Sejahteralah ke atas kamu...
Hari ni nak cerita topik yang agak serius. Tentang politik. Sila saspen.
Sejak akhir-akhir ni percakaran antara semua parti politik makin gila kentang. Semua orang nak mempertahankan keimanan masing-masing terhadap parti politik yang disokong. Walaupun ada orang yang kata, "saya tak sokong mana-mana sebab semuanya sama je", tapi jangan nak tipu, dalam hati mesti ada terlebih sikit menyebelahi pihak2 tertentu. Saya pun sama la. Walaupun hakak kata hakak tak sokong mana-mana, tapi jangan percaya sebab dalam hati hakak, pasti hakak ada menyebelahi salah satu pihak walaupun bukan penyokong tegar. :D [grinning]. Undi adalah rahsia walaupun hakak tak pernah pun lagi mengundi.
Isu paling panas sekarang ni, pasal PTPTN dan Bersih. Yang ni 2 je la yang pahlawan-pahlawan papan kekunci dan keyboard warriors dok berbalas pantun kat internet sama ada kat FB, kat blog, kat forum, semua berusaha mempertahankan prinsip yang dibawa oleh parti yang disokong masing-masing.
Dalam bahasa yang lebih senang korang nak faham, contohnya bagi isu PTPTN -->
Senarionya begini [korang semua dah tahu dah ni rasanya, tapi baca je lah] :
- Pembangkang [Pakatan Rakyat - PKR, DAP dan PAS] mencadangkan untuk memansuhkan PTPTN, beri pendidikan percuma.
- Penyokong-penyokong BN akan bermati-matian menegakkan bahawa PTPTN itu sangat membantu golongan pelajar miskin untuk sambung belajar. Mansuhkan PTPTN bererti rakyat Malaysia takleh sambung belajar. Mansuhkan PTPTN adalah mustahil dan bodoh. Sape yang sokong untuk mansuhkan PTPTN tu tak kenang budi. Hutang wajib dibayar. Dan sebagainya.
- Penyokong-penyokong PR pulak akan bermati-matian pula untuk menegakkan bahawa PTPTN itu lebih elok dimansuhkan. Mansuhkan PTPTN adalah perkara yang boleh dilaksanakan dan bukan mustahil. Sape yang taknak belajar percuma tu bodoh.
Okay, itu senario sekarang kan? Korang baca la kat mana-mana pun battle of keyboard warriors , isi dan hujah mereka pun balik-balik yang tu jugak. Takkan lari banyak la. Kalo ada pertambahan pun perkataan-perkataan carut dan maki je.
Sekarang ni apa kata ... ni cuba bayangkan la ye... Kalaulah... Isu untuk mansuhkan PTPTN dan beri pendidikan percuma ni dicadangkan oleh pihak BN pulak. Katakanlah je ni tau. Cuba korang bayangkan pulak, siapa yang akan menyokong cadangan ni dan siapa pulak yang akan membangkang cadangan ni?
Saya boleh jamin, makan nasik lemak 7 hari setiap hari berturut-turut bahawa penyokong-penyokong BN yang sekarang ni kondem habis-habisan cadangan nak mansuhkan PTPTN ni, tiba-tiba akan otometik je menyambut baik cadangan tu. Dan penyokong2 PR yang sekarang ni bersetuju PTPTN dimansuhkan akan tetap bersetuju dengan cadangan tu kehkeh tiba-tiba je secara otometik tidak menyokong cadangan tu.
Betul tak kemungkinan itu akan terjadi? Korang rasa cemana? Saya betul-betul rasa, bahawa apa yang penyokong-penyokong setiap parti ni pertahankan, bukanlah ikhlas tentang isu tu sendiri tapi lebih kepada sokongan kepada parti tu je. Oleh sebab dia dah sokong BN, apa yang BN cakap semuanya benar. Macam tu jugak, sebab dia dah sokong PR, apa yang PR cakap, semuanya benar bagi dia. Tak kisah la sama ada cadangan tu betul-betul baik ke, atau cadangan tu buruk ke, asalkan cadangan itu keluar daripada parti yang disokong, semua penyokong-penyokong parti akan turut sama mempertahankan parti masing-masing. Saya sangat yakin itu. Jadi, korang tak payah nak berlakon la yang korang betul-betul care dengan sesuatu isu tu, melainkan korang cuma nak membela parti yang korang sokong.
Nak cuit skit pasal cukai. Selalu je pembangkang dok kata, kita yang bayar cukai kepada kerajaan, tapi ramai juga yang tak terasa pun derang pernah bayar cukai. Cukai pendapatan takde pun dipotong oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri [LHDN] setiap tahun. Kalau ada pun setahun sekali je. Itu pun takde la banyak mana. So, mesti kita rasa yang kita tak pernah pun bayar cukai ye tak? TAPI, kita perasan tak bila kita makan dekat KFC, harga yang korang bayar tu TERMASUK 6% gov tax? Itu baru kat KFC. Kat McDonald? Burger King? Sushi King? Sushi Queen? Big Apple? Berapa kerap kita makan kat luar? Berapa banyak tax yang kita dah bayar? Berapa ramai yang makan kat tempat2 tu? Berapa lama dah cukai ni dikenakan? Itu yang saya faham la pasal cukai ni.
Pasal semua isu-isu ni.... semua kontraversi ni, tak kisah la korang sokong apa pun, tapi saya cuma mintak korang jangan dengar berita daripada satu sumber je. Dan bila dengar berita daripada sumber-sumber lain, tolong bukakan hati dan minda untuk terima fakta yang diberikan. Jangan le asalkan fakta tu keluar daripada parti yang ko tak sokong, terus ko tak dengar penjelasan dan anggap tu semua fitnah.
