Skip to main content

Colourful


Sejahteralah ke atas kamu.......

Aku suka beli pen warna-warni, banyak-banyak. Dulu masa sekolah menengah lagi. Beli pen memang juara la, tapi belajar tak juara pulak tu. Bila dah kerja, aku tak beli dah pen-pen warna-warni ni. Sebab tak de keperluan, sehinggalah bila aku dah mula belajar Bahasa Arab sejak beberapa tahun lepas. Dah mula excited nak beli pen monemoni [baca:warna-warni] semula.. yeehuuu... memang seronot beronot-ronot la acik.

Dulu masa PKP selama 2 tahun, aku belajar secara online, jadi aku bawak balik rumah semua pen colourful aku. Yang itu satu beg, lagi banyak jumlah pen daripada gambar yang kat bawah ni. Sekarang bila dah start kerja kat ofis, kuliah Bahasa Arab masih lagi berjalan secara atas talian pada waktu rehat kat ofis. Tapi aku tak bawa dah pencase aku yang kat rumah tu. Sebab yang tu, takpe la, senang nak semak kerja sekolah anak-anak. Kalau anak bagi jawapan salah, syok la pangkah besar-besar guna pen merah. Dulu acik bercita-cita nak jadi cikgu. Namun apakan daya, Pergi ambil exam nak masuk maktab 2 kali pun tak lepas. Odow ungguh laaaa... Maka, jadilah aku makcik pejabat yang buat kerja-kerja kerani cabuk. Haa gitew. Sobb...sob... Takpe la. Dah rezeki kita tertulis jadi acik pejabat kan. Acik suka je. 

Acik suka betul dengan correction tape tu. Dulu masa acik sekolah, correction tape tu acik tak pernah jumpa lagi. Yelah, kita sekolah zaman batu. Teknologi canggih-canggih ni mana la ada zaman acik dulu. Pen-pen dalam gambar ni, acik baru je beli. Untuk simpanan kat ofis. Ikutkan nak beli banyak lagi. Pastu tak sedar pergi kedai tu dah dekat pukul tujuh. Adik yang jaga kedai tu staring je acik tengah memilih. Misti dia tengok acik big small big small je kan.(Kedai buku tu tutup kul 7 malam).



Pen-pen yang colourful ni aku guna untuk buat nota Bahasa Arab. Lagi satu, kalau ustaz bagi homework, memang happy sangat la nak buat. Rasa cam nak melompat. Pastu kalau ustaz tak bagi homework, aku siap mintak homework. Harap kawan-kawan aku tak berbulu la dengan kepoyoan aku ni. Aku memang betul-betul minat belajar Bahasa Arab tau. Sebab bahasa Al Quran. Aku pernah terbaca, aku tak ingat sama ada itu hadis atau kata-kata salafussoleh, "Ilmu yang paling tinggi tarafnya berbanding semua ilmu-ilmu yang lain, adalah ilmu Al-Quran.". Aku belajar Bahasa Arab semata-mata untuk memahami Al Quran dengan lebih baik. 


Lagi satu tujuan belajar bahasa Arab ialah untuk ajar anak-anak. Ye lah kan. Ko bayang eh, kalau anak-anak tanya soalan matematik ke, sains ke, English ke, aku boleh la jawab lagi. Tanya soalan BM pun aku terkial-kial nak jawab doww. Soalan dia, "berikan contoh ayat-ayat pasif". "Yang mana satu antara berikut adalah ayat aktif". Tak berpeluh nak jawab? Terpakse la gugel. Pastu jawab sambil tunjuk terer kat anak. Padahal mak nkau gugel je jawapan tu. Cis. Memalukan. So, untuk Bahasa Arab ni, aku kalau boleh, nak jadi the last resort untuk anak-anak aku rujuk kalau mereka tamk famham. Itu yang tengah gigih belajar ni. Sekali bila tengok buku Bahasa Arab anak, apa benda silibus ni???!! Belajar nombor sampai ratus2. Mana aku tau nak ajar. hahahahah. Ustaz aku kata, kalau orang arab sendiri pun, pening nak belajar pasal nombor ni. Inikan pulak orang yg tak kearaban acam acik ni. Ahh kacau la. 


Doakan la ye agar aku pandai speaking arab berabuk al fadang fasirun tumpuk tumpuk taik unta.




 

Contoh homework acik yang apak anyak salah. Ustaz kata takpe.. kalau dah takde salah dah takyah la masuk kelas. Habegittuwww. Maafkanlah tulisan arab acik yang seperti rusa masuk kampung tu.


Comments

  1. Terbaik Lyd, gigih belajar Bahasa Arab. Tulisan pun kemas elok.
    Saya belajar masa sekolah, tapi itulah…dah lama tinggal.

    Jap…ni style baru ke camne, buat entri tak payah letak tajuk. Hihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Style terlupa nak letak tajuk ni. Dah tambah dah tajuk.

      Ramai org yang pernah belajar Bahasa Arab masa sekolah. Mcm saya, time sekolah kat Pahang, mmg takde sekolah agama. Pastu skolah menengah pun tak ambil aliran Arab. Ermm. mmg tak pandai la.

      Delete
  2. Tu takpe gak, berjaya jadi acik opis. Yang di sini ni, berjaya jadi makcik kantin je..tu pun di rumah sendiri. Hahahaha.
    Tu la, rasa mcm nak belajar bahasa arab gak la. Senang nak tolong Ahnaff buat homework. Gituuuu 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik kantin di rumah satu tugas mulia. Idaman setiap acik2 yg dah jemu bekerja di ofis. huhu.

      Awk, saya sokong awk nak belajar bahasa Arab. Mmg kena gigih la. At least boleh juga la acah2 pandai depan Ahnaff. Hehehe.

      Delete
  3. sama la... koi pun suka beli pen kaler kaler... tapi sebatang demi sebatang ghaib... tengok2 dalam pencil case anak dah.. nak buat mind map kena pen colour colour katanya...dah tu kenapa rembat pen mama? pegi la mintak baru kat ayah patutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rembat pen mama lagi cepat. Hahaha. Yang mintak dgn ayah, tu citer lain. Yg tu mintak juga. Haha. Banyak akal betul anak2 ni.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...