Skip to main content

Beza Berpantang Bersalin Normal Dengan Berpantang Keguguran

Sejahteralah ke atas kamu.....


Aku bukanlah seorang makhluk Tuhan yang paling seksi sangat kuat berpantang. Tapi aku juga bukanlah juga spesis manusia yang langsung tak berpantang dan main langgar je semua bentuk pantang larang. Aku berada di tengah-tengah. Di antara Zohor dengan Asar, di antara Maghrib dengan Isyak, begitulah perumpamaannya.

Bagi aku, apa-apa juga yang kita lakukan biarlah bertempat. Biarlah bersederhana. Kalau anda seorang yang terlampau tradisional mengikut pantang, jangan la sehingga nutrisi dalam badan terjejas. Aku berpantang semasa bersalin anak pertama dulu, tak dibernarkan makan buah-buahan. Sedangkan aku, setiap hari biasa, memang suka makan buah cam monkey. Tiba-tiba di hari kejadian, aku tidak dibenarkan makan buah.... Fuhhh menderita usus besar aku. Terpaksa makan ubat sembelit. Bayang dengan luka bawahan yang belum sembuh, nak meneran sembelit lagi. Ouchhhh...

Dan jikalau anda begitu moden sekalipun, jangan la semua benda pun dilanggar. Kononnya, tiada kajian, tiada bukti saintifik. Biasanya petua dan pantang tu daripada pengalaman orang. Kalau anda cuba dan anda berjaya makan tanpa rasa sakit atau kesan sampingan kepada diri sendiri dan bayi, silakan. Tetapi jangan menidakkan semua pantang yang orang lain amalkan kalau pantang itu sesuai dengan tubuh badan mereka. Panjang lagi aku nak bebel, tapi ye lah... Perkara begini sebenarnya agak taboo untuk dibincangkan, nanti ada yang sensitif.

Beza pengalaman aku semasa berpantang bersalin normal dengan bersalin kerana keguguran;

1. Kadar Kesakitan;

Bersalin Normal:- Sakit pada tempat keluar bayi. Berpunca daripada koyakan atau jahitan yang belum sembuh. Dalam masa yang sama, anda akan rasa tidak selesa kerana menyusu badan, bau susu masam, breast bengkak susu dan kepenatan berjaga malam. Tapi bahagian dalam perut, langsung tak sakit. Hanya akan rasa cramp apabila sedang menyusukan bayi. Kata orang, sewaktu menyusukan bayi, rahim mengecut.

Bersalin keguguran:- Langsung tiada kesakitan luka pada kemaluan. Tiada breast yang bengkak susu. Tidak kepenatan kerana berjaga malam. Tetapi di dalam rahim selalu rasa sakit. Aku akan rasa sakit berlebihan jika aku termakan sesuatu yang badan aku belum ready untuk terima. Yang aku perasan, makanan yang betul-betul membuatkan rahim aku rasa senak dan rasa bisa ialah betik muda. Mula-mula makan selepas gugur tu, dah rasa sakit. Cuma tak pasti. Kali kedua, aku memang sengaja beli betik muda untuk test. Ternyata memang sakit.


2. Makanan

Bersalin Normal:- Aku agak berjaga-jaga dengan makanan sewaktu berpantang waktu ini. Tersilap makan makanan yang berangin, anak akan jadi kembung (doktor, mohon jangan kecam saya ye. Doktor kata, tiada makanan yang berangin. Tapi Dietitian kata ada makanan yang boleh membuatkan perut bergas, itu yg menyebabkan angin). Contohnya, aku pernah minum Milo semasa berpantangkan Luth. Biasanya aku bancuuh serbuk koko sendiri dengan gula sikit dan susu segar. Hari itu, entah angin lintang apa yang merasuk, tiba-tiba rasa nak minum Milo. Luth sembelit. Sedangkan menu harian aku tidak berubah. Dan biasanya jadual buang air besor dia elok je. Mungkin secara kebetulan, tetapi aku tidak mahu ambil risiko sebab ianya melibatkan anak.

