Skip to main content

Nak Masuk Club Introvert

 Sejahteralah ke atas kamu....




Ada sekali tu. Masa aku dalam lif nak balik (kat ofis), sampai kat satu floor tu ada 2 orang kawan aku (lelaki), masuk lif. Aku cam biasa la tegur la, aku tanya korang ni nak balik ke nak gi lepak minum? So salah seorang tu jawab nak gi minum. Pastu yg sorang lagi ajak aku join sekali. Jom ah lepak sekali. (mungkin hnaya ajak-ajak ayam je.). Then dia cakap, baru aku perasan ye, sejak aku kerja sini, aku tak pernah lepak dengan ko. (Aku ketawa je la dalam hati.). Aku jawab kat dia, tak sesuai dah lepak dengan aku, aku ni level acik-acik dah. Tak fun pun nak borak. Ada la lagi kiterang cakap-cakap lagi lepas tu isu yg tak penting, malas nak cerita. So, habis kat situ.


Aku ni, pertama sekali memang jenis tak reti melepak kat kedai makan. Sejak bujang lagi. Kalau aku pergi kedai makan, hanya nak makan dan minum je. Lepas makan, aku memang tak betah untuk stay lama-lama borak kat meja makan tu lagi. Baik aku balik umah, baring atau tido kat rumah. 


Kedua, aku rasa sejak usia aku makin meningkat ni kan....... Aku jadi makin difficult terutamanya dalam bab-bab pergaulan dengan manusia. Kalau orang ajak makan, mula-mula aku tanya halal ke tempat tu? Bayangkan la, orang dah ajak, tetibe potong la bila ko tanya macam tu kan? Tapi aku cuma takleh nak tolerate. Sebab tekak orang kampung aku ni macam tak lalu nak pergi kedai pelik-pelik. Kalau orang nak kata aku tak adventurous pun, aku terpaksa admit la. I am. Aku faham, bukan aku sorang je praktik Islam dalam dunia ni. Bukan aku sorang je nak jaga halal haram. Cuma aku yakin setiap orang ada tahap toleransi masing-masing terhadap apa-apa jua isu dalam dunia ni. Dan kalau bab makan aku memang sebolehnya nak elak kalau aku tahu owner dia bukan muslim melainkan dia ada cop Halal JAKIM.  Aku respek tu, dan aku harap orang pun faham aku. Ala, jangan la kecam acik. 


Lagi contoh aku dah semakin difficult, bila kawan-kawan ofis lelaki pompuan bersembang bergurau senda ketawa-ketawa kuat-kuat, aku memang tak reti nak masuk campur. Serius aku cakap. Topik berbualan pun kalau yang tak bermanfaat tu, aku macam malas je nak terlibat. Aku dengar dari jauh je. Kadang-kadang ada la benda yang kelakar yg mereka sembangkan tu, tapi aku tetap tak reti nak menyampuk. Kebiasaannya aku terus pakai headfon walaupun tak pasang apa-apa lagu. Memang aku banyak menyendiri je sekarang. Lagi pula, pergaulan lelaki dengan perempuan tu bagi aku, (untuk diri aku je ni aku cakap. Aku takde nak cakap ni demi orang lain pun), perlu ada batasnnya. Dan batas aku sangat tinggi. Aku memang tak berminat. Tu aku kata. Maybe sebab aku dah masuk usia acik-acik ni. Aku hanya nak tenang-tenang je. Aku dah tak reti. 


Sebenarnya kan.... Bukan perbualan lelaki dengan perempuan je yang aku tak reti nak join. Sekarang ni ofis aku memang ramai staff baru. Budak-budak muda lagi la. Tu semua level-level usia anak-anak buah aku je. So, lagi la aku terasa macam macik-macik sangat. Kalau adik-adik tu bergurau senda dengan rakan sekerja aku yg senior2 aku tengok okay je derang. Siap puji-puji kakak ni baik, kakak tu baik, sayang kakak tu. Dan aku tidak termasuk dalam list kakak yang baik tu. Sebab, memang aku tak bercampur. 


Nampaknya, isu bukan pada orang lain. Tapi aku sendiri yang eject diri aku daripada society. Let say aku tengah berbual dengan kawan-kawan rapat aku yang terdiri daripada sekumpulan makcik-makcik seusia aku, aku rasa selesa nak cerita apa-apa, tapi bila tetibe ada orang lain datang nak tumpang borak, aku mula rasa terganggu. Bukan aku tak suka tau. Aku suka je, cuma aku jadi tak reti nak bersembang terus. So, aku tetibe je menjadi seorang pendengar yang baik. 


Ini sekarang ni, group sekolah menengah aku tengah plan nak buat gathering. Reunion la kononnya. Organizer dah post Google Form untuk survey response dari ahli group. Aku tengok kawan2 rapat aku sorang pun tak respon dalam group besar. So, meringankan jari untuk tanya dalam group kecik, group kawan rapat ni. Nak join reunion tak? Semua jawab taknak pergi reunion. 😂😂. Bila aku mintak justifikasi kenapa masing-masing taknak datang (poyo kan, mintak justifikasi macam kerja pejabat pulak). Lepas tu kawan aku jawab gini, "Bagi mengekalkan integriti sebagai pengerusi intovert sedunia". Ko tengok. Introvert kan kawan-kawan rapat aku. So, jangan pelik la kalau aku pun dah jadi introvert dah sekarang. Aku tengah nak isi form untuk masuk kelab introvert sedunia ni. 

Comments

  1. Betul la..dah usia acik² ni memang dah maleh nak huha huha sangat. Circle pun makin kecil. Lagi surirumah mcm saya. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. Kita sama bab tempat makan. Contohnya - teringin nak makan di Johnny Restaurant, tapi semakan mendapati tak ada sijil halal.
    Ada yang kata, abis tu kat obersi tak boleh makan la, takde sijil halal. Itu kes lain, cara penilaian berbeza untuk negara yang susah cari kedai milik Muslim. Ini di Malaysia, masih banyak pilihan kedai milikan muslim / ada sijil halal.

    Saya ni pulak macam tengah2 - antara introvert dan extrovert.
    Saya tak suka tempat ramai orang dan tempat yang bising.
    Tapi boleh berborak kalau dalam kumpulan kecik yang kita dah biasa - kawan sekolah/keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada satu time dulu mmg sgt particular bab makan. Pastu bila makin tahun tetibe jadi tolerate, bahana pergaulan dgn berbagai jenis manusia. Skrg rasa mcm stand on my ground semula. Eh betul ke tak ayat tu. Hehhe.Skrg dah jadi takleh tolerate semula. Sbb rasa mcm nak jadi darah daging ni kan.

      Delete
  3. Koi memang lambat panas. ada la beberapa orang rakan sebaya je. Yang lain semua rakan atas talian. Jumpa depan depan tak tau la...boleh borak macam dalam talian ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe aok. KIta takyah la berjumpa. Bior je perkenalan ni remain secara atas talian sahaja. Sbb koi pun jenis kekok kalau jumpa dgn org yg tak biasa.

      Delete
  4. Zila - Pengerusi IntrovertWednesday, October 12, 2022 11:56:00 AM

    Tahap parok introvert tu, pakai baju pun kaler2 dinding opis, punye la tak nak org perasan kewujudan diri ku ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk sangat ni. Rasa dulu tak teruk gini kan. Hahaha. Dah tu dinding ofis ko kaler mende?

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...