Skip to main content

Restoren Western Halal Sedap Shah Alam

 Sejahteralah ke atas kamu......


Bila ada anak-anak yang baru nak membesar dan jenis yang makan memilih, nak cari tempat makan yang sesuai untuk selera semua orang tu agak mencabar. Kalau ikutkan selera aku dan hubby, nak makan nasi berlauk je. Dah berusia ni jadi makin suka makan nasi dan malas nak makan makanan-makanan canggih sangat. Tapi anak-anak bila makan kat luar, mereka nak makan masakan selain nasi. Sebabnya, kalau anak-anak nak makan nasi, lauk mereka hanya telur goreng atau ayam goreng. Dah kalau gitu baik makan kat rumah je kan.


Jadi, inilah dia. Restoren yang boleh hidangkan pelbagai jenis hidangan; masakan kampung ada, western ada, masakan Thai pun ada. Puas hati bagi semua orang kenyang dan puas makan. Hot Pindang nama restoren ni. Lokasinya di No. 11&13, Jalan Cheong Sam 10/11, Shah Alam, Selangor. Seksyen 10 ni. 


Suasana di dalam restoren ini agak menenangkan. Kerusi yang selesa dan bukan jenis kerusi plastik yang ringan tu. Walaupun di luar panas berdering, tetapi di dalam restoren tidak panas. 

Ada mural yang menarik pada dinding, sedikit sebanyak memberikan perasaan makan di kenduri-kendara di kampung. Terpotret wajah-wajah warga emas yang hidup di dalam suasana yang muhibbah pada mural tersebut.



Sibuk je 2 orang ni enter frame. Mama ambil gambar dinding, tak perasan dia tetiba menyelit bawah tu. Nak ambil gambar sekali lagi, malu dah nak berdiri tengah-tengah orang tu. Maklung la, mak dia ni introvert.



3 beranak ni baca Komik Lawak Kampus sementara tunggu makanan. Tak faham aku baca Lawak Kampus. Macam tak dapat detect kat mana lawak dia. 😁😂. Aku suggest kat anak-anak baca Ujang (Online). Diorang pulak yang tak faham baca Ujang. Tak kelakar katanya. Jadi. maksudnya jarak umur tu menentukan level lawak jenaka kita ye tuan-puan. 


Ni set Ikan Bawal. Aku beli ni kongsi dengan anak girl umur 3 tahun. Lauk simple je. Kalau ikutkan, aku nak makan la lauk lain yang pedas-pedas, tapi sebab nak kongsi dengan budak kecik, mama berkorban, nak. Dah la Suci makan banyak. Akhirnya tinggal suku je kat mama. Sob sob.. Sambal penyet tu, memang sangat sedap. Nampak carrot tu macam ada kesan gigit? Haaa itu la anak dara kecik tu yang gigit.




Sotong Celup Tepung Hot Pindang, Shah Alam.




Dipadankan dengan Sos Cili Thai. Sedap bethollll...

Yang bersirap tu macam Air Batu Campur konsep dia. Aku order air kosong je. Yang belakang ada aiskrim tu Vanilla Soda. Anak-anak punya. Order satu sorang,hamak betul pastu tak habis. Ish, ish. 

Fish and Chips, Hot Pindang Shah Alam. Ini memang menu biasa anak-anak selain Chicken Chop. Habis ni 2 keping sorang, fish filet tu. Betul-betul lapar ni. 



Ini Set Asam Pedas Tenggiri. Actually, asam pedas kalau yang aku masak, versi Pahang. (Chey tetibe nak mengaku ada asam pedas versi Pahang). Kalau yang aku masak, kurang masam sikit. Tapi yang ini memang betul-betul masam la. Tapi tetap sedap. Aku makan hubby punya Asam Pedas Tenggiri ni je la untuk tambah lauk aku. 2 keping ikan tenggiri dia bagi. Nasi tu banyak juga sebenarnya. Memang kenyang sebab tolong habiskan fries dan air anak-anak. Dengan Ice cream Cake lagi. 


Ice cream Cake Strawberry

Ice Cream Cake Tiramisu.



Ini total. *Softgel tu tambahan aku beli Habbatus Sauda masa kat kaunter.


Ada banyak lagi pilihan dalam menu. Ada udang galah aku tengok meja sebelah order. Besar-besar gak. Dalam hati aku, nyesal tak order. Nampak cam sedap. Tapi tengah control makan. Lagipun udang adalah satu lauk yang aku akan pilih terakhir sekali, sebab aku malas betul nak kopek kulit dia. Huhu. Kalau ada jamuan kat ofis hidang lauk udang, jarang sangat aku ambil. Sebab isu pemalas ni. Heheheh. Nak makan pun malas. Apoo. Lepas tu rasa macam, nape la tak order daging salai. Hish. Bahaya. Lain kali la pergi boleh order lagi. 

Gambar menu aku macam teragak-agak je nak ambil masa kat restoren tu. Macam rasa tak perlu, tapi sekarnag waktu tengah taip ni, aku nyesal tak snap gambar menu. Nanti korang tak percaya pulak ada banyak menu yang sedap dalam tu. Jadi, korang kena pergi sendiri la untuk pastikan betul ke tak restoren Hot Pindang ni sedap ke tak. Waktu operasi restoren ni aku tak pasti pulak. Waktu aku pergi tu tengahari. Dalam 12.30 pm. Maybe jam 11 pagi la kot dia mula buka. Tutup pun tak pasti. Sorry. I'm too shy to ask. Lagipun tak expect nak cerita kat blog.


*sebenarnya, aku plan nak makan kat restoren Azeera bersebelahan Hot Pindang ni. Tapi ramai sangat orang kat restoren Azeera tu, aku macam tak yakin pulak nak pilih makanan. (Konsep kedai nasi campur, kena ambil sendiri macam buffet. Tapi bayar ikut apa kita makan je la. ).

Comments

  1. Nampak sedap tuu. Tp betul la kan, ade baby yg dah pandai makan, mak² kene berkorban amik lauk yang tak pedas. Hahaha. Suap anak dulu. Balance baru la mak makan. Hihihi.
    Bebila sok nak try la makan situ.

    ReplyDelete
  2. mama lyd oiii... memang la kita tak faham kat mana lawak nya Lawak kampus, lawak budak sekolah tu semua...kita dah lama tinggalkan alam kampus tu semua. suruh anak baca ujang, dia kata huduhnya lukisan kartun dia. gigi jongang2... perghh...mama sentap uii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mama yan. Bila dia kata Ujang tak kelakar, rasa macam terpanah petir kejap. Hahahah. Agaknya kalau kita baca Ujang skrg pun maybe dah tak rasa tak kelakar kot. Maklumla kan.. Bila dah makin dewasa ni makin serius pulak fikiran kita.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...