Skip to main content

Kena Pergi Surkus!

Sejahteralah kamu...

Bulan 9 nanti aku kena pegi kursus 3 hari 2 malam kat Kuantan. Memula bila tengok nama aku masuk dalam senarai, aku dah jiwa kacau. Cemana dengan Luth? Nak tinggal dengan sape? Nak minum susu cemana sebab aku takde stok susu. Isap nenen papa nanti kuar air milo plak. Huhu.. Aku cuba untuk tarik diri. Tanya penganjur boleh ke kalau tak pergi? Penganjur kata boleh tapi kena dapat kebenaran bigboss dulu. Aku kalo part nak kena mengadap bigboss ni aku malas la skit. Walaupun bigboss aku bukan le garang pun. Tapi tahun lepas dah ada 2 org ofismate aku yang breastfeed anak derang yang tak dpt kelulusan pun utk tarik diri bila nama derang naik untuk pergi kursus tu. 

Dilema aku untuk pergi kursus ni ada banyak.... yang paling utama ialah susu. Aku memang meletakkan keazaman yang setinggi awan untuk menyusukan Luth dengan susu ibu sampai dia berusia 2 tahun. Tapi aku takde stok susu. Susu hanya kais pagi makan tengahari, kais tengahari makan petang je. Kalo ari bekerja pon aku balik waktu rehat tengahari untuk hantar susu kepada Luth kat umah pengasuh, nanti kalo kat tempat kursus cemana gayanya?

 Yang kedua sebab  Luth tak pernah tak tidur dengan aku pada waktu malam. Aku tau dia okay je kalo aku takde, sebab kalo tido siang dia okay je kat umah nenet, maksudnya malam pon mesti dia akan okay jugak insyaAllah tapi aku je yang sedih kalo Luth takde. Sebab aku kan mama over. Huhu.

Aku harap suami aku dapat temankan aku masa aku kat tempat kursus. Nanti aku mintak la bilik lain dan bayar sendiri. Dengan harapan, suami aku dapat jaga Luth dan bila tiba waktu menyusu, aku berlari kejap bagi Luth susu. Tapi malangnya suami aku takleh cuti lama2. Nanti kastemer lari, bisnes lingkup katanya.

So, aku decide nak mintak tolong ibu mertua aku [nekwan Luth] la tolong jaga Luth selama aku gi kursus tu. Susu nanti aku struggle for success la untuk sediakan. Cuma aku harap hati aku setabah hati Siti Aminah la melepaskan anak untuk dijaga oleh nekwannya di kampung. Padahal 2 malam je. Gaya mcm 2 tahun. Kalo ikutkan hati memang la sedih [tu pon nak sedih], tapi aku perlu jugak ajar anak aku jadi tabah dan kuat semangat. Kalo tidak bila nak start ye tak?
Saiyanggggg anak mama niiiii...


Comments

  1. lorh ingtkan 2 minggu.. hihi mtk2 diprmudahkan yer sis.. :)

    ReplyDelete
  2. cabaran seorang ibu...pertama kali ke, berapa kali pun..mesti berat hati kan..

    *ckp mcm ada pglmn je saya ni kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ujie, mmg berat hati...


      *apa salahnya... naluri keibuan ujie tu dah lama ada.

      Delete
  3. xpe lyd..kuatkan semangat. insyaAllah boleh. Sy pun xde pengalaman lg berpisah dgn qisya..ohh xboleh bygkan kalo kena g kursus sob..sob...angkut sekalila,dgn anak n suami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo boleh angkut sekali anak dgn suami memang best jugak. Sambil kursus sambil berehat.

      Delete
  4. Mmg tensi kalau kena berpisah ngan anak lyd..tambah2 kalau BF...sib baik kan ade jgk options tuk selamatkan keadaan...harap2 semuanya ok nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tensi tu tak sgt ummuaidan cuma rasa sayu je. Maklum la... anak kecik lagi. Apa la yg dia reti. Terima kaish di atas doa ummuaidan. Saya pon harap semuanya okay.

