Skip to main content

Big Mouth Review (Spoiler Alert)

 Sejahteralah ke atas kamu.....



Drama Korea - Big Mouth, lakonan Lee Jong Suk, Yoona, Kwak Dong-Yeon, Ok Ja-Yeon dan lain-lain. 

Big Mouth Casts


Sinopsis:

Kisah tentang seorang peguam (Park Chang Ho, lakokan Lee Jong Suk) yang tidak begitu cemerlang dalam kerjayanya, yang selalu kalah dalam kes sehingga diberi gelaran Big Mouth oleh orang-orang di dalam bidangnya. 

Suatu hari, Park Chang Ho telah menerima satu kes langgar lari yang telah menyebabkan kematian seorang Pengerusi Hospital, dengan bayaran yang tinggi. Orang yang mengupah Chang Ho ialah datuk bandar Gucheon, Choi Do Ha. Tujuannya memilih Chang Ho ialah kerana inginkan seorang peguam yang boleh diperkotak-katik, memandangkan kes tersebut sebenarnya melibatkan scandal berprofil tinggi.

Choi Do Ha and his wife in Big Mouth


Main Cast Big Mouth




Tetapi Park Chang Ho tidak la sebodoh yang disangka. Dia membuat tindakan yang seolah-olah mengancam penjenayah di sebalik kes langgar lari tersebut. Maka, bemula la kejadian-kejadian yang malang buat Chang Ho. Dia mula diperangkap dan dituduh sebagai penjenayah licik dan scammer yang paling dikehendaki di Korea iaitu Big Mouse, lalu dipenjarakan.

Dengan bantuan isterinya Kang Mi Ho (lakonan Yoona), Chang Ho cuba menyiasat siapa sebenarnya Big Mouse demi membersihkan namanya. Pihak yang memerangkap dan memfitnah Chang Ho berharap dapat membuatkan Chang Ho kesusahan di dalam penjara, tetapi sebaliknya yang terjadi. Chang Ho sangat dihormati di dalam penjara kerana tittle Big Mouse yang dipegang itu. Maka, Chang Ho terus menyamar menjadi Big Mouse memandangkan kelebihan-kelebihan yang diterima dengan menjadi Big Mouse.


Prisoners in Big Mouth

Bergaduh sesama banduan dan dibuli oleh pegawai penjara itu perkara biasa. Misi Chang Ho ialah ingin membersihkan namanya daripada tuduhan scammer, mencari Big Mouse yang sebenar, mencari dalang kepada pembunuhan Pengerusi Hospital. Dalam masa yang sama, di penjara juga ramai banduan contoh yang telah jatuh sakit setelah membuat tugasan rahsia di luar penjara iaitu di sebuah lombong. Isteri Chang Ho juga cuba merungkai perkaitan antara penyakit yang dialami banduan-banduan tersebut dengan lombong itu. 


Jerry in Big Mouth


Personal Review:

Drama ni bermula dengan baik, membuatkan saya tertarik untuk terus menonton. Lebih-lebih lagi drama ini dilakonkan oleh Lee Jong Suk. (Saya mula minat Lee Jong Suk setelah menonton drama I Can Hear Your Voice. Walaupun muka dia unik, kadang2 nampak macam Michael Jackson, tapi lakonan dia mantap.).

Episod 1-3 masih rancak dan rasa semakin ingin tahu. Bila masuk episod 4, 5, 6 dah mula rasa macam dia pusing-pusing kat situ je nak cari siapa sebenarnya Big Mouse. Usaha Chang Ho nak mencari, Big Mouse yang real tu memang habis-habisan la. Big Mouse ni wataknya boleh dikatakan sangat licik. Susah nak ditemui dan memang seorang yang mahir. Sekali, bila jumpa Big Mouse, tak sampai 10 minit watak Big Mouse tu dimatikan meletup kena bom. Punya la selama ni kemain handal, tiba-tiba mati macam tu je. Haiyaaa... membazir sungguh. 

