Sejahteralah ke atas kamu......
Aku kan..... Bila tengok orang berniaga dan berjaya dalam perniagaan dia, aku pun nak berniaga. Tapi aku berniaga selalu je warm-warm chicken shit. Selalu tak success pun.
Aku fikir-fikir balik, kenapa aku ni selalu berniaga tapi tak menjadi, aku rasa dapat kenal pasti punca-puncanya.
1. Salah pilih produk jualan.
- Aku selalu jual barang yang aku suka je. Aku tak fikir pun pasal orang lain suka ke tidak. Dah selalunya apa yang aku suka tu orang lain tak suka. Begitu juga la, ada barang yang aku tak suka, tapi aku taknak jual walaupun ramaiiiii orang suka. Contohnya, aku tak suka ikan keli. Kalau nak suruh aku jual ikan keli, memang tak la. Aku tak reti. Dah macamana aku nak jawab kalau orang tanya pasal ikan keli. Tapi aku tengok ada kawan aku jual ikan keli perap, kemain laku. Contoh barang yang aku suka, macam cadar cotton 350 thread count. Aku rasa memang best gila cadar tu. Tapi orang tak minat pun nak beli. Ada je macam-macam alasan. Mungkin ada yang suka, tapi tak ramai. Lagipun itu bukan barangan penting. Orang tak beli pun tak efek apa-apa pun dalam hidup diorang. Tapi bila orang jual cadar patchwork, fuh, berlumba2 kumpul. Aku idak la marah. Dapat la aku belajar sesuatu daripada pengalaman kan?
2. Barang yang harga mahal.
- Sebenarnya bukanlah mahal sangat. Cuma aku jual pada surrounding yang tak sesuai. Aku jual barang M40 kat golongan B40. Memang la tak laku. Dah nak buat cemana kan, aku memang B40. Hidup pun dalam lingkungan B40. Contohnya kalau aku nak jual Kembara Meal. Upline aku kata, jual la kat orang yang suka pergi camping atau suka pergi travel oversea. Aku promote kat orang yang suka travel ke oversea, then jawapan yang aku dapat, " uih tak lalu dah nak makan Kembara Meal." (Maybe dah kerap sangat beli kot sebelum aku jual Kembara ni.). Pastu aku promote kat campers, dia boleh cakap, "Kalau pergi camping bawak makan ready to eat ni, memang kena bahan berjemaah la. Kiterang kalau camping masak kambing golek, steak, grilled chicken, barbeque bagai la. Tak main la makan makanan-makanan dalam tin ni.". Haabegitu je dia jawab. Aku pun memasukkan kepala aku ke dalam cengkerang tanpa sebarang kata-kata. Takpe la. Hak masing-masing la nak beli ke tak. Actually Kembara Meal ni aku masih jual, walaupun slow sales dia, tapi aku masih istiqomah. Sebab aku ada regular customer tapi sorang je. Hahaha.
Tengok ni, Kembara Meal ada menu baru, Nasi Basmathi dengan Masak Lemak Daging Salai. Try la. Nanti tinggalkan no tepon kat komen ye, aku contact. Komen yang ada no tepon tu nanti aku tak approve.
3. Jual Ubat Yang Tak Mujarab.
- Yang paling aku takut nak jual ialah ubat-ubatan, termasuk la supplement dan minyak-minyak urut juga essential oil. Aku cuba la juga promote. Aku pernah sign up untuk jadi ahli satu product supplement yang guna artis veteren femes sebagai duta dia. Kawan aku kata laku sangat. Ramai orang beli untuk ubati Covid. Aku pulak, sejenis yang nak try dulu supplement tu, kalau mujarab baru la aku boleh sembang kencang nak jual kan. Aku bagi juga anak-anak aku makan. Tapi aku tengok, kiterang demam je macam biasa. Takde pun antibodi jadi kuat sampai tak kena demam setahun. Dah tu, demam pun macam teruk juga pun. Batuk berminggu-minggu juga nak betul-betul recover. Dah tu acaner aku nak promote kat orang? Satu perkara yang aku paling tak reti ialah menipu dan reka cerita. Kalau benda tak betul tu, aku terus terang cakap je. Kalau tak bagus, aku hanya akan senyap je.
- Ada juga aku try jual essential oil (EO). Aku sign up dengan 3 jenis yang femes. Aku bagi klu sikit la. D, Y dan PT. Yang tahu je tahu. Actually, bukan la langsung tak berkesan. Untuk EO ni, aku rasa yang paling akrab dengan aku hanyalah Peppermint. Yang ni insyaAllah aku berani promote sangat berkesan. Kalau minyak2 yang dah blend tu, mcm kureng sikit la berkesan dengan kulit buaya macam aku ni. Ada la beberapa EO lain yang aku rasa bagus seperti Copaiba, Citronella. Tapi kebanyakannya, takde efek apa-apa pun. Banyak function untuk calming, calming, relaxing, stress away macam tu. Dah aku memang selalunya calm je. Takde stress pun. Nak buat apa pun tak tau. Lagi satu, korang sedia maklum la kan.... Harga EO memang mahal. Aku nak jual pun payah. Last-last aku beli, pakai sendiri then berlambak-lambak dh EO yang aku tak pakai malahan tak buka pun lagi penutup dia tu. Mungkin aku yang tak reti pakai, atau cara aku pakai tu salah ke, tak pasti la pulak. Nak diffuse pun kadang2 je rajin. Selalunya malas la. Sebab tu bila orang tanya aku, mujarab ke? Aku jadi macam buntu nak jawab. Sebab jawapannya adalah dalam bentuk subjektif. Macam nak jawab, "tengok atas orang juga, kalau serasi dengan dia, mujarab la kot".
