... Apapun semoga roh mak ditempatkan dikalangan org2 beriman..
    Cute gler luth pakai jubah putih ngan serban tu :D

    ReplyDelete
  2. Memang comel pung..!
    Al Fatihah buat arwah mak Lyd.

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah buat arwah mak..

    selamat hari raya Lyd, maaf zahir batin..

    comelnye Luth, geram aku tengok... (^_^)

    ReplyDelete
  4. Luth dah besar..omeynya ia..(n_________n)

    ReplyDelete
  5. Cutenya si-Luth tu, ucapkan selamat hari raya kpdnya...

    ReplyDelete
  6. biasalah..sesuatu y slalu ada..tiba2 xde..mmg terasa sgt kan.. lg2 klo byk knangan bersama.. arwah mak lyd sama dgn mama lya.. klo kemana bsama.. mesti ade je dpt sesuatu.. x mintak pon.... hehe.. tp kan.. ini y buatkan lya sebak n ingin mghargai setiap masa y ada ni.. coz mama lya pon makin tua.. lya sndiri takut nk hadapi saat tu .. sbb lya n mama sgt2 rapat...

    haaa.. g2 la bila ada ank lyd.. sama cam lya..sbb tu entri lya belambok2 pic asya tu.. sbb perasan ank comey.. xpela..comey utk kt &d mata kt kan...

    ReplyDelete
  7. cerita pasal ketupat,
    gambor ketupat tak de?

    ReplyDelete
  8. long time no see kak lyd..semoga sihat selalu
    salam takziah buat ibunya. dari dulu sampai sekarang luth sangat comeeellll..

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya Lyd. Al-fatihah utk arwah mak. Saya pon rindu dgn arwah ayah.

    Comel nya luth ☺☺

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya lyd...
    comelnyz luth lama tak tgk...dah besau...
    sedih kan bila raya dah tak sama bila kihilangan org tersayang

    ReplyDelete
  11. Comelnyer Luth...
    Semoga membesar menjadi anak yang soleh ye dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Lyd :)

    ReplyDelete
  12. Ya Allah hensem nye anak kamu berjubah, berkopiah dan berkaca mata... ;)

    ReplyDelete
  13. lyd ni,mmg menceriakan suasana pagi cikgu..cikgu kalu nak mood hepi2 mesti baca entry lyd dlu..so,pasni perbanyakkan entry best2 tau..ehehe..apa2pun, jom kita smbg puasa 6 syawal..dapat pahala setahun woo..hehe..cikgu dah 3 tahun dpt puasa penuh..jgn jeles..untungkan ibu 'breastfeed' ni..(^-^)

    ReplyDelete
  14. salam kak :D.. hihi..
    jubah pun akak beli tuk luth? cantik2..
    mmg luth comel pun..
    waaa... bestla akak pandai menganyam ketupat..
    lady pandai hancur lumatkan jerk.. :P

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya. lama x update blog ye.

    ReplyDelete
  16. samalah kite wehh..herot petot daun tu kalo koi yg merautnye

    ReplyDelete
  17. ituler akak kata silap tulisker sekeping sebab tengok berkeping-keping.. ha.. ha.. memang comel per.. anak kitakan...
    memang hari raya suda pastilah ada gak kenangan yang sebenarnyer terindah waktu kita dulu yang kita imbau .. tapi insan yang kita kasihi yang ada dalam kenangan itu sudah tiada.. bukan sedih tapi teringat2kan...
    akak ketupat memang takder skiller.. sebab orang kampung akak buat lemang.. tapi lani lemang semuanyapun belijer...

    ReplyDelete
  18. Uwaaaa comel giler gambr berserban tu. Congrats dapat puasa penuh ;) I masa menyusukan si JJ tak mampu, gigil2 lutut berpinar mata tak nampak apa (walhal iman tak kuat) hahahhaa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...