Kalau blur sangat tak tahu nak sokong mana.... cuba la kaji sejarah kerajaan Islam sejak selepas kewafatan Nabi Muhammad, kemudian zaman Khulafa Ar-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan Islam selepas tu termasuk kerajaan Abassiyah sampailah ke Turki Uthmaniyah. Mesti korang malas kan? Paling tidak pun korang baca la kisah kepimpinan 4 orang Khalifah kita, tengok cemana cara mereka hidup. Adakah penuh dengan kemewahan? Abu Bakar AsSiddiq itu hartawan, tetapi memilih cara hidup zuhud. Kenapa? Sebab tak mampu? Sebab sengaja nak hidup mundur? Umar Al Khattab yang sangat amanah dalam pentadbiran negara sampaikan ada satu hari bila anaknya datang bertemu dengannya untuk berbincang masalah keluarga yang tiada kaitan dengan isu umat, sanggup memadamkan lilin kerana takutnya dia menggunakan harta umat [harta rakyat]. Betapa Umar sanggup berjalan di waktu malam di celah-celah kampung untuk melihat sendiri keadaan hidup rakyatnya SECARA SENYAP-SENYAP ye. Bukan disambut dengan paluan kompang dan jamuan seekor lembu. Kemudian, zaman Umar Abdul Aziz [dia ni khalifah jugak daripada keturunan Umar Al Khattab], semua rakyat mendapatkan kekayaan yang sama rata dan tiada seorang pun rakyatnya layak terima zakat. Hebat tak?
Kita memang tak mungkin dapat lagi pemimpin Islam sebegitu. Tetapi paling tidak pun... carilah yang paling sedikit bezanya dengan mereka. :D Grinning again.
mari kita cicah kentang itu degn cheese yg dh di pos..tracking no em076249478my
ReplyDeletesiapa tak suka pendidikan percuma???
ReplyDeletebiasalah tu... bab2 politik ni mmg begitu...
ReplyDeletepolitik sume sama je...
ReplyDeletePen Biru : Hahaha. Okay. Thanks. Tak sabar nak mencicah.
ReplyDeleteNafisa81 : Tak tau la. Ada jugak yg tak suka. Nanti takut ilmu yg dia belajar tu dia tak hargai.
kyo : politik mana2 pun sama.
Makwe Kintan : Ye la.. memang begitulah senarionya.
kalo ada yg mencadang, mesti ada yg membangkang. lumrah dunia. btw, x minat politik. hehehe...
ReplyDeletejwpn dr soalan yg akak tanye tu :
ReplyDeleteKak Sunshine :
entahlah kak.. tp kalau berjimak 3 malam berturut2 kualiti sperma dah menurun.. sperma x cukup :P.. hihi.. betul ke ek.. sperma lemah.. jd kalau jd anak/ peratusan tuk jd anak kurang.. kalau jd pun hasil drp sperma yg x cukup kuat.. cube akak cr maklumat tu.. pndpt sy just scr logik jerk..
sal politik ni kan... otak lady agak lembab sikit.. lady msh confuse.. nak kata lady ni kerajaan... xjugak.. nak kata pembangkang x jugak.. nanti dah kene ngundi.. pangkah dua2 la ek.. tp sbnrnye isu ptptn ni.. lady xsetuju dimansuhkan.. tp amat setuju kalau xde riba.. lady x start byr lagi ptptn.. huhuhu..
ReplyDeletebg lady.. kalau semua bg free.. pelajar akan berjoli jerk.. malas belajar.. skrg kalau yg rajin belajar.. xyh byr atau separuh jerk.. scr x langsung leh merangsang pelajar tuk belajar dgn gigih..
ReplyDeletesalam;
ReplyDeletePolitik! oh politik!,kalau tak diketuk tak berjalan..
err... nk komen ke? akak pun tak mengundi lg. pttnya thn 2008 tu mengundi tp dlm pantang la pulak.
ReplyDeleteps: photobook tu drpd vprint. pixajoy tak smp nak hantar.
politi2..hmmm
ReplyDeletekadang2 benda percuma tak di jaga...
ReplyDeleteyang berbayar jadi lebih ber erti :)
aduyai...mlm tu lya x tgk pon debat psl ni.. kdg2 mls nak cara bab2 ni semua.. ye la..politik belaka..adakah apa y mrk ptahankan bnr2 utk rakyat atau kpntingan parti?
ReplyDeleteapa2 pon ktusan..setiapnya msti ada effect tsndiri
Zaman bapa dan atuk kita dulu tak ada PTPTN pun, pendidikan memang percuma ketika itu, semua student dpt biasiswa kecuali yg kaya raya kena bayar sendiri...
ReplyDeleteDari kata2 akhir lyd..saya tahu parti mana yg dekat dihati lyd. Itulah pegangan saya, sokong yg plg hampir dgn ciri2 pemimpin terbaik dlm Islam.
ReplyDeletePsl ptptn..dua2 saya tak sokong. saya suka jika ia jd mcm jpa dolu2 (zaman takde ptptn). Byr ikut cgpa & takde caj tmbhn. Kalau ptptn kena dpt 1st class baru free penuh, tp susah nk capai class tu.
saya hanya nak yang terbaik..saya masih ramai lagi anak-anak yang perlukan pelajaran untuk kehidupan mereka nanti...bukan bayar itu bayar ini buat tanggung orang lain g shopping...oh..sedih apabila sesama kita terus berbalah,penyelesaian tak jumpa juga...ingatlah Allah hati tenang..Insya Allah..
ReplyDeletep/s:rindu zaman saya kecik2 dulu...aman je rasa..