Sejahteralah ke atas kamu....
Saya yakin kebanyakan daripada kita tahu bahawa apabila matinya seorang anak Adam, maka semua amalannya terhapus melainkan 3 perkara;
- Doa anak yang soleh - Diulang, anak yang SOLEH. Jadi, kalau kamu anak yang tak soleh? Tak dapat dipastikan sama ada doa kamu tu akan sampai kepada ibu atau bapa kamu yang telah meninggal dunia. Hanya Allah yang tahu. Oleh itu, sesiapa yang telah kehilangan ibu atau bapanya, jadilah anak yang soleh. Supaya ibu atau bapa kamu di sana akan menerima kiriman doa kamu... Marilah menjadi anak yang soleh ye kawan-kawan.
- Ilmu Yang Bermanfaat - Sejak mak saya meninggal dunia, setiap kali bila saya membaca Al Quran, saya akan niatkan untuk mak saya sebab mak saya yang ajar saya mengaji. [Allahu, sebaknya bila teringat yang sekarang saya dah tak ada mak dan takkan dapat jumpa mak lagi selepas ini. Semoga dapat bertemu mak lagi di alam lain pula nanti. InsyaAllah.]. Mak saya ada ramai anak murid yang beliau ajar mengaji semasa hidupnya. Jadi, insyaAllah setiap kali anak-anak murid mak membaca Quran, pahala akan sampai kepada mak. Saya berniat juga untuk mengajarkan anak saya nanti mengaji supaya dia pandai mengaji dan ilmu mengaji itu akan menjadi ilmu bermanfaat yang saya ajarkan kepadanya kelak yang akan menjadi pahala berterusan untuk saya setelah saya mati. Aamiin....
- Sedekah Jariah - Seorang anak boleh melakukan sedekah jariah dan meniatkan pahalanya untuk ibu atau bapanya. Sedekah jariah lebih afdal jika disalurkan kepada pembinaan kemudahan awam yang sentiasa digunakan oleh orang lain yang masih hidup secara berterusan walaupun yang bersedekah tersebut telah meninggal dunia. Sumber rujukan : ZahiruddinDotNet dan Wirajiwa
Sebut pasal sedekah jariah ni, mahu tak korang mendermakan sedikit daripada harta korang kepada satu pembinaan yang pasti akan bermanfaat dan akan berterusan pahalanya setelah korang meninggal dunia nanti? Ye lah, kalo korang nak derma untuk bina masjid,pun boleh. Tapi nak cari masjid yang baru hendak dibina bukan senang. Jarang dapat peluang tu. Masjid baru biasanya dah ada peruntukan, dah cukup duitnya.
Saya hanya menyebarkan saja maklumat ini. Tiada tujuan lain melainkan supaya kita tidak lepaskan peluang menderma ini. Apa yang saya maksudkan ialah menderma untuk pembinaan Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai [Lebuhraya Rakyat KBKK] yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri Kelantan. Memang ramai yang tak suka bila kerajaan Kelantan kelihatan seperti tidak mampu mentadbir negeri sendiri sehingga terpaksa meminta derma daripada rakyat. Tapi itu antara pemimpin dengan Allah. Kita pula, ketepikan seketika agenda politik dan pandang la aktiviti menderma ini sebagai satu peluang keemasan bagi kita untuk mengumpul pahala yang berterusan walaupun sesudah kita meninggal nanti. Yang mempunyai ibu atau bapa yang telah mati, juga boleh niatkan untuk sedekah jariah mereka. InsyaAllah derma yang walaupun sedikit itu akan berterusan pahalanya. Kot-kot nanti kita meninggal dunia masa anak kita masih kecil, dah kurang satu doa anak yang soleh. Kena tunggu dia besar skit baru dia faham dan boleh doakan kita. Kot-kot yang masih bujang ni meninggal masa belum sempat ada anak ke. Haaa.. caner? Caner?
Jadi, jika ingin menderma, boleh salurkan sumbangan anda ke nombor akaun Maybank Islamic : 553104558661 di atas nama Lebuhraya Rakyat KBKK. Mudah je kan?
*saya bukan orang Kelantan. Jadi Lebuhraya Rakyat KBKK ini mungkin saya sendiri pun tidak akan gunakan. Malah tiada kaitan pun dengan saya. Mungkin sekali sekala je kot-kot saya ke Kelantan boleh la guna. Dan saya juga tidak pernah mengundi. Jadi ini bukan promosi percuma untuk mengundi kerajaan PAS. Niat saya cuma mengajak sesiapa yang tercari-cari cara untuk menderma sedekah jariah yang boleh dibawa mati nanti. Walaupun derma RM1, pasti akan ada pahalanya. Jangan lepaskan peluang ye.
tq bekongsi ni untuk semua lyd!
ReplyDeleteokay...thanks sebab ingatkan.