Bersalin Keguguran:- Aku makan je seperti biasa. Menu harian, nasi segenggam, ikan bakar, dan sayur. Gitu je la. Pedas memang langsung tak boleh. Sebab aku akan sakit perut.(Perut yang perut. Bukan rahim ye. Gastrik la ni.). Walaupun aku berpantang sendiri je, tak balik kampung pun, tapi aku berpada-pada juga la makan. Tak ada la makan fast food ke, junk food ke segala. Masih lagi fatonah di dalam memilih makanan.


3. Rawatan Selepas Bersalin

Bersalin Normal:- Orang-orang tua dan mak bidan kata, seelok-eloknya selepas 3 hari bersalin tu boleh berurut. Bertunku boleh terus selepas sehari. Boleh bertangas. Boleh sauna juga. Urutan pada rahim digalakkan. Mandian herba juga sangat bagus, boleh letak herba-herba yang panas seperti daun-daun tak tau apa ke nama la. Ubat-ubatan dalaman seperti jamu yang panas-panas tu, boleh je ambil kalau tidak memudaratkan bayi menyusu badan.

Bersalin keguguran:- Kalau keguguran, mak bidan tak urut terus. Tak boleh urut katanya. Mak mentua aku pun tak benarkan urut terutamanya pada bahagian rahim. Bertungku dan bertangas jauhkan sama sekali. Malahan, nak mandi herba pun dia tak galakkan. Resepi air mandian aku masa berpantang gugur ni hanya air yang direbus bersama daun pandan dan sebungkus halba yang dibungkus dengan kain. Halba tu, letak loose je dalam kain supaya apabila dimasak, halba ada ruang untuk mengembang. Air mandian yang suam-suam tu, tuamkan pada betis dan peha. Daun pandan untuk mewangikan je. Supaya berbau segar.


4. Perut dan bengkung.

Oleh sebab perut mengembang dengan jayanya semasa mengandungkan anak yang cukup bulan, nak kempiskan semula tu makan masa lagi berbanding keguguran. Gugur jika usia kandungan masih baru, perut pun tak mengembang sangat. Kalau kembang tu pun sebab kegemukan, macam den ni hah. Muahahaha. Pakai bengkung pun, aku tak pakai bengkung kain yang banyak lubang kena masukkan tali bersilang-silang tu. Bengkung jenis macam tu, boleh moody aku selama sebulan kalau kena pakai juga. Aku pakai bengkung moden je yang berzip. 


Kenapa berbeza bersalin dan keguguran?

Ini apa yang ibu cerita la. Perumpamaannya rahim yang keguguran ni seperti buah mangga yang masih putik. Kalau buah yang masih putik tu gugur, getah dia banyak berbanding buah yang telah cukup matang. Begitulah juga rahim manusia ni, kata mak mentua aku la. Walaupun rahim kita bukanlah buah mangga dan buah mangga pula bukanlah rahim kita, tapi anda dapat gambaran metafora yang digunakan tu kan. Gugur ni seperti cycle yang tidak cukup matang. Dalaman tu mungkin luka. Terutama sekali yang melalui proses d&c. Korek-korek dengan besi. Kita pun tak tau bahagian dinding rahim yang mana yang luka tu. Sebab tu bahaya untuk berurut dan bertungku. Yang panas-panas. Sebab takut pendarahan pada luka dalaman tu. Aku nak keluarkan cerita pasal ni aku paling cemas kalau ada doktor yang baca. Aku hanya sampaikan apa yang orang-orang tua dan bidan ceritakan ikut pengalaman mereka. Aku faham, doktor pun ada pengalaman juga. Dua-dua penting, dua-dua berpengalaman. 

Harap post ini bermanfaat untuk sahabat-sahabat yang mencari maklumat.

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...