Skip to main content

Bukan Nak Riak, Tapi Agak La

Sejahteralah ke atas kamu.... Berat dah turun 4kg dalam masa 3 hari. Cool huh? Berbaloi kaloi saya turun naik tangga ke tempat parking walaupun hanya 7 tingkat. It's not that izi okay??! *muka bongkak tak bertempat. Padahal saya demam start jumaat lepas. Sebenarnya petang khamis dah terasa. Hari khamis pun dah cakap siap2 kat bos kecik, Izwan yang esoknya saya akan mc. Dah lama saya tak demam. Last dulu masa baru berapa minggu kawen. Tapi masa tu rasanya saya makan berselera semacam je. Demam kali ni terus hilang selera makan. Bahaya ni. Silap2 lepas baik demam nanti saya kemaruk nak makan je plak. Ish. Mintak2 la tidak. Tak mungkin... Tak mungkin... Saya naik tangga. Lepas ni insyaAllah akan maintain tuyuih. Bahaya la berat badan naik ni. Kolestrol dalam darah dah sampai tahap berisiko tinggi. (risiko tinggi je Dr cakap. Risiko tinggi daripada apa tu tak pasti. Mungkin risiko tinggi utk masuk kubur lebih awal kot). Amboi mulut. Jantung pun lemah. Heart pulse bermasalah. Sob..sob... Sedih saya rasa. Tahap kesihatan macam orang yang berumur 80 thn. Saya nak beri cadangan kat korang semua, kalau belum buat medical check up, elok la pegi buat. Paling tidak kita tau badan kita bermasalah kat mana dan sempat kita control mana2 yang perlu control. Terutamanya kalau memang ada keturunan yang ada penyakit tu. Oloh. Beriya plak saya cerita pasal kesihatan kat sini. Bajet kevin zahri versi fomfuan la tu konon. Afa-afa fon, alangkah bagusnya kalau gaya pemakanan saya waktu demam ni diaplikasikan sewaktu saya tak demam juga. Baru la tamitrim, lihat perutku, jadi rampingkan? Rajin plak saya update blog ujung2 minggu ni. Bersemangat plak tu update pakai henfon. Seksanya jgn cite la. Huhu. Dah la kecik nak taip. Screen pon kecit je. So, pesan kakak tua ini... Jagalah makanmu serta kesihatan diri. Rajin2 la exercise please.

Comments

  1. assalamualaikum Lyd....wah caya la dah kurang 4kg dlm masa 3hari tahniah yer...:)

    ReplyDelete
  2. ko diet ke lyd..hahaha..aku pon dah lama gila tak demam ni..dah 2 taun lebih rasenya..kuat gak antibodi aku..hehe..
    * skali demam ni mau tak bangun terus aku..

    ReplyDelete
  3. alamak!muda-muda banyak risiko penyakit ni..kena jaga kesihatan dan pemakanan ni...kita orang Melayu ni liat nak exercise...tu yang banyak penyakit ni...tapi bab turun badan mendadak tu macam best je...orang lain makan bertahun nak turun..jaga kesihatan ye,nasihat yang sama untuk saya juga.pEaCE!

    ReplyDelete
  4. ke demam ada apa2. hikhik.. typical org kita yg suka assume asal demm, muntah2, hilang selera mkn ada isi. muahaha... gomen nasai! ;D
    *moga terus dikurniakan kesihatan yg baik utk Lyd. Take care! ;)

    ReplyDelete
  5. salam;
    Yap!..betul tu jaga kesihatan,kaya pun tak guna jika badan tak sihat..

    ReplyDelete
  6. tiap kali nk start exsesaiz....time tu laa malas dtg bertandang...hehheee

    ReplyDelete
  7. 3 hari turun 4 kilo, wau...fantastik!! Tahniah..tahniah..Maknanya jika ikut perkiraan matematik 30 hari (sebulan) boleh turun 40 kilo, bagus tu!! Saya dulu masa mula2 exercise dlm masa 3 bulan cuma boleh turun 15 kilo, itu pun seronok bukan main!

