Skip to main content

Kalau Semua Nak Jadi Ustaz, Siapa Nak Jadi Professional?

Sejahteralah ke atas kamu....


Ada orang bertanya kepada saya. "Doktor mempunyai 13 orang anak, masakan semuanya mahu menjadi ustaz, mahu menghafaz Al Quran? Kalau begitu, siapa yang mahu jadi doktor, jurutera dan sebagainya?"

CUba kita singkap kembali perjalanan para cendekiawan kita dalam menuntut ilmu. Kita bangga dengan mereka; orang seperti Imam Syafi'e, Imam Ghazali, Imam Nawawi dan banyak lagi yang pakar dalam pelbagai bidang. Mereka tulis beratus-ratus jilid buku yang digunakan sebagai panduan sehingga sekarang tanpa bantuan apa-apa peralatan yang kita anggap canggih seperti komputer dan internet. Kita dengan peralatan yang canggih yang ada sekarang pun masih tidak mampu untuk menulis walau satu jilid buku pun, dan kadang-kadang peralatan itu lebih banyak membawa kepada kelalaian kita dengan Allah. Contohnya lebih banyak chit chat, menyebarkan fitnah, menyiarkan gambar porno dan sebagainya.

Apa yang hendak saya tekankan di sini, disebabkan kita terlalu menekankan ilmu teknikal inilah yang menyebabkan masyarakat Islam menjadi lemah. Kita tidak mampu melahirkan cendekiawan-cendekiawan yang menguasai pelbagai bidang ilmu seperti orang terdahulu. Kita hanya mampu menjadi user [pengguna], menjadi pengikut, bukan manusia yang sepatutnya diikuti.

Apa silapnya? Silapnya adalah kita telah jauh daripada Allah. Kita jauh daripada Al-Quran. Orang-orang Barat sendiri mengkaji al-Quran dan kitab-kitab [yang cendekiawan kita] tulis walaupun mereka menggunakannya untuk kepentingan keduniaan mereka. Buktinya ketika saya belajar di Jordan belajar bahasa Arab, saya lihat ramai orientalis barat sama-sama belajar bahasa Arab juga. Mereka tahu banyak sumber ilmu di dunia ini berada di dalam al-Quran dan kitab-kitab Arab terdahulu. Sebab itu mereka sanggup belajar bahasa Arab.

Di mana orang Islam? Mereka masih duduk leka dengan ilmu teknikal yang dipelajari daripada musuh-musuh Islam.

Kalau kita lihat hasil kajian yang dibuat oleh Harvard University terhadap ilmu pembangunan insaniyah [human development], sebenarnya dalam membentuk manusia terbaik, 80% daripada ilmu yang mesti dipelajari adalah ilmu sikap.

Realiti masyarakat Islam sekarang, ibu bapa dan pelajar menumpukan 80% masa, tenaga dan sumber-sumber mereka dengan menguasai ilmu teknikal yang hanya meyumbang 20% kejayaan. Sebab itulah masyarakat Islam menjadi lemah, jadi pengguna sahaja serta pak turut.

Di mana letaknya ILMU SIKAP itu?
Ia terkandung di dalam al Quran. Itulah sebabnya Allah meletakkan pembelajaran ilmu berkaitan sikap ini sebagai asas utama dalam pendidikan manusia.

Kita lihat perjalanan pendidikan ulama terdahulu;
  • Mereka menghafaz al Quran
  • Mereka memahami ilmu berkaitan al Quran, ilmu hadis, ilmu bahasa arab dan sebagainya.
  • Dalam masa yang sama mereka beramal dengan ilmu-ilmu tersebut.
  • Allah mencintai mereka atas amalan mereka.
  • Allah memberi mereka kebijaksanaan dengan berkemampuan menguasai bidang ilmu yang lain. 
Inilah jawapan kepada persoalan kenapa saya mahu semua  anak-anak saya menghafaz al Quran. Dengan keberkatan menghafaz al Quran terlebih dahulu akan memudahkan anak-anak saya diberi faham dan beramal dengan pelbagai ilmu lain yang mereka pelajari.

Apa yang kita lakukan untuk cuba mengulangi sejarah itu?
Permasalahan kita sekarang ialah kita hanya mampu berbangga dengan kecermelangan cendekiawan-cendekiawan kita yang terdahulu tetapi semuanya telah menjadi sejarah. Kita tahu mereka hafaz al Quran, tetapi kita tidak hafaz. Kita tahu mereka mengkaji al Quran, beramal dengannya tetapi kita sibuk dengan ilmu teknikal. Kita hanya mahu bercerita tentang sejarah, berangan-angan dengan sejarah tanpa mengambil inisiatif mengkaji serta mengikuti perjalanan mereka.

