Skip to main content

Hari Gossip SeMalaya Ialah Hari Ahad

Sejahteralah ke atas kamu..

Peminat seni tanah air macam saya ni, mana boleh terlepas daripada menonton rancangan-rancangan gossip hiburan macam Melodi dan Propaganza setiap minggu. Rasa cam tak lengkap hari Ahad saya kalau tak tengok rancangan-rancangan tu semua. Ehehe. Poyoh je. Semalam bila tengok temubual wartawan Propaganza dengan kumpulan punk Bunkface, saya tergelak sensorang. Sebab komen derang macam kelakar la jugak, pasal support local music industry. Yang sorang tu kata, buat apa nak minat KPop. Daripada minat KPop, lebih baik sokong industri muzik tempatan. Pastu, dia tanya kenapa nak minat KPop, korang tau tak KPop tu miming je, pastu buat plastic surgery je. Yang sorang lagi tu plak kata penat dia belajar muzik tapi tak dpt sokongan peminat tempatan. Dan yang last skali kata sian kat dia nak kawen pun takde duit sebab muzik dia tak laku kat negara sendiri bila org Malaysia asyik sokong KPop. Hahaha. Kelakar la jugak. 

Saya suka KPop[alamak.. kantoi. rosak reputasi aku sbg wanita berdedikasi]. Saya pun suka jugak Bunkface. Tapi, saya bukanlah peminat yang pernah menyumbangkan kekayaan pun kepada kedua-duanya. Lagu-lagu mereka yang saya dengar hanya di TV, radio atau youtube sama ada KPop atau Bunkface. Itu dikira sebagai menyokong industri ke tak? Dan saya yakin, ramai jugak peminat-peminat KPop pun sama macam saya. Suka dengar lagu, suka tengok derang menari tapi mungkin mereka hanya dapatkan secara percuma sahaja di internet. Ada la kot yg beli ringtone KPop, tapi ramai lagi yang donlod free je. So, tak timbul isu 'periuk api nasi artis tempatan terjejas kerana peminat lebih meminati KPop'. Kalau orang tak minat artis tempatan, ada la sebabnya tu. Mungkin artis tempatan bagus, tapi mungkin belum cukup bagus. Yang tu kena la berusaha improve. Kalau artis tempatan rasa dia dah cukup bagus tapi masih tak ramai peminat, itu maknanya mungkin dia syok sendiri. 

Lagi satu semalam pasal Zed Zaidi nak perjuangkan hak pelakon tempatan bila Aaron Aziz yang menang anugerah. Dia kata pelakon luar perosak industri. Haihh... pelik betul. Kesimpulan yang saya dapat daripada 2-2 komen artis tempatan kita tu, ialah..... mereka tak boleh ada artis luar yang lebih diminati daripada mereka. Dalam masa yang sama, derang tanak improve diri derang sendiri, tapi sibuk nak menghalang bakat luar yang memberi ancaman. Sama jugak kesnya dengan muzik dari Indonesia yang digemari sehingga menjilat jari kaki oleh orang Malaysia. Mulalah komposer tempatan rasa terancam. Pastu nak paksa orang minat lagu-lagu yang mereka compose. Peminat ni hanya satu je... Derang bukan kisah pun muzik tu berkualiti cemana pun atau seni cemana sekalipun, asalkan sedap didengar, catchy dah... jalan. Boleh terus jadi pujaan. Kalau komposer Malaysia buat lagu dengan bajet mahal, lirik yang puitis sampai sepatah pun orang langsung tak faham lagu tu, tetiba nak marah bila rakyat Malaysia minat lagu Cari Jodoh oleh kumpulan Wali Band, itu memang tak patut le. So.... bagi saya.... kalau artis tempatan kurang peminat berbanding artis luar... maka silalah cari identity yang dapat memenuhi selera orang, bukannya paksa orang lain ikut selera korang. 

*betul jugak kata Ahmad Dhani, lagu Diambang Wati tu memang tak dapat difahami. Lagu melayu banyak yang kita tak faham pun lagu tu tentang apa, betul tak? Hanya orang-orang seni je yang faham. Lain dengan lagu indonesia yang liriknya jujur. Senang difahami. Tapi mungkin lagu-lagu Malaysia yang puitis tu memang diciptakan khas untuk orang2 yang seni sahaja. Manakala orang-orang yang tak seni macam saya plak, dengar je la lagu-lagu jujur yang tak puitis dari Indonesia.*

Lagi satu saya nak highlight pasal drama-drama Melayu. Oiihhh... tolong la remove 'jalan cerita yang berunsurkan rogol, terlanjur dan ada anak luar nikah' sebagai salah satu konflik dalam cerita tu. Rasanya semua drama yang kuar TV akhir-akhir ni, ada menyelitkan konflik macam tu dalam cerita tu. Bosan nak digest benda yang haram tu daripada kepala otak. Muak pun ada jugak. Kalau nak dijadikan pelajaran pun, rasanya dah cukup kot dengan drama-drama sebelum ni. Cuba la fikir konflik lain plak untuk menyedapkan cerita tu. Konflik pasal penyakit mental ke. Konflik pasal hutang ke. Ikut suka la... asalkan jangan pasal rogol dan zina. Bosan tau tau? *sape suh tengok drama Melayu???!!! Hahah.. kata menyokong industri. Nanti kalau tengok drama indon je karang penerbit Malaysia jugak yang sedih.




