Skip to main content

Dilemma ; Rumah Nenek Pengasuh Atau Taska Ofis

SEJAHTERALAH KE ATAS KAMU.... [amboi hurup besar semua.]

sebelum luth lahir, aku dah hantar borang permohonan untuk booking tempat di taska kat ofis aku. dengar ceritanya quota selalu penuh. walaupun dah awal aku hantar, tapi permohonan aku tu masih berada dalam senarai menunggu. quota untuk bayi pula memang terhad. penyudahnya, sampai luth lahir pun memang takde harapan la nak hantar dia ke taska ofis.

sekarang dah 8 bulan usia luth. baru semalam taska responds dan kata ada kekosongan. mula-mula dulu, aku memang harap sangat dapat hantar luth kat taska ofis. senang aku nak lawat dia tengahari. senang aku nak hantar susu kalau susu tak cukup. tapi bila dah lama nenek jaga luth, aku rasa nenek jaga luth dengan baik, aku mula la jadi dilemma bila ada 2 pilihan macam ni.

aku mengada-ngada kan? mula-mula nak sangat. dah dapat peluang ni aku rasa macam tak nak pulak. apa ni? apa ni?

kebaikan taska ;
1. dalam bangunan ofis - senang nak pantau
2. murah
3. penjagaan mungkin lebih professional
4. kawan-kawan ramai

kebaikan nenek ;
1. suasana tenang, perhatian kat anak lebih sebab baby hanya ada 2 org je nenek jaga.
2. dekat dgn rumah. kalau aku mc, aku bleh hantar luth kat umah nenek. jalan kaki je beberapa langkah.
3. nenek masakkan bubur untuk bagi luth makan.
4. merapatkan silaturrahim sesama jiran. sejak hantar luth la aku baru kenal dgn jiran2 walaupun tak ramai.

kekurangan taska ;
1. dalam bangunan tertutup. anak-anak hanya main dalam ruang tertutup. selamat tapi kurang berkembang.
2. masa perjalanan pergi dan balik akan letak luth di baby car seat. aku macam tak sanggup nak hadap jem bersama luth. aku takut dia menangis pastu aku panik. 
3. kalau aku mc, aku takkan nak hantar luth gi taska. baik aku takyah mc. 
4. selalu terjadi kes taska tutup 2 minggu sebab dijangkiti wabak. bengkrap la cuti aku.

kekurangan nenek ;
1. mahal sikit daripada taska. [taska sebab esesem dah bayar separuh].
2. mungkin pendedahan luth dengan pelajaran kurang la. sebab org tua yang jaga kan..
3. kalau nenek tetiba nak cuti aku pun kena cuti la.


aku dah berbincang dengan mat azghul. kami dah sepakat membawa muafakat dah nak pilih yang mana. ko rasa apa pilihan kami? ce teka. ce teka.

Comments

  1. nenek la...taska tunggu besar sikit..ye nenek x ajar abc...tp nenek tidurkan baby dengan zikir..lagu2 rakyat...kite belajar jugak tu....dengan nenek baby rasa kasih sayang tu lebih sikit....taska?penat baby tu...nnti besar pon kompom ke taska jugak..so pilihannye..NENEKKKK....ye x?ni sape punye pilihan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ;) yey... suka dengan komen ni. pilihan kami sama2 la. sbb sama2 fikir benda yang sama.

      Delete
  2. Mmmmm....

    Klu pendapat dan cadangan akulah kan, aku pilih

    NENEK.

    Sebab:-

    1) Luth dah serasi.
    2) Kita dah yakin.
    3) Terbukti kebagusan nenek tu.

    Disebabkan Luth masih baby, tak perlu kawan ramai lagi. Mungkin boleh decide bila umurnya dah cecah 3 atau 4 tahun. Tapi perlu tumpuan sepenuhnya. Bukan senang nak dapat babysitter yang serasi dengan anak dan keyakinan kita.

    Mmmm....

    ReplyDelete
  3. untuk permulaan pilih nenek dulu...

    tp bile dh besar sikit baru g taska...

    tu aku la...

    same tak, same????

    haha.

    ReplyDelete
  4. Pd sy di usia mcm nie sy lbh prefer pengasuh dr taska..dan kalo diberi pilihan mcm nie pun sy still pilih pengasuh...kalo umo 2 tahun ke atas baru sy akan pilih taska.

    ReplyDelete
  5. teka... kat nenek.. sebab pantauan lebih..
    hehehe.. :) mane gambar baru luth?

    ReplyDelete
  6. Alaa kalau dah serba salah tuh mesti lah nak ngan nenek tuh..takperlah lyd..lgpun nothing to worry anymore, luth dah boleh makan..dah biasangan nenet..kalau kat taska tuh kena suaikan diri lagi..
    so vote for nenet! yeayy hidup nenet!!!..aku lak yg lebih..hehe

    ReplyDelete
  7. nenet kot.. sementara luth takleh bercakap lagi ni.. taska sok luth dah leh bercakap.. baru la anto sane.. kesian jugak kan kat nenet. kadang nenet jage budak bukan nak duit sangat.. tapi nak hiburkan hati tua yg sunyi.. ehh... gitu..? hahaha

    ReplyDelete
  8. nenekkkk...

    aku dpat bayangkan luth akan bercakap macam nenek nenek nanti.. mwahahhahahaha.. sebab? pengalaman mengajar aku erti kehidupan.... *tetiba*

    ReplyDelete
  9. Kalau rin nk kekalkan kt nenek..
    Duit tu put aside la kan..yg pntg yg mana ank gumbira..dan yg pntg dia dah rasi dgn nenek tuh..

    P/s: rin org KL..mmg dibesarkan di KL..mak abh asal kelantan tp dah xd sapa kt kelantan..gitewww

    ReplyDelete
  10. Klu kak Nurul lebih baik kekalkan nenek aje jadi pengasuh Luth,sebab dia dah serasi dgn nenek tu....

    ReplyDelete
  11. Bagi KA kita kena fikirkan anak tu, keserasian plg penting kalau nak kira tntg wang or nak pilih yg lebih murah tp tiada keserasian sudahnyer akan timbul masalah jug akemudian hari. KA pilih neneklah. Sebab anak2 KA even tk dijaga ditaska dan hanya dijaga oleh nenek, alhamdulillah bila masuk ke sekolah mereka ttp cemerlang. Yg penting kita sebagai parents kita pun kena ada usaha untuk bagi pendidikan awal pada anak2 kita bila di rumah !

    ReplyDelete
  12. nenek
    walaupon tua nenek byk pengalaman
    luth pon dh selesa dan serasi dgn nenek kan

    ReplyDelete
  13. Dengan nenet nenet untuk syusyu. Takpa la kurang expose pada pelajaran, kecik pun lagi kan, dia ada belajar benda lain pulak dari nenet, macma mengaji, dengar zikir etc. U pun dah mula kenal jiran, baik untuk semua orang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...