Tapi kematian Big Mouse tu sebab nak bagi laluan untuk Chang Ho gantikan Big Mouse tu jadi ketua. The culprit (org jahat) dalam drama ni ialah Choi Do Ha. Dia nak balas dendam kat ketua organisasi Sembilan Sungai yang pernah bunuh datuk dia di depan mata dia. (Kereta terbakar). Yang tak logiknya, masa Do Ha kecik tu, cemana dia boleh ikut atok dia pergi ofis, sedangkan syarikat tu syarikat Chemical. Dooh sangat.

Aku ringkaskan je la. Kang Mi Ho isteri Chang Ho ni dapat sakit leukimia semasa dia cuba siasat lombong yang sebenarnya lombong Kimia yang berkaitan dengan ketua Sembilan Sungai tu. Ni pun tak logik. Sebab sekali pergi terus kena radiasi dan dapat leukimia. Sedangkan banduan-banduan tu kena leukimia setelah lawatan yang kerap ke lombong tu. 

Lombong tu buang sisa kimia ke satu kolam ikan yang related dengan Choi Do Ha. Kiranya dalam cerita ni, Chang Ho merancang nak gagalkan kejahatan Choi Do Ha ni dengan menggunakan undang-undang la. Dengar macam dah sedap dah. Sekali ntah macamana dalam court tu, perbicaraan tu kalah. Sebab berjaya membuktikan keraguan yang munasahah, eceh, yg ni aku memandai je. Tapi memang kalah la perbicaraan tu walaupun isteri Do Ha sendiri yang nak jadi saksi kejahatan suami dia. Ish...ish. kejamnya dunia.

Daripada awal drama ni, ditunjukkan yang Choi Do Ha ni hobi dia menyelam kat satu kolam diving ni. Satu hari selepas perbicaraan yang Choi Do Ha dah menang tu, dia diving kat kolam tu, Kira mcm muka bangga la ni. Bila dia keluar dari kolam diving tu, Chang Ho dah tunggu dia kat luar kolam, hanya semata-mata nak cakap shekkiya kat Do Ha sebab Do Ha menganjing dia. Lepas je Do Ha menganjing tu, tetibe Do Ha muntah darah. Rupa-rupanya geng Chang Ho dah salurkan sisa kumbahan kimia tu ke dalam kolam diving. Hacanggituje ending dia. 

Aku rasa macam dah kena scammed lepas habis tengok drama ni. Punya la nak tunggu Chang Ho kalahkan Do Ha dengan penuh gaya mutu keunggulan. Sekali dia main racun macam tu je. Pulak tu terus muntah darah kat situ. Tak de la nak mati perlahan-lahan dengan penuh penderitaan ke. Patutnya biar la dia dapat balasan yang lebih teruk. Kalau setakat nak suruh dia mati, baik tembak je dari awal. Haaa, kan aku dah jadi lagi pandai daripada penulis skrip.

Drama ni sepatutya boleh buat dengan lebih bagus. Ada banyak loop hole yang aku rasa nak query. Macam, apa jadi dengan dia tu? Siapa anak  Ketua Sembilan Sungai tu? Takde pengadilan ke buat isteri salah seorang rakan subahat Choi Do Ha yang kena bunuh tu. Ada banyak la persoalan yang tak terjawab. Biasa perasaan nak tanya banyak soalan ni hanya ada kalau aku tengok drama melayu je. Jarang la Cerita Korea yang tak kemas macam ni jalan cerita dia. isteri Chang Ho pun mati. Chang Ho pula,terus mengetuai organisasi Big Mouse. 


Mungkin ada yang keliru, Big Mouth atau Big Mouse? Tajuk drama ni Big Mouth, iaitu gelaran orang bagi kepada Park Chang Ho sebab dia selalu kalah perbicaraan. Big Mouse pula ialah watak scammer dan most wanted criminal dalam drama ni.


Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...