Skip to main content

Sape Kata Kerajaan Persekutuan Tak Baik???!!

Sejahteralah ke atas kamu...

Tak pernah bil letrik saya kena bayar kurang daripada RM20. Tapi bulan lepas punya hanya perlu dibayar RM2.05 je. Ini sudah bagus. Dapat subsidi wa cakap lhooo... Daripada kerajaan persekutuan waa cakap lhoo... Baru je sekali ni. Kalau dapat subsidi mcm ni setiap bulan pun bagus jugak abang Ajib. Saya suka. Hehehe. Apa-apa pun, air free setiap bulan sejak PKR amik Selangor, lebih saya sukai. Heheh. Sebab bila bandingkan bil air mak dekat kampung, pergh...perperperghhh... Mahal.

Nampak ini stoberi? Saya sangat suka stoberi ni. Sebab dia besar. Puas makan. Beli kat pasaraya je. Hehehe.. Nampak tapak tangan yang berkedut seribu tu? Haa.. itu la tapak tangan saya. Sapa nak kena lempang, meh sini saya lempang. Nanti berbekas skali dengan garis-garis tu kat muka. Dapat corak cantik kat muka, boleh pegi stadium sokong pasukan bola sepak. Orang kata, siapa yang ada banyak garis-garis pada tapak tangan dia, itu maknanya dia tu banyak dugaan hidup. Tapi jangan percaya la. Itu hanya kata-kata tukang tilik nasib. Berdosa percaya. Syirik okay. *habis kalo syirik cemana saya boleh tau plak apa kata tukang tilik? Ko pegi jumpa tukang tilik ke?* Ooohhh mesti lah..... TIDAK. Saya baca komik Pedang Setiawan dulu. Ada sorang tukang tilik yang tengok tapak tangan **Tanpa Nama dan terkejut bila tengok tapak tangan Tanpa Nama  berselirat serta banyak sangat garis. Saya terus terasa macam tapak tangan saya ada persamaan dengan Tanpa Nama. Kehkeh.. Perasan nak mamfff... Kawan saya kat sekolah siap suruh saya iron tangan saya untuk hilangkan kedut. Chait! Tak membantu.

ENTRY INI TAK ADA MOTIF.

**Tanpa Nama : Bukan anonymous yang komen pedas di dalam blog korang. Dia adalah watak baik dalam komik Pedang Setiawan yang saya kelepet baca daripada abang saya.

Comments

  1. dulu2 pemes kot komik pedang setiawan tuh.. :)

    ReplyDelete
  2. pedang setiawan... xpernah dengar pon.. maybe sy xminat komik... hehehe.. kang nk rase pelempang tngn akk tu leh... haha

    ReplyDelete
  3. murahnye bil ko lyd..bil aku tak penah kurang dari 50..

    ReplyDelete
  4. murah nye bil tu...tak sampai rm5 ...hehehehe kelakar plak tgk....

    stoberi tu besar ek.....mesti mahal .....kalau wat makan ngn yogurt sdp nye >_<

    ReplyDelete
  5. itupun masih ada yg tak tau bersyukur..kan?

    ReplyDelete
  6. Kyo : Pemes giler. Skrg pun ada lagi tau. Tapi harga dah mahal.

    Nafisa81 : Dah letak bawah bantal dah, tapi tak ilang jugok kedut.

    Taufiq : Eii.. awk ni lahir lambat sgt. Sebab tu tak tau kot. Komik tu org2 veteren je tau. haha.

    YM Bundle : Baru bulan ni murah. Kalo tak 30 je. Umah aku takde ekon. Sebab tu tak sampai 50 pun.

    Afadz : Stoberi tu.. huhu.. sedih jugak la masa nak bayar. Masa bitau suami akak harga dia berapa, terkeluar jugak la bijik mata suami sbb terkejut.

    Pen Biru : heheh.. bias ale manusia.

    ReplyDelete
  7. spelet ni...main cilok baca komik abang...tak sedap lak tu tajuk dia..he he he..kalau tajuk puteri ku tido ke ok jugak..besar tul buah stoberi tu..dapat mana?

