Skip to main content

Mines Beach Resort - Mines Wellness City, Seri Kembangan

 Sejahteralah ke atas kamu....


Saya jarang pergi bercuti (vacation). Kalau saya pergi pun, hanya sekadar check-in di hotel-hotel yang mur-mur* sekitar Lembah Klang. Saya ni tak suka penat. Kalau travel jauh-jauh, nanti perjalanan tu penat. Kalau esoknya kerja, hah kejang la badan.


Mines Beach Resort ni letaknya di Seri Kembangan. Dekat je dengan The Mines Shopping Mall. 

Bila namanya 'resort', kita kena faham bahawa dia bukanlah hotel dengan bangunan tinggi. Resort biasanya konsep bangunan 3 hingga 6 tingkat yang melebar dari wing kanan ke wing kiri. 

Interior design agak menyenangkan. Banyak sofa di ruangan lobi. Boleh santai-santai melepak. Waktu saya pergi sini, tidak ramai yang datang menginap di sini. Jadi agak sunyi la.


Saya lupa nak request 1 king bed. Patutnya bila anak ramai ni, kena request family room dah. Takleh duduk bilik deluxe dah. Tapi takpe, kita jimat mana boleh jimat. 


Resort ni resort yang dah lama. Semasa PKP di zaman Covid dulu, resort ni ditutup dan tidak beroperasi selama 2 tahun. Faham-faham la kan, nak bina semula dan perbaiki semua facilities memang takkan dapat sempurna seperti baru. Saya tiada masalah dari segi perabot. Masih boleh diterima. Cuma bila masuk je bilik, bau karpet memang kepam la. Tapi hadap je la. Lama-lama bila dah buka sliding door, bau tu pun dah lali di deria hidung should be okay dah.


Channel TV pun okay, ada 1 channel kartun. 1 channel Movie. 1 channel berita. Siaran pun jelas.


Ini entrance. Nampak tu, 2 je luggage untuk kami 5 beranak. Satu luggage makanan. Satu lagi letak baju. Beg tilam angin pun saya lupa nak bawa. 


Tengok pada kad ni. Ada tulis Phillea. Maksudnya, Mines Beach Resort ni telah di rebranding. Formerly known as Phillea Beach Resort. 


Ini menu yang available. Dah nampak ada arak, memang saya tak order la food sini. Prinsip saya, kalau tempat tu boleh longgar jual arak, macamana nak yakin yang mereka betul-betul tak longgar di dalam penyediaan makanan. Takpe la. Itu kita cerita lain kali la.


Nice, perabot warna putih.


Tong sampah pun cantik. Motif ambik gambar tong sampah? Dalam toilet pun tong sampah macam ni. Ah ghisauuu takut kembang je rotan tu.


Simple yet elegant.


Sedap mata memandang.



Apa aktiviti di sini? Okay sebenarnya tarikan utama di Mines Beach resort ni ialah pantai buatan yang ada di sini. Tengok namanya pun 'beach' resort kan. Kalau difikirkan, macamana di tengah-tengah bandar boleh ada pantai? Pantai ini buatan manusia. Tetapi, sewaktu saya menginap di sini, pantai tu under construction. Adui. Tak dapat la nak bawak anak-anak main pantai tipu-tipu. 



Yang berlampu-lampu ni la letaknya pantai tipu-tipu tu. Seberang sana nampak tak bangunan cantik tersergam indah tu? Haa, itu Palace of Golden Horses. Sekarang belum dibuka untuk orang awam. Hanya private event je diadakan di situ. Untuk makluman, (okay ini ayat email rasmi), Palace of Golden Horses ni pemiliknya sama dengan pemilik Mines Beach Resort. 



Jangan risau.... Kalau pantai tiruan tu tutup, kalian pasti tidak akan mati kutu di situ. Pergi la keluar ke Mines Shopping Mall. Yang jenis aktif-aktif badan fit, jenis kaki marathon mesti tak jadi masalah nak pergi jalan kaki. Tak sempat nak mengah pun. Macam jantung ko baru je nak speed up, tetiba dah sampai. Jantung ko pun macam cakap, "eh apa ni scammer?".. Haaa gitu.

Tapi kalau jenis mokcik-mokcik lebar macam saya ni, boleh naik buggy car. Ada buggy car wei. Resort sediakan. Dah tentu shopping mall tu namanya Mines juga kan. Maksudnya adik beradik dia belaka la tu. Bila-bila masa je boleh request hantar ke mall. 


