Skip to main content

Obses Parsi

Sejahteralah ke atas kamu....

 
Tengahari Jumaat ni saya pegi ke tempat jualan di Plaza Sentral. Ada satu booth ni menjual barang-barang makanan daripada timur tengah seperti kurma, kekacang, buah-buahan kering, jus, minyak zaitun dan makanan ringan. Saya suka pegi booth tu. Sebab penjual dia adalah orang Arab/Iran yang boleh cakap Melayu. Kagum gila. Boleh dikatakan setiap barang yang saya pegang then tanya dia, "Apa ni"?, dia akan explain dalam bahasa Melayu. Pastu terus je rasa nak beli sebab terharu dia pandai cakap bahasa kita. Boleh tak macam tu. Ehehe. Jadi moralnya, saya tak boleh duduk situ lama-lama. Silap-silap nanti, satu booth tu saya beli. Tokey kedai boleh balik Iran dengan hati gumbira. Nak tengok apa saya beli,

 Ini adalah jus buah delima 100% asli tanpa gula.




 Ini pulak cuka kurma. Saya beli khas untuk suami saya, si budak tuyush.. Khasiat-khasiatnya serta penggunaannya nanti lenkali saya cerita fanjang-fanjang dalam entry lain hokey. Sesuai untuk orang yang nak turunkan berat badan tapi tak turun-turun.





This is mix nut. Ada pistachio, pecan nut, chickpeas, almond, raisin and hazel. [tetiba speaking Amerika. Amareka mu nih!]


Dan ini la yang paling excited saya nak rasa. Namanya Baklava. Baklava ni setau saya, adalah makanan tradisi orang-orang Parsi. Parsi tu Iran la. Kot-kot bila makan ni bleh jadi macam bangsa Parsi yang hebat. Hewhewhew.

So, sape suka makanan-makanan timur tengah macam ni angkat kaki!!

So itu jelah entry sangap daripada saya hari ini. Sungguh ketandusan idea.

Comments

  1. macam sodap je...nk cikit...^__^ lawa header ...

    ReplyDelete
  2. dapat report kau malas pakai PB! hahahahahha...

    ReplyDelete
  3. baklava RM10? murah2..leh gitau sil. aritu dia teringin nak makan baklava...kat subang parade rega RM250. gila!

    ReplyDelete
  4. plaza central tu kat mane?tak penah dengar pon..noob nye aku..ekeke..

    #santek header baru..hehe..

    ReplyDelete
  5. Makwe Kintan : Meh le sini. Kita makan sama2.

    QuTaq : Hahaha... Sape la org yg mereport itu.. Nak kena nih... Aku takleh le pakai PB tu. Saiz dia bukan saiz aku. Adik ipor aku tu kecik. Aku pakai saiz dia, aku rasa mcm hancur buah pinggang aku sebab tersepit.

    Cik Sibuk : Rasanya yang RM250 tu mesti yg betul2 sedap punyer kot. yg ni nmpak macam byk pastri je. Tadi saya ada gak google gmbr baklava, nampaknya yg lain2 tu full of pistachios.

    ReplyDelete
  6. Y.M Bundle : Eii... Kesiannya ko. Plaza Sentral tu yg tak glemer sbb dia bukan shopping complex pun. Tapi bgnn ofis MIDA. Dekat area KL Sentral. Nama yg sentral2 ni biasanya mesti dekat dgn KL sentral.

    khairul : Tak.. saya beli. Haa.. tak baca la tu.

    ReplyDelete
  7. jus delima...saya dan suami baru mula amalkan. beli jenama Gulsan. Amalkanlah..baik utk seisi keluarga.

    ReplyDelete
  8. Parsi @ Iran adalah antara negara yg pernah menjadi cita2 JR nak melancong. Kawan JR pernah ke Isfahan, dia kata di sana sangat best, banyak warisan sejarah Islam yg hebat dan unik di Isfahan...

    ReplyDelete
  9. suka kekacang tu. pergh... sedap je.

    ReplyDelete
  10. Tadi baru lepas makan-makanan arab, memang sedap...

    ReplyDelete
  11. kata orang malu bertanya sesat jalan kan. dilayan dgn baik lagi. so kita amalkan budaya melayu.
    visit me http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Haa nk tau psl cuka kurma tu...cer citer sket :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...