    ReplyDelete
  8. Mama maszull : mekasih, tapi xtau la lama mana bertahan kan. Hehehe.

    Ym bundle : hebat antibodi ko. 2 thun xdemam. Tapi biasanya mmg camtu la. Kalo yg jarang demam skali dia demam mesti pat minggu. Jaga baik la ko.

    Ummi arissa : ha ah. Betul. Jgn tak caya muda2 dah byk penyakit. Walaupun nmpk sihat, skali skale try la buat medical check up.. Mana la
    tau kan.

    Asmara : ee des. Mah mah des. Dah faham dah org kita. Hehe. Bukan demam berisi tau. Kalo tidak cemana nk mkan antibiotik.

    Yusuf ;awk bercakap daripada pengalaman kan? Kesihatan pun rezeki kan?

    Karukord jagau : lawan rasa malas tu. Kalau tak cemana nak kurus ni???! Hehehe.

    JR : saya pun tak sangka jgk. Tp mungkin sbb demam kot. Sbb tu cepat turun berat. Mkn pon hny untuk mkn ubat. Tu pun hanya minum nestum. Tekak rasa mcm tak best langsung nak mkn.

    ReplyDelete
  9. mak aih..7 tingkat?? sy yg 4 tingkat ni pun tak terasa nak naik tangga..syg kat lemak2 tepu ni..hahaha

    ReplyDelete
  10. Pen biru : lama2 biasa kalo selalu buat. Tapi mmg kita akan selalu syg lemak tepu kita. Hehe. Nak buat camne kan?

    ReplyDelete
  11. akak ni mkn sekali sehari je. tu pun time tengahari (waktu pagi tak mkn ke? hahaha...). alhamdulillah... time pantanga la mmg tak berapa rasa nak makan. dua minggu pertama je mkn elok. lps tu dah start tak brp nk mkn.

    ReplyDelete
  12. wah.. dh leh kurang kn berat badan.. sy ne kalau nita nk kurang kn berat badan, bukannye berkurang.. lg bertambah adalah.. hahaha

    ReplyDelete
  13. huhu..apa2 pon..lya doakan cpt2 sembuh yer..aritu lya dmam pon..smpai hilang selera mkn.. bila nk mkn semua terasa pahit...

    ReplyDelete
  14. mcm mana nk bagi berat bdn naik ni ?

    ReplyDelete
  15. musim demam ke ek? aku pun baru elok demam ni.

    ReplyDelete
  16. dasyat tu lyd..turun 4kg dlm 3hari!!
    7 tingkat? lagi tabik!
    tak payah beli mcm2 pemakanan khas utk turun berat ya.

    eh, tahniah!!

    ReplyDelete
  17. AnisAlya : Sekali je ke akak makan? Cukup ke tenaga? Huhu.

    Taufiq : Akak pun cenggitu gak Taufiq. Tapi sebab demam je yg turun tu. Alang2 turun, boleh la maintain dan turunkan lagi.

    Lya : Thanks Lya. Lepas demam mmg tekak rasa tak best nak makan. Sebab tu kot yg tak berselera kot.

    Khairul : Bang, nak gemuk kena banyak makan coklat dgn cheese. Pastu kena malas buat keja, tido je. Hahaha. yg tu datang gemuk sekali dgn pakej penyakit.

    Aswadz : Ha ah.. Musim kot.

    Ujie : Tu la, saya pun tetiba mcm tak sangka begitu sekali kesan demam. Dah tu saya hanya makan nestum je sepanjang hari, mana tak turun. Nestum plak bleh bagi rasa kenyang. Heheh. tingkat 7 je ujie. Small matter je tu.

    ReplyDelete
  18. wahhh!! tahniah akak.. akak deman maybe badan akak trkejut kot..sbab sebelum ni akak xpernah buat cam 2.. hehehe..moga2 xde pape la lepasnih... ^-^

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...