Comments

  1. Lirik lagu indon hanya 4 rangkap je..pastu yag tula duk ulang2 sampai abis muziknya..tp sedap..lagu malaysia ni lirik perlu penghayatan..komposer kne ikut trend bdak skang..xske pikir smpai kasi pecah otak..kita nak relak & santai aje..janji layan kan..sbb tu yuna leh meletop..bkn stakat fesyen tp lagu dia simple but nice..kan best tu...^__^

    ReplyDelete
  2. apa2 pon yang berlaku, pendapat saya komen2 artis kita ni ada asas nye jugak kut.... industri seni atau kerajaan malaysia kena kawal kemasukan produk2 luar ni... bukan takut untuk bersaing, tapi keadilan dan hak perlu ada.. :)

    ReplyDelete
  3. bak kata AA, komen tak matang dari ZZ tu..masa awal pencalonan tak pulak nak protes, dah menang baru kalut dok komen itu ini. eh, propa pulak saya nih! huhu
    lagi 1 pasal drama malaysia ni kan dorang suka dok awal2 berlagak alim pakai tudung siap kuar hadis dan seksaan bagai, tapi lepas tu lupa daratan bukan takat tak bertudung, siap pakai seksi lagi. tak rasa 'panas' ke? saya panas juga - 'panas hati'! hpffttt..
    dorang ni suka bagi contoh2 dari baik jadi tak baik, pas tu olah jalan cerita mcm benda tu biasa dan okay je. kalau dbiasakan benda yang tak betul lama2 anak2 generasi akan datang pun tak betul juga la jadinya..hmmmm....

    ReplyDelete
  4. lama dah tak tengok melodi..dolu2 mmg wajib.

    psl drama tu, mmg betul. buat citer mcm kering idea. Sbb tu saya dah lama tak tengok citer melayu. Stkt tajuk tau la.

    saya skrg suke citer cina ntv7 isn-jum pk. 6pm. Ada nilai kekeluargaan, penyiasatan, psiko..

    ReplyDelete
  5. hehe..lya pon kalo layan lagu just kt tv, radio or utube..kalo nk beli cd semata-mata..rsa mcm mbazir.. hehe,, sbb ada lg pkara y pting drp tu..

    dan psl zed zaidi tu plok.. kt kna igt, dulu filem2 kt drp singapore.. smua filem lama y femes amos tu dirakam di singapore kan..

    jd..dah rezeki aaron la tu..jgn la smpai nk boikot..

    ReplyDelete
  6. dah lama xlyan gosip2 artis ni..nmpk mkin parah jer...mcam2 la skrg ni...huhuhu

    ReplyDelete
  7. sekali sekala layan gossip ok gak tapi bila semua tenguk benda yang sama rasa bosanlah pulak

    akak pun ada gigi taring..buat pemanis bila tersenyum

    ReplyDelete
  8. Saya pun jarang layan drama2 Melayu, asyik kisah Datuk, Datin, Tan Sri dan Puan Sri, kisah berebut harta, buang anak...bla..bla..bla, thema yg sama diulang setiap hari sampai putih biji mata dan berlendir telinga penonton. Tak ada thema lainkah yg dekat dengan rakyat biasa macam kita ni??

    ReplyDelete
  9. hahaha, ahad yang penoh dengan gosssippp
    penuh dengan fitnah. ye ke??..haha
    tapi tak dinafikan aku pun suka Kpop walaupun 1 haprak x faham, tp muzik dah sedap layan ar..

    ReplyDelete
  10. hari ahad pun senaskah suratkabar pasal artis kan! layan drama luar lg best kot. hehe..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum lyd...betul tu lagu2 Indon semua lirik2nya senang difahami dan mudah mendpt sambutan dr peminat2 semua...bukan nak sokong org luar tapi lagu2 kita kat Malaysia ni kenalah buat yg mcm tu jgn asyik buat lagu tu ikut suka je mcm lirik lagu Bawalah aku Pergi yg baru2 ini dilarang penyiaran nyer akibat liriknya yg kurang baik kan...:)

    ReplyDelete
  12. suka jugak lagu wali band. ringkas dan sedap dengar. hahaha...

    p/s: modem dgn kad celcom tu hantar ke kedai utk set internet pada gajet br beli. tu yg guna sis punya maxis. nk guna streamyx pindah rumah nnt. selagi tak pindah selagi tu la gune modem. huhuhu...

    ReplyDelete
  13. k-pop ke, lagu melayu ke, lagu omputih hatta lagu hindustan skali pun, xde nyer nak beli2. donload sudey... beli pun bkn sumer lagu diorang best. takat lagu yg kuar radio je best, the rest hampeh, baek x yah.

    bab drama melayu lak, mak aku slalu tgk. tp yg x best nyer, idea citer lbh kurang je. channel TV laen2. tp blk2 citer psl rogol, keganasan rumahtangga, dendam. come on la. xde citer laen ke nak wat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...