Skip to main content

Cintakan Seseorang Tak Bersebab?

Sejahteralah ke atas kamu...

Meh nak tanya. Kenapa korang sayang atau cintakan pasangan korang? Ada sebab tak? Atau takde sebab? Pernah dengar tak statement lebih kurang macam ni, "kita tidak perlukan sebab-sebab khusus untuk mencintai seseorang"? Mesti biasa dengar kan? Ayat ni memang femes sangat untuk orang-orang yang di alam perhubungan dan percintaan. 

Pertama kali saya dengar ayat ni ialah dalam drama Korean Winter Sonata. Kalau tak silap heroin cerita tu, Yoo Jin yang jawab macam tu bila ditanya kenapa dia cintakan Jun Sang. Dia kata dia takde sebab apa-apa pun untuk mencintai Jun Sang. Yang dia tau, dia hanya cintakan Jun Sang. "Jun Sang aa... sarangheeyo". Waktu drama tu main kat TV satu masa dulu, memang saya berebut Jun Sang tu dengan Zila-Chan. Konon2 jodoh kiterang Jun Sang. Fine. Tak logik. 

Okay berbalik kepada ayat cinta sakti, 'mencintai tanpa bersebab' tu, mungkin bagi kebanyakan orang, ayat tu sesuai dan mengena. Tapi untuk diri saya, ayat tu tak bleh pakai. Huhu. Sebab bila saya sayangkan orang atau cintakan seseorang, saya mesti ada sebab yang tersendiri. Kalau takde sebab, cemana saya boleh bezakan si sia itu istimewa dihati saya berbanding orang lain. Mesti ada sebab untuk mencintai dia yang membolehkan saya tau pasangan saya itu lain daripada orang lain.

Saya dengan suami saya berkahwin tanpa bercinta. Tapi bukan ditentukan jodoh oleh orang tua tau. Kami kenal sendiri. Kami berkawan. Cuma tak bercinta. Tidak bercinta bukan bermakna tidak suka. Kami suka diantara satu sama lain. Suka kerana saya selesa bercakap dengan dia. Selesa dengan cara dia. Dia pula selesa dengan cara saya. Hanya ada suka. Belum cinta. Belum ada sayang. Saya tak begitu kenal dia pun semasa saya menerima lamaran suami saya. Saya tak tahu langsung apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Saya tak tau pun perangai dia bersama kawan-kawan bagaimana. Family dia pun saya hanya kenal muka dan nama. Walaupun rumah kami dekat je, tapi saya hanya pernah pegi rumah dia 2, 3 kali sebelum berkahwin. Itu pun sebab saya nak bagi barang2 hantaran untuk adik dia gubah. Kami pun tak dating walaupun selepas bertunang.So, banyak benda yang saya tak tau pun pasal suami saya.

Selepas berkahwin, barulah rasa sayang tu muncul. Sekali dengan rasa cinta yang sangat dalam. Apa yang pasti, perasaan cinta itu bersebab. Saya tahu kenapa saya cintakan dia. Dan dia juga tahu kenapa dia cintakan saya. Ada sebabnya kenapa kami mencintai. Jadinya... ayat 'cinta tak bersebab' tu sangat-sangat tak sesuai untuk saya dan suami saya. Kami bercinta bersebab. Dan kalau tanpa sebab 'itu', kami tidak akan mencintai lagi. :D . *Baby, setuju kan?

Tapi.... Saya ada jugak mencintai tanpa sebab. Iaitu kepada mak dan abah saya serta adik beradik. Sayang kepada mereka memang tak bersebab. Saya cuma sayangkan mereka tanpa ada sebab seperti, mak saya tukarkan lampin saya masa saya kecik, atau sebab abah saya suapkan makan semasa saya sakit, atau abang saya picit kepala saya semasa saya demam atau kaka saya beri saya duit semasa saya miskin hina papa kedana . No. Takde alasan tu. Saya just sayangkan mereka. Then itu je yang logik dan mengena dalam hidup saya. Tapi cinta kepada suami, tetap ada sebabnya.