- Hanya satu je supplement yang aku jual yang memang dapat sambutan dan aku yakin nak promote iaitu Habbatus Sauda (HS). Yang ini sebab sesuai dengan aku. Jadi aku berani la nak promote. Acik-acik kat flat aku akan cari bila dah habis. Aku pun jual HS berbagai brand dan jenis. Ada softgel dan kapsul.
4. Malu Nak Promote, Tak Rajin Join Kelas
- Tau-tau je la kan... Kalau product2 macam ni, biasanya adalah buat kelas, cara nak jual, cara nak guna. Cara nak promote. Time bila nak promote. Aku, satu hapa tak masuk kelas yang dianjurkan. Aku tak dapat nak luangkan masa aku beberapa jam untuk dengar cikgu mengajar. Masa aku emas. Pastu dah la aku jenis malu nak promote. Ah kemain kalau kawan aku yang jual produk, aku beriya tolong promote. Tapi bila aku yg jual, aku malu ya amat nak canang kat orang. Mende ntah perangai. Ini yang orang kata, aib orang beriya jaja, aib sendiri tahu pulak malu. Eh, tibee.. Ada kena-mengena ke? Hahahha. Jual barang tu bukan aib kan?
5. Masalah paling besar --> Aku tak sabar nak layan customer.
- Tak sabar tu bukan la aku marah-marah customer. Tapi aku selalu je tak sempat nak jawab persoalan-persoalan customer sebelum close deal tu. Kalau sehari sorang customer, aku masih boleh handle. Aku rasa kalau sehari ada 10 orang, aku tak sempat. Lain la kalau aku memang fokus buat bisnes. Ini, time aku hanya ada selepas Isyak. Sebelum tu aku busy. Time Maghrib nak ke Isyak tu la aku paling tak sempat. Time tu la nak cukupkan KPI mengaji, itu juga la nak ajar anak-anak mengaji. Time tu la nak makan, mandi. Kalau aku pegang henfon je kat tangan menjawab persoalan customers, nanti nampak macam aku main henfon pulak kan. Tu aku malas tu. Lain la kalau tengok Tik Tok. Anak-anak boleh tumpang tengok sekali. Hahaha.
Jadi, aku rasa chances aku nak berjaya dalam perniagaan ni memang tipis la kalau macam ni attitude aku. Rasanya aku masih boleh buat main-main dan suka-suka sebab aku masih lagi bekerja, sebagai acik pejabat. So, aku tak kisah sangat kalau bisnes aku sambil lewa je.
ha...bab layan customer tu yang masalah besar juga tu. Lambat reply kang customer merajuk pulak. lama lama suami koi dah tak bagi meniaga lagi dah. dia kata, kita sekarang ni tengah meniaga... nak niaga banyak banyak buat apa? fokus sana sikit situ sikit..lama lama anak ke mana..meniaganya ke mana...jadinya semua keahlian yang koi join tu, semua pakai sendiri.. hai o, shaklee, YL, amway dan tah apa lagi. komen ni approve tau
ReplyDeleteKalau ada kerja hakiki, okay je jual online sebagai online. Sama macam aku, asal ada sales je. Kalau sales kencang sangat, takut tak boleh nak commit. Nanti kerja hakiki ntah ke mana, kerja sampingan ntah ke mana.
ReplyDeleteSemua yang disenaraikan tulah halangan/masalah orang berniaga. Jadinya Lyd memang ada peluang cemerlang gemilang berniaga sebab tau apa halangan sebenar. Gitu..hehe
ReplyDeleteDetik paling berjaya berniaga, masa saya jual tudung sarung. Padahal saya tak suka pun asyik beli tudung, tapi kat luar tu ramai wanita perlu selalu beli tudung dan minat fesyen. Bagi layanan pantas, lengkap semua info (jangan tunggu pelanggan tanya satu2), pastu tiap kali ada produk baru kita buat WA blast. Dapatlah ramai pelanggan tetap. 6 tahun jual tudung, buat dari ambik stok sampai pos.
Lepas tu PKP tukar jual buku secara dropship je, lebih rileks.
Sekarang dah malas nak layan pelanggan. Berhenti menjual. Penat woo…jari dan mata layan WA. Kita layan blog je. Haha
Kemain panjang komen dah macam entri blog. Ampun!