    ReplyDelete
  8. Saya pun suka subsidi tu...tapi kalau half BN half PKR boleh x? :)

    ReplyDelete
  9. saya pulak sejak free letrik, mmg jarang2 yg kena byr. biasa mmg bwh rm20..free. Air lagilah tak penah langsung byr. Sume free..syok!


    *tapi sejak beberapa bln ni kena byr letrik sbb dah guna aircond mobile..terpaksa..:(

    ReplyDelete
  10. sama la. suka baca tapi nak beli tak ada maknanya la. tggu abg la beli dgn gigihnya. hahaha...

    ReplyDelete
  11. Ummi Arissa : Komik mesti le tajuk dia kena ganas2. Kalo puteri2 tu dah jadi bed time story book. Keke.

    Mrs R : Tu la. Asalkan yang subsidi-subsidi ni kita suka. Tak kisah la parti mana asalkan yang boleh beri manfaat kepada rakyat.

    Ujie : Lagi skonok kalo jarang2 bayar. Bil air la plaing seronok kan? Heheh.

    AnisAlya : geng la. Suka baca komik. Abg je yg biasanya akan gigih membeli sbb derang betul2 minat. Yg adik2 ni tumpang je.

    ReplyDelete
  12. memang best duduk selangor.... haaa3x...

    punya la beso straberry tu.... peerghhh...

    ReplyDelete
  13. wah bestnyer 2.05 jer bil letrik, nanti saya nak cek bil saya lak hahahaha...

    beso stoberi tu persoalannya, manis tak. takle caya stoberi pasaraya ni selalu dapat yang masam jer..

    ReplyDelete
  14. huhu.. lya x pnh dpt bil smpai seredah ni.. slalu atas rm 50 la

    ReplyDelete
  15. Jika bil letrik rumah saya kurang dari RM100, saya pasti akan pengsan kerana tak percaya, sebab biasanya lebih dari RM120!!

    ReplyDelete
  16. murahnyer.. x pernah dpt semurah itu kat sini.. jeles tul..

    tapak tangan byk kedut maksudnye org tu rajin.. :D.. hihihihi..

    ReplyDelete
  17. Makwe Kintan : Boleh...boleh. Free shipping.

    Diana : Sbb saya tinggal berdua je. Lagipun waktu ofis takde org kat umah. Sbb tu tak tinggi sgt bil letrik. Heheh.

    Kazman : Kan? Kan? Best. Saya rasa bangga sbb takyah bayar bil air.

    Nita : Stoberi kat pasaraya mmg confirm la masam. Hehehe. Tapi saya mmg suka masam. :D

    LyaAfrina : Ini pun baru first time dapat subsidi ni. Mungkin sbb kat Selangor kerajaan nak amik balik selangor kot. Tak tau le. Tgk la bulan depan cemana.

    JR : Pakai ekon lettew. Hehehe.. Lagipun kalo ada anak mesti la mahal jugak bil letrik. Byk lampu berjaga.

    Ladybird : Hahaha... rajin ke mende. Tu sejak lahir memang tangan berkedut seribu. Genetically.

    ReplyDelete
  18. Jelesnya dengan bil itu! Stoberi ape besor gituh! Waduhhhh!!!! Tapi ntahlah betul ke takkan, ade org kate kalau nak stroberi yg manis pilih yang hat kecik2... betui ka?
    My latest Entry :)
    Mak sentap kat Citrawarna 2012 Dataran Merdeka

    ReplyDelete
  19. salam;
    Kerajaan bersubsidi katakan...minat juga komik pedang gila ni.

    ReplyDelete
  20. eh saya baca gak, dulu mcm2 lagi, tp saya follow pedang setiawan. hihi.. zaman remaja saya tu la hiburan, takde internet la katakan. hikhik..
    *puas mkn stobery besar camtu. pergh untung la bil letrik bulan ni kan. harap2 lambat lg pilihanraya, mcm2 boleh bagi. haha..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum lyd...beso nyer stroberi tu puas makan...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca