Sejahteralah ke atas kamu...
Masa muda dulu saya memang hantu-raya-jembalang-tanah dengan drama Korea. Jalan cerita drama-drama Korea ni walaupun pusing-pusing pun macam tu jugak, tapi saya tetap menggelupur nak tengok sampai habis. Bapak panjang 16 jam durasi dia. Macam cerita Hindustan, kalau tak ada hero kuat yang selepas kena tembak 4 das pun masih boleh berlawan dengan 60 orang jahat yang bawak kayu hoki, memang bukan Hindustan la tu. Macam tu jugak dengan drama Korea. Kalau hero dengan heroin tak bermula dengan bergaduh dan bermusuh kemudian jatuh cinta, memang tak Korea ah..
Ada beberapa drama Korea yang saya perasan, konsep jalan ceritanya sama iaitu, hero dan heroin tinggal serumah kerana terpaksa. Terpaksa tu kerana ada la sebab tertentu contohnya dalam Full House mereka tinggal serumah sebab kahwin kontrak [yg lelaki nak penuhi permintaan keluarga untuk berkahwin dan yg pompuan pulak berkahwin untuk dapatkan semula rumah dia]. Ada-ada je la sebab yang terpaksa tinggal serumah ni. Ada yang hilang ingatan dan kena pungut pastu kena jadi orang gaji, atau ada jugak yang menyewa serumah sebab yg pompuan tu ingat lelaki tu gay[Personal Taste - oh, hensengnya Lee Min Ho]. Apa-apapun semuanya akan mula dengan bergaduh tiap-tiap hari. Ada je yang tak kena. Tapi last-last, masing-masing jatuh cinta sebab dah faham perangai masing-masing dan dah dapat kenal kebaikan masing-masing.
Anak-anak muda yang tengok jalan cerita macam tu mesti akan terasa sweet nya... Indahnya percintaan begitu. Pastu ada jugak yang berangan nak dapat pasangan yang best mcm hero dan heroin drama Korea. [Saya la tu dulu-dulu selalu berangan nak dapat lelaki hensem baik yang sweet dan lomentik]. Hei jangan tak tak tau, hero Korea ni dah la hensem, pastu perangai plak bila dah jadi boyfriend tu memang loving habis. Sweet sangat tau, watak mereka dalam drama tu. Pandaaaaiiiiii mereka berlakon. Yang heroin pun tak kurang jugak, dah la comel, perangai manja-manja kucing pastu lerus bendul.
Macam drama Korea tu.... kita tgk tak mustahil 2 orang yang saling tak mengenali boleh tinggal serumah pastu lama-lama jatuh cinta betul tak? Jadi..... perasan tak, anjuran Islam untuk berkahwin dulu kemudian baru bercinta tu betul la kan? Memang tak mustahil kita BOLEH duduk serumah dengan orang yang kita tak kenal, dan develop perasaan cinta bila dah tinggal serumah dengan dia. Kenal hati budi dan perangai dia serta sesuaikan diri sama macam kita mula-mula bercouple jugak. Masa mula-mula bercinta pun, kita mesti akan sikit demi sikit kenal kekasih kita tu dan walaupun ada keburukan yang kita nampak ada pada dia, kita akan sanggup je terima dan bersabar. Kadang-kadang punya la lama bercinta sampai 10 tahun tapi boleh maintain je perhubungan walaupun ada bergaduh sekali sekala. Maknanya, kalau boleh bercinta 10 tahun dan bersabar, kenapa tak boleh berkahwin dengan orang yang kita tak kenal? Lagi best. Bila dah kahwin dah halal. Boleh dating tergedik-gedik berkepit-kepit pun ikut suka. Nak peluk-peluk pun best sebab dah halal. Kalo pegawai2 pencegah maksiat datang serbu masa tengah buat projek kat hotel pun, boleh la berlagak tunjukkan kad kahwin kat pegawai2 tu sambil boo mereka. Point saya kat sini, bercinta selepas kahwin bukanlah sesuatu yang tak masuk akal dan mustahil untuk dilaksanakan. Mind setting je kena tukar skit sebab bila bercinta lepas kahwin tu macam tak sama dengan orang lain. Nampak kolot.
Bercinta lepas kahwin ni saya rasa macam dah nak jadi trend semula dah sekarang. Saya banyak baca kat blog-blog yang berkongsi kisah perkahwinan mereka tanpa bercinta dengan pasangan mereka. Saya rasa trend ini bagus serta kembali kepada ajaran Islam. Dan semua kisah yang saya baca itu alhamdulillah mereka sangat bahagia. Fatimah Sarha sape kenal? Itu pun satu contoh jugak. Jangan la takut tak serasi atau tak bahagia. InsyaAllah bahagia. InsyaAllah akan serasi. Sebelum kahwin, merisik la dulu daripada orang lain sama ada org tu okay ke tak. Boleh mintak tolong sahabat2 terdekat kita atau ahli keluarga kita untuk merisikkan. Kecuali la kalo tetiba kenal pasangan tu dalam kelab malam tengah mabuk-mabuk then ajak kahwin malam tu jugak, itu mungkin akan innalillah la jawabnya. Huhu.
Harap-harap adik-adik yang masih single tu boleh consider untuk bercinta selepas kahwin. Kalau ada orang merisik dan meminang dan kalau lepas dah siasat yg dia tu okay orangnya, proceed je. Yang tengah bercinta tu kahwin cepat-cepat. Dan yang dah kahwin plak, semoga kita berjumpa lagi di hari bahgia ini.... mari teman, mari saudara, kita bergembira... lupakanlah segala nestapa, selamat, selamat hari raya. Ngo cau sin..
moga jodoh sy dipercepatkan amin...insyaAllah
ReplyDeletesy selalu doa moga jodoh sy dan si dia dipermudahkn,dipercepatkn n direstui kedua pihak.