ReplyDeleteDan saya dah share pasal 3 perkara itu dengan mak saya. walaupon ada membaca, dah tau...tp tak salah mengingatkan diri sendiri.
dan pasal Lebuhraya KBKK tu...terima kasih juga. Kita mungkin kata, kita tak guna. Besok2 ntah2 anak2 kita guna. Ntah2 ada kecemasan, guna juga.
Dalam hidup, apa2 boleh jadi. Kalam kita, bukan kita tulis sendiri. Hanya boleh dengar suara hati.
Petunjuk tetap datang dari Dia.
Thanks. Suka entry nieh:)
betul tu.. kalau ada kemampuan.. banyak2 bersedekah jariah.. tapi buleh la kalau beli telekung dan sedekah untuk rumah2 anak yatim.. diorang akan guna untuk ke jalan yang betul.. ye tak.. insyaALLAH sama2 dapat manfaatnya..
ReplyDelete>>> smlm saya ke spital.. 7 jam.. dah wat semua ovservation.. saya sbnarnya ada infection.. tak tau camne leh dapat infection time mengandung.. doktor pun mcm tak dapat jelaskan.. yg pasti ianya dah berlaku.. sbb tu sakit2 contraction tu walaupun baru lagi.. alhamdullillah.. smlm dah makan ubat.. plus hari ni sekali tadi.. sakit dah mula kurang dan boleh kata tak rasa pun since smlm.. boleh tido tapi tak nyeyak gak.. sbb biasa la.. kita fikir banyak.. mmg susah nak lelap.. melainkan dah subuh baru mata rasa berat.. saya tanya juga doktor.. kenapa sakit celah kangkang dan tulang tungking tu.. doktor kata sebab baby dah makin membesar.. so tulang2 kita mula mengembang.. untuk menyesuaikan keselesaan baby.. kalau sakit sangat makan panadol.. tapi bukan 100% boleh hilangkan sakit.. doktor kata.. sakit tu normal dan biasa jadi utk ibu mengandung.. harap2 kita sihat sampai bersalin nanti ye.. due bila?
Kalau niat untuk menderma, dermalah ikut kemampuan..
ReplyDeleteUrusan lain biar Allah yang tentukan.
asalkan derma diiringi niat yg ikhlas pasti besar ganjaranya di sisi Allah. S.W.T....
ReplyDeleteTerima kasih Lyd.. bagi saya info ni betul2 bermanfaat..
ReplyDeletetq bagi info yer ld..
ReplyDeletetolong email ek no hp kamu..
thanks for sharing..
ReplyDeletedan dapat peluang tu...
tq 4 sharing... lama fnf tak tinggal jejak walaupun selalu datang kat cni... salam takziah buat lyd sekeluarga
ReplyDeletesaya suka ajar anak2 menderma,salah satu yang sering saya dan anak-anak lakukan ialah setiap kali singgah di mana2 masjid atau surau yang ada kotak duit,pasti saya akan beri anak-anak duit untuk dimasukkan,walaupun amount yang kecil yang pasti niat ikhlas...jadi anak-anak menjadi terbiasa dengan keadaan ni..syukur
ReplyDeletesetahu saya duit riba (dividen asb/akaun simpanan biasa) yg haram utk kita mkn/pakai...boleh digunakan utk hal2 kegunaan awam. jadinya mmg sesuai utk buat jln raya ni. Nilah masanya utk 'sucikan' harta.
ReplyDeletebetulkan jika saya silap paham.
lyd again nice sharing and btul mengingatkan lagi2 pada 3perkara yg lyd publishkan... ;)) TQSM
ReplyDeleteBetul, betul, betul... kalau tak dapat camtu, ada gak yang wakafkan RM5 untuk 1 al-quran. Quran tu nanti bukan kite dapat tapi dorang supply kat yang memerlukan jadi bilemana ada orang yang membacanya, kite dapat pahala gak.
ReplyDeleteKdg2 nilai derma kita tak seberapa, tapi di sisi Allah ganjaran setiap derma bukan berdasarkan nilai tapi keikhlasannya. Misalnya derma RM1 yg dilakukan diam2 pasti lebih tinggi nilainya dari derma RM100,000 dgn replika cek sebesar badak sumbu utk dimasukkan dlm TV...
ReplyDeletealhamdulillah....satu perkongsian yang menarik...
ReplyDeleteinsyaAllah... akan diusahakan. niat tu kena ikhlas kan.
ReplyDeleteteromas kasoh atas peringatan yang patut selalu diingat ini..elok juga kalau lebuhraya yg dibina dari duit bersama..tak payah taruk toll lebih2 sbb duit rakyat jgk...
ReplyDeletewalau sedikit tapi ganjarannya tinggikan...
ReplyDelete*** dorang mmg kembar dear baru 1thn