Salahkah mempelajarai ilmu teknikal?
Jangan salah faham. Saya tidak mengatakan ilmu teknikal tidak penting sama sekali, tetapi hendaklah kita sedari bahawa ilmu teknikal sentiasa berubah, idea dan kreativiti sentiasa berkembang. Kita jangan lupa bahawa semua idea cemerlang ini pastinya datang daripada Allah.

Kenapa perlu hafaz al Quran?
  • Sebagai langkah untuk lebih mudah menghayati ilmu yang lain kerana al Quran adalah mukjizat terunggul.
  • Al Quran apabila sudah menjadi makanan rohani dalam diri, ia membentuk sikap menjadi work smart dalam apa jua pekerjaan semata-mata kerana Allah.


Artikel ini adalah daripada majalah Q & A isu #01 hasil tulisan Dr Mohd Shafie Md Amin Al Muqri, Pengasas Kaedah Sistematik Al-Huffaz.

Comments

  1. kita bangga dengan cendikiawan2x @ tokoh Islam dahulu, tetapi kita tidak menyambung apa yang telah dilakukan oleh mereka semua. hanya leka dengan dunia yang disajikan dengan bermacam 'makanan'yang enak skali...
    Baca Al_quran pun payah nak baca sehari (termasuk aku le).tp try la cuba...

    kena muhasabah diri..kena perbanyakkan amalan sunnah dan cuba cari kawan2x yang berilmu, ada manfaatnya kita dapat bukan untuk dunia tp akhirat jugak..kerana bila kita ada kawan yang berilmu lagi2x bab agama, pasti dia akan menegur kesilapan kita dan kita seharusya berlapang dada menerima kritikan @ nasihat dan menganggap itu sebagai peringatan dari ALLAH S.W.T.

    sekian.

    ReplyDelete
  2. wow..aku kagum ko penah belajar kat jordan lyd..member aku pon ade sorang dulu kat sana..damascus syria..

    ustaz mana tah penah cakap dulu aku dengar..kalau nak jadi professional jadi la professional yng hafiz al-quran..baru belen ilmu dunia dgn akhirat..

    ReplyDelete
  3. eh jap..ko ke pegi jordan penulis tu..erkk..hahaha..aku terlepas pandang plak ayat hujung skali..

    ReplyDelete
  4. Makwe kintan : saya pun suka. Sbb tu sy share kat sini supaya geng bloggers dpt baca. :)

    Bahrain : saya juga berkongsi artikel ini sambil mngingatkan diri sendiri. Mmg tak dinafikan mmg susah nak istiqamah dgn amalan mbaca serta mendalami alQuran ni.

    Ym bundle : haaa. Tula baca tak abis. Ahahaha. Kalo aku belajar kat jordan, xde la merapu mcm ni blog aku. Mesti semua entry berilmiah je aku bg korang. Betul la tu kata ustaz tu. Kita nak jadi professional yg mahir alQurn tu mgkn payah la skek. Tapi insyaAllah boleh didik anak2 kita plak nnt.

    ReplyDelete
  5. boleh baca tp x ramai ygg fhm isi kandungan

    ReplyDelete
  6. sebab tu aku rase pelik bila baca pasal style tulisan ko selalunya tak macam tu..hahaha..

    ReplyDelete
  7. Khairul : Mmg ramai yg boleh hafal seluruh al Quran, tapi yg hafal tu pun ntah faham ke tak apa dia baca.

    Ym Bundle : Hahaha. Bahasa penulisan aku tak la setinggi itu. Nasib baik ko dpt detect style tulisan tu. Kalo tak, ko akan mengkagumi aku tak pasal2 sbb ingat aku belajar kat Jordan.

    ReplyDelete
  8. Kita sebenarnya boleh jadi profesional dan ilmuan agama serentak jika sejak kecil kita mendalami ilmu agama. Justru kita boleh menjadi doktor-ustaz, jurutera-ustaz malah PM-ustaz. Jika zaman dulu boleh melahirkan saintis-ustaz seperti Ibnu Sina (Avicenna), Al-Biruni (Alberuni), Al-Battani (Albetagnius), Ibnu Haitham (Alhazen), Al-Kindi (Alkindus) dan Ibnu Rushd (Averroes), mengapa sekarang tidak?