*pertama kali suami saya said 'i love you' kepada saya ialah dengan huruf '143'. Saya ni lembab. Bila dia letak 143 tu saya ingat dia tersalah taip. Kekeke. Pastu bila banyak kali sgt dpt 143 tu, saya google. Kudus kan saya ni. 143 pun tak tau apa dia. Bila dah google, baru le tau yang 143 tu maksudnya I LOVE YOU. Pastu, bila dia taip 143, saya akan reply 1432. Konon-kononnya maksudnya i love you too. Padahal salah nak mampus. I Love You Too sepatutnya 1433. Dan sekarang pun kiterang tak janggal mengucapkan kata-kata cinta yang macam ni, "Syg, baby cintakan sayang tau". Hahah.. Filem P Ramlee habis kiterang ni. Hehehehehe. Saya tau biasanya orang tak gunakan perkataan 'cinta' tu melainkan untuk lagu dan filem dan novel atau cerpen. Betul tak? Tapi kiterang suka guna perkataan itu. Gedik pun gedik lah. Janji rock!*

Comments

  1. Hahahaa..... aku baru hari ni tau 143 tu apa....wakakaka ketinggalan zaman tul la aku nih....hehehee

    ReplyDelete
  2. sweet nye ....

    sy ngn si dia pon slalu guna code kami tuk menyatakan rasa cinta tu. rasa seronok bile kite be2 je ada code rahsia tu..

    tq singgah blog afasz :D

    ReplyDelete
  3. dlu suami sy slalu bg kod "444 555 666 888 33 88"..mknenya I LOVE U..hehe ^__^

    ReplyDelete
  4. Baru first time dengar 143...ketinggalan zaman betul la saya ni. Tapi walau tak pernah sebut 143, tapi saya dan isteri sangat sayang menyayangi. Buktinya: dia tak habis2 mengandung...3 tahun 3 org anak!!

    ReplyDelete
  5. kau tertinggal satu fakta, "suami dan saya adalah satu sekolah...adik ipar saya pun satu sekolah dengan saya..dan yang menaip ni pun kawan adik ipar saya..."

    ReplyDelete
  6. salam;
    Bagi aku cinta semestinya bersebab!!..sayang pun ada sebabnya,benci sekali pun ada sebabnya juga....

    ReplyDelete
  7. Karukord : Heheh. Takpe, skrg dah tau kan?

    Cik Farizam : Awk pun sweet jgk. Ha ah, saya dgn husband ada bahasa rahsia jugak. Kekeke.

    Makwe Kinta : Cemana 444 555 .... tu bleh jadi I love You? kalo 143 tu, 1 = 1, 4 = love dan 3 = you sbb jumlah abjAD. Hebat ah korang.

    JR : Wah, hebat jugak JR ni. Setahun satu. Tahniah. Murah rezeki tu.

    QuTaq : Ooo.. itu lupa nak masukkan. Heheh. KO pun lupa satu fakta : ko la adik junior yang duduk katil atas aku. Hehehe. Eh, ko ke yg ckp akak tido mcm ular? Sebab badan akak akrobatik masa tido? Hahaha.

    YusufLaili : Ha ah.. Sayang mesti bersebab.

    ReplyDelete
  8. chomel! saya pun tak tau 143 tu, ni baru tau. lepas ni boleh la taip utk husband. kami selalu berskype je dia kat office saya kat rmh. hehe..

    ReplyDelete
  9. Ujie, kita pun baru tahu 2 thnn lepas.
    Kazman, sweet ke? Hehe biasa je.
    Nafisa81, wawwwi junior juice!
    Asmara, ha, bleh2. Guna la. Biar husband As google kalo dia tak tau. Hahaha.

    * pembetulan, 143 tu adakah angka, bukan huruf.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum Lyd..wah so sweetnya romatik...:)

    ReplyDelete
  11. hehehe... xpernah tau pasal kod rahsia 143 tu.. hehe nk try la cm ni.. :)

    ReplyDelete
  12. sweetnya akak...cita2 yg pn nk brcinta slps kawen...tpi dh tangkap cintan dulu..hurm...sy syg dia sbb dia brtanggungjwb n ank yg baik buat mak n ayah dia... tapi kami xde jodoh...huhuhu

    sy baru putus dgn dia... :) kami kawan cara baik, kapel cara baik n putuspn cara baik... huhuhu

    ReplyDelete
  13. oooo tak taulah pulak angka tu melambangkan i love u?
    nanti kalau rajin votelah blog akak melalui fb bagi 2 kategori..kalau rajin bolehlah kat sini http://mitbca.com/category.php?id=3

    ReplyDelete
  14. ada 143 ye? hahaha... tak pernah guna. biasanya cuma ckp 'sayang' je. mcm janggal je guna 'cinta'. kalau ada pun cuma guna ' i love you' je la. itu pun jarang jugak guna. ngeee... husben tak ucapkan tp tunjuk melalui perbuatan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...