      Delete
  5. Saya juga dulu pernah hadapi situasi yg sama, kena pergi kursus wajib selama 3 bulan. Kursus pula di Sg Petani, saya masa tu kerja di KL. Masa tu isteri tengah sarat pregnant 6 bulan anak pertama, itu yg berat hati. Tapi isteri yakinkan saya dia boleh hadapi segalanya berseorangan. Dan akhirnya isteri bersalin ketika saya sdg berada dlm kelas berkursus. Hanya hari ketiga baru dpt jenguk baby kami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama sekali nak ucapkan tahniah sebab JR mempunyai istri yang baik dan berdikari. Kalo saya tu maunya nangis kalo suami gi kursus 3 bulan dah la pregnant, anak pertama plak tu. Kim salam kat wife ye. Bitau dia saya kagum dgn dia.

      Delete
  6. Teringat adik ipar ketika anaknya masih bf. Dia kerap pegi out-station dan tinggal baby dgn bibik kat rumah dgn stok susunya penuh dlm freezer!Dia dah macam kilang susu!

    ReplyDelete
  7. Sian luth kna tggal nnti even 2 mlm je pn...xtau perasaannya cmner yek...sy xpernah lg brpisah dgn ank...xtau rasanya n mmg xsanggup la nk pisah..gi anto umah pengasuh pn dh rindu2an...ni kn plk nk tggal brmlm tnpa dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Tak tau lagi cemana saya dgn Luth nnt. Malam2 nangis nak susu, nekwan la kena bangun panaskan susu.

      Delete
  8. kesian luth kena tggl ngan mama dia 2 hari je..susah jugak kalo ada babi nie..

    ReplyDelete
  9. Kalau tak pernah berenggang, mmg susah la kan. Tambah lagi bf ni, nnt bila time dia membengkak time menyusu Luth tu, lagi sedeyh. Bertabah la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu... sedeyhh... tido malam le biasa time kita bleh peluk dia diam2. Kalo bengkak takpe lagi, boleh pump kuar. Thanks ye mommy JJ.

      Delete
  10. walopun Ya adalah pensusu lembu, aku pernah tinggal dia sekali masa outstation.. lepas tu, serik amat! memang aku angkut dia tiap kali outstation. angkut skali dengan suami.. mwahahahahahahaa..

    saje nak jadi anonimus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngape ko serik wey? Dia nangis ke ko yg nangis?

      Delete
    2. mestilahhhh..aku.. mwahahhahahaha... dia relax je.. aku balik takde hal.. haih... bak kata adik ipar ko: mak mak memang over...

      anonimus lagi

      Delete
  11. hmm...besar cabaran wanita berkerjaya ni...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah... ayat ni wp mcm serius tapi mcm menganjeng je bunyinya. Heheheh.

      Delete
  12. tengok tajuk ingatkan nak gi sarkes...

    Alahai siannya first time erk... memang berat hati tapi nak wat camnerkan..tabahkan hati ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah first time nita. Nak tanak kena jugak hadapi dgn senyuman. * lebih kurang cam sarkes jugak sbb nanti kena beraktiviti terkinja2 mcm sarkis.

      Delete
  13. Sabar ye Lyd, insyaAllah boleh punya.. tapi tu la sure 'rindu' akan bertandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih MJ. Sure punya rindu. Sedangkan waktu kat ofis pon rindu, ini pulak tinggal 2 malam.

      Delete
  14. faham sangat perasaan seorang ibu, tp sebagai pekerja kita harus pikir2kan juga tangungjawab kita, moga dipermudahkan semua urusan yer lyd!

    ReplyDelete
  15. dulu anak ngasuh saya mak ayah dia kena g out station,dia tinggalkan je kat rumah saya,tapi 1 malam je lah...ada 3 orang,mula-mula ok lagi tak nangis,lama-lama dah nak tengah malam,baru masing-masing terasa kehilangan,puaslah memujuk,tipon pulak mak ayah diorang pujuk dalam phone,tapi diorang dah besar anak Lyd ni kecik lagi,tak nangis kannn....hehehe

    ReplyDelete
  16. akak, try la pump breastfeeding tu. banyak dah lat kedai. cer try sini.
    serius.

    http://irinenadia.blogspot.com/2013/07/breastpump-medela-freestyle.html

    btw, akak. green screen tu utk fyp saya kak. heherhe

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...