    ReplyDelete
  9. jika hafal satu alquran tapi xmemahami nye atau xmengamalkan nye pun xleh gak kan... cam sy dulu hafal 2 3 juzu'... tp sekrng dh ingt2 lupa... berdosa besar kan kalau lupa apa yg kita hafal tu...

    p/s ; sory kalau lari tajuk siket.. hehe

    ReplyDelete
  10. JR : Benda tu la yang saya harap sangat dapat didik pada anak2 nanti. Nak mereka menguasai al Quran dulu kemudian bidang professional selari.

    Taufiq : Sayang la kalau lupa. Berdosa besar ke kalo lupa? Tak kot. Cuma kerugian tu mungkin. Takpe, masih ada masa utk kita improve diri kita kan?

    ReplyDelete
  11. menarik info ni dan baik untuk renungan... banyak kebenaran dalam landasan untuk menuntut ilmu dunia dan ilmu akhirat secara seimbang...

    ReplyDelete
  12. cube kite bc al-quran hari2...rasa tenang sgt....kalau nak kata paham maksud mmg tak la.tp sikit2 kite leh hayati maksud setiap ayah al-quran tu...

    bc setiap hari pon dah rasa ketenangan inikan bile kite hayati maksud setiap ayt :D

    ReplyDelete
  13. bukti depan mata dah ada.
    ramai pelajar kita yg cemerlang akademik semata, akhirnya kecundang akhlak. Bila takde akhlak..byk lagi perkara buruk mampu dilakukannya.

    ilmu agama mesti dicari dulu. barulah membentuk diri utk ilmu dunia.

    ReplyDelete
  14. wahhh, begitu berkesan dalam hati... etul juga apa yang diungkap oleh si penulis... nice sharing...

    ReplyDelete
  15. masa tengah baca..nengok ada tulis 'semasa saya belajar di jordan dulu..'. Ingatkan u mmg bebetul study kat Jordan dulu. Bila baca bawah..ehh 'dipetik dari tulisan xxxx'. Oohh..heheee

    Betul2..memang pun sekarang kita orang islam ramai jadi follower, bukan leader/pioneer. Padahal dulu orang islam yang paling tera..

    ReplyDelete
  16. Kazman/Sue : Terima kasih sebab suka. Sbb tu la saya share di sini. Sanggup taip sendiri daripada majalah tu.

    Cik Farizam : Betul awak.. Baca alQuran mmg menenangkan hati. Kalau faham plak, mesti banyak benda yang kita buat skrg, dah tak sanggup kita buat lagi.

    Ujie : Itu la. Tapi ramai lagi org yg tak sedar benda ni. Mungkin sebab dunia kita skrg ni mmg macam ni. Kejar duniawi, nama dan pangkat.

    Diana : ehehe... haa.. saspen kan? Saya takde plak pengalaman macam penulis tu. Hanya taip dan share je saya mampu buat.

    Gen2 : Sangat berkesan kan? Rasa kagum jgk dgn dia sebab sedar benda ni.

    CikSibuk : Kehkeh.. Takkan le saya doktor yang ada anak 13 org. Hehehe.

    ReplyDelete
  17. teringat saya masa kecik2 dlu...
    tiap2 mlm arwah mak akn mengajar kami adik beradik mangaji....

    kakak2 ja yg ada hari cuti mengaji...
    yg kami lelaki...jgn coba2 nk ponteng mengaji....huhuuu...

    ReplyDelete
  18. menarik info ni buat kita berpikir2 saya suka!

    ReplyDelete
  19. tertarik sgt baca artikel ni.. btl tu..adakalanya teknologi mmg mhayutkan manusia..

    ReplyDelete
  20. umat kita masih suka malas-malas ya mbak padahal segala kemudahan semisal internet. ya internet hanya suka dibuat macam hiburan saja untuk menggali ilmu jarang-jarang digunakan

    ReplyDelete
  21. dalam bidang profesional kejuruteraan...ramai jugak yg saya penah jumpa ustaz jurutera...kdg2 naik segan bila nak berbincang sbb dia tunduk aje tak tengok kita

    ReplyDelete
  22. pernah jmp org yg tak nak anaknya masuk sekolah agama or ambik aliran agam a even kat sekolah kebangsaaan. takut bila keluar nanti anaknya tak ada kerja. huhuhu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca