Skip to main content

Suka Sambal

Sejahteralah ke atas kamu.....

Macamana la tak gemuk kan? Aku yang selalunya tak kisah kalau tak makan nasi ni, boleh jadi penggemar nasi pula kalau ada sambal-sambal ni semua. Aku memang dah lama tak memasak. Hanya masak nasi je. Itu pun hasben yg tolong masak nasi. Kemudian goreng telur. Sambal. Cukup. Memang berselera sungguh la acik. Sepinggan nasi memang tak cukup bhai. Kalau kadang2 beli timun Jepun, itu kira bonus la. Lezai dan bergizaiiii...



Ish susah nak update guna henfon ni. Tak sempat nak update blog kat ofis tadi. Sibuk betul rasa. Bila dah siap kerja, aku pula dah rasa penat otak. So, layan
Tik Tok je la sementara tunggu habis ofis hour.


Sambal-sambal yang aku tunjuk kat bawah ni adalah stock yang ada kat rumah aku sekarang. Biasa aku beli je apa2 brand pun sebab aku memang suka cuba. Kebiasaannya sedap. Pandai betul orang-orang ni memasak lepas tu jual. Bijak cari peluang. Terutamanya si Khairul Aming ni. Sambal Nyet berapi ni bagi aku memang sedap la. Cukup rasa semua. Just nice je dengan lidah bercabang aku ni. Eh tiber. 




Motif buat cerita tahyul cam ni? Hahaha. Tapi takpe la Aming. Mokcik terhibur baca tagline awok ni.


Sambal Tumis by Gengz Sambal ni pun sedap. Kalau Sambal Nyet tu konsep dia mcm sambal penyet yang makan dengan ayam penyet, Sambal Tumis Gengz Sambal ni pula macam sambal bilis. Kalau beli nasi lemak sambal tak cukup atau sambal kurang kick, boleh la standby sebotol dua kat rumah.

Garlic Chillies tu pun sedap gengss. Yang ini sesuai makan dengan megi. Atau segala jenis mee. Sedak dooh bak kata Kak Ton. 

Semua jenis sambal-sambal yang kat atas ni, jenis kat atas dia ada minyak berladung. Tapi korang takyah la buang minyak tu tau. Itu memang fungsi dia untuk membantu melambatkan proses pengkulatan. Biar je dalam tu. Sambal tu dah dibotolkan dengan kaedah retort, jadi selamat dan tahan lama je walaupun tak simpan dalam peti sejuk. Tapi lama tak lama, takde la sampai 2 tahun tahan letak kat luar peti. Alah, kalau sedap mesti tak sempat sebulan dah habis. Kuikui.



Yang ni pula ialah sambal ikan bilis garing. Aku order dengan bekas pengasuh Luth Yafith. Yang ini pun sedap ya amat. Aku order berpuluh bekas dah rasanya. Pelahap sungguh acik. 


Bila-bila, kalau aku jumpa orang jual sambal yang menarik hati, aku mesti beli. Kadang2 ada juga beli sambal hitam. Sambal hijau la. Ikan bilis garing pun ada juga aku beli brand lain kat shopee. Kesimpulannya, makan nasi dengan sambal memang syahdu. Nasi memang sedap. Sapa setuju tolong komen ye? 

Comments

  1. Setujuuu. Hahahaa. Segala jenis sambal, kalau pedas berapi, balance rasa dia memang sedap dooh kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeyyy, ada penyokong peminat sambal. Sambal memang bahaya. Menambah nasik.

      Delete
  2. tak pernah sekalipun beli sambal sambal di pasaran ni...hahaha... sambal nyet tu manis tak? khairul aming tu kan orang kelantan...terbayang mesti sambal dia manis sebab dia orang kelantan..hahaha...stereotype..kelantan je manis... manis je kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal Nyet tu memang tak manis. Don't judge cooking by cook's hometown. eceh.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...