Dalam terusan suez ni, ada ikan keli besar-besar tau. Seram pulak bila terbayang kalau saya jatuh dalam tu. Saya dah la tak reti berenang. Saya tak naik pun cruise ni. Kesuntukan masa. Next time la kita pergi lagi ye anak-anak, bila beach pelesu tu dah dibuka. 

Saya ni tak lama sangat duduk di Lembah Klang, baru je 15 tahun. Tapi selama 15 tahun tu, saya rasa tak pernah jejak kaki ke Mines Shopping Mall ni. Punya la alim-alim kucingnya saya ni. Jauh kot dari rumah saya nak ke Mines tu. Kalau saja-saja nak jalan-jalan dalam shopping mall, saya akan pergi ke shopping mall yang terdekat dengan rumah saya la. Apa lagi kalau bukan Mid Valley kesukaanku. ewah. 


Bayanglah, bila tak pernah pergi, saya rasa macam saya melawat negeri lain pula. Acah-acah tourist sangat kan. Tangga ni pun dah lawa. Tapi saya tak pandai ambil gambar. Patutnya tak nampak tangga tu, nampak taman bunga je.


Anak-anak saya, kalau pergi mall, mesti beratib nak naik keretapi yang bergerak hambar ni. Saya kalau ikutkan, malasnya la nak layan. Tapi supaya drama tak jadi lebih banyak episode, saya turuti juga la. Lagipun, elok juga kalau dah penat berjalan, kaki lenguh rasa macam nak meletup tu, boleh la lurus-luruskan lutut. Ini taktik kehidupan, jangan tak faham.

Keretapi ni harga tiketnya RM6. Memang mahal la patutnya. Harga RM 6 tu kalau ko naik bas dari Kuantan, boleh sampai Sungai Lembing. 40km. Ini, dia round satu floor mall je. 6 minit tepat. Saya dah set timer. Maksudnya seringgit seminit. Lantak situ.

Ini entrance untuk masuk ke Downtown Mines. Ntah la nama dia uptown ke downtown. Salah satu lagi aktiviti yang boleh korang lakukan di sini ilah melawat downtown ni. Boleh naik buggy juga ye. Konsep macam pasar. Ada mini funfair. Ada la games baling dart pada belon, tangkap rubber ducky, baling gelung dalam botol dan merry go round. Ada food court yang memang meriah di sebelah atas - open air. Bahagian bawah pula, kedai2 jualan macam-macam benda. Kasut, baju, jam, kipas, vape dan macam-macam. Urut tapak kaki refleksologi pun ado. Maaf la, gambar sampai sini je saya ambik. Sebenarnya saya tak suka tempat sesak, gelap dan bising. Tangan penuh lagipun. Mana nak pegang ayam gunting lagi, nak pegang apam balik nipis lagi, nak pegang tangan anak-anak. Yang sorang nak ais kepal macam dalam kartun Upin Ipin. Yang sorang nak cheesy wedges. Sorang nak roti canai. Last-last makanan saya tak beli. Takpe la. Diet la malam tu. Esok tak kurus pun.

Kalau korang malas juga nak buat aktiviti ni semua, duduk je la dalam bilik mandi bath tub. Bilik standard dia ada bath tub tau. Dan satu yang saya macam kagum, toiletries yang diberikan, ada termasuk sikat rambut. Hotel marhaein. Okay la kan kalau dapat sikat. Kira impressive dah tu. 

Sampai sini saja. Kala ada typo harap dimaafkan. Saya tak sempat nak proof read. Lepas ni nak pergi Midvalley pulak. Kbai.

Comments

  1. Semenjak dah meningkat usia ni, kalau berjalan tidur hotel, memang akan rehat2 kat hotel je. Makan pun kadang2 foodpanda je. Hahaha... Tunggu la anak besar sikit, baru la ikut diorang pulak nak berjalan ke mana. Selagi tak besar, duduk je la kat hotel diam2.

    ReplyDelete
  2. Wahhh..menarik. tunggu beach pelesu tu siap baru boleh pi. Barulah puas anakku nak main pasir 🤣.
    Ermmm.. keretapi tu, kalau Ahnaff pun pantang nampak. Melilau² mata duk tengok. Terpaksa bagi naik jugak.

    ReplyDelete
  3. begitulah kan anak ramai ni. Mak memang tukang sangkut makanan. lepas tu habiskan makanan diorang yang dah tokak sana sini tu. Keretapi tu memang scammer perabis duit mak bapak. Kat angsana Mall ada sebiji. Asal pergi angsana dia kejar nak naik. maknya ni juga yang kena temankan. nasib baiklah drpd 6 orang tu, dua yang bujang tu dah dah taknak naik keretapi tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...