ReplyDeleteminta tlg doakn skali ye..huhu
insyaAllah..amin
moga jodoh cepat smpai yea.. sama2 la kte bdoa..sweety pn lom berjodoh lgi neyh..adeyhhhh
ReplyDeleteAku...
ReplyDeleteBedoa juga ni.... (^____^)
saya pun berdoa utk mereka yg masih single...cptla bertemu jodoh...hehe
ReplyDeletesweet kan bercinta lepas kahwin...berangan ala mak jenin saya ni...lupa sebentar status kahwin..he he he...tapi romantik kan tengok citer Korea gitu...saya terfeeling,saya dan suami dalam itu drama..ha ha ha
ReplyDeletetersengih lagi saya baca coretan lyd. hehe.. betul2 kalau rasa pasangan tu dah sesuai kawin cepat2. masalah skrg pasangan muda lmbat kawin sebab x cukup duit kot. saya rasa tak perlu la membazir dgn sanding2, kad mahal dll. cukup akad nikah, kenduri panggil org pun dah afdhal gitukan. ikut kemampuan org kata. saya kagum dengan pasangan yang nikah tanpa bazir byk duit, mcm kawan saya nikah hanya modal 5k saja tp cukup meriah dan tak membazir! ;)
ReplyDeletebetul jugak tukan Lyd..
ReplyDeletetak kenal maka tak cinta. Mak ayah kite dulupun tak kenal antara satu sama lain tapi bahagia juga, hanya maut memisahkan...
nak layan balik la citer korea hihihi..
jgn duduk serumah sblm kahwin sudah.
ReplyDeletehantu korea rupanya. ada plan nak beli photobook tu tp tak tau la. lyd rs mcm mana? blh pulak komen gitu kan. hehehe...
ReplyDeleteCik Afasz : InsyaAllah cik Afasz. Jodoh tu akan tiba juga.
ReplyDeleteCik Tiera : Akak doakan semoga hubungan awk dgn jodoh dipermudahkan.
Sweet Honesty : InsyaAllah jodoh cik sweety akan tiba juga nanti. Saya doaKan. :)
Karukord : Saya juga doakan utk en Jagau agar cepat bertemu jodoh dgn yg sesuai.
MakweKintan : Erm, jom la sama2 kita doa untuk mereka yg belum bertemu jodoh agar bertemu jodoh dan kita yg dah berkahwin ni, smeoga akan bahagia selamanya.
UmmiArissa : Hahaha... sama la kita. Saya pun selalu nak feeling2 yg saya dgn suami la hero dan heroin tu. Pastu senyum sorang2. Padahal sorang2 muka jawa. Jauh sekali muka Korea.
Asmara : Betul, ramai yg takleh kawin lagi sebab kewangan. Tapi tu la.. kalau semuanya faham akan syariat Islam, kahwin ni sebenarnya mudah tapi bukan ambil mudah ye. Boleh sangat kawen dengan kos rendah. Memang la kawen tu sekali seumur hidup [insyaAllah] dan ramai yg nak pada hari tu kita buat yg terbaik, tapi... kehidupan lepas kawen tu lagi penting.
diana : Tu la pasal. org2 muda ni kalau dia tgk saje2 takpe la. Kalau dia tiru buat macam tu jugak, abih la. rosak terus.
nita : nak tengok citer apa? Saya tgk tengok Personal Taste skrg kat youtube. Tinggal serumah jugak kaedahnya.
Aswadz : Haa.. tau takpe.
ReplyDeleteAnisAlya : Beli la. Cover wood tu biasanya lagi mahal. Lagipun landscape. Bila dah beli, boleh amik gmbr cantik-cantik, buat tema khas utk satu family then design photobook tu. Lambat lagi nak redeem kan?
drama korea ni memang lebih kurang je jalan ceritanya tapi Dba tetap minat giler tengok citer korea :)
ReplyDeletehaha,
ReplyDeleteDrama @ movie korea kebanyakkan tak pernah menghampakan.. cerita mesti sweet gilerr..haha
pergh..tengok drama korea berbelas jam..last time tgk full house, rasa cam nak muntah tgk muka Rain - walaupun comel, manis, poyo sikit dan berlagak.. yg penting tgk smpi abis..kikikiki
ReplyDeleteakak.. hati t cik abg baca kantoi lak.. sbb berangan nk cam hero korea 2..hahahaha... btw Ahlam stuju dgn pndapat akak 2... bercinta selpas kawen msti sweet muweetkan.. :) (ohhh berangan jap...:p)
ReplyDeleteHehee, dulu layan gak citer Korea, sekarang ni bukan tak minat tapi takut terjebak ;)
ReplyDeletelady suke sebab... mereke comel.. tp x hensem.. hihihi.. comel dan cute
ReplyDeleteDba dealova : kan kan? Kdg2 kita dah dpt teka apa jadi tp tetap jgk nak tgk smpai abih.
ReplyDeleteWani : saya pun geli tgk muka rain. Mungkin sbb style muka tak mandi kot. Hahah.
Bahrain : laki pon suka ke tgk drama korea! Cayalah! Bleh geng.
Ahlam : xpe ahlam. Hubby akak dah tau akak minat lee min ho. Dia la yg selalu kutuk akak sbg fanatik korea.
Myra jay : tu la. Saya ni dah tjbak balik ni. Dulu stop kejap. Skrg kat youtube dah byk org upload movie dgn drama korea, makin seronok la saya terjebak.
Lady : aaa boleh la comel tu. Sbb muka deraang mcm girl-girl skit kan?