Skip to main content

Layan Perasaan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Entry saya sebelum ini [Tajuk : Saya Takder Idea] yang berunsurkan tentang patriotik adalah entry untuk mengambil hati sahaja. Manakan tidak, pada hari kemerdekaan Malaysia ini, jika saya tidak mengulas sesuatu, nanti orang akan kata saya tidak sensitif atau tidak bersifat cintakan negara.[Chiss.... Berlakon je rupa-rupanya.]

Saya berfikir. Tentang berbagai-bagai perkara. Tentang masa depan saya. Tentang jodoh. Tentang masa silam saya. Dan tentang semua. Orang kata, saya ini, suka betul memandang ke belakang. Mengimbas kenangan yang dikesali. Walaupun kata mereka, semua perkara itu tidak seharusnya diingat. Tetapi bagi saya, saya mengenang segala kisah lampau, untuk mengenali diri saya juga.

Saya tahu, tidak elok menyesali sesuatu perkara. Bagaimanapun, tetap ada perkara yang saya kesalkan dalam hidup ini. Iaitu zaman persekolahan yang tidak digunakan sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri untuk kehidupan sekarang, di zaman yang mencabar ini. Kenapa? Ermm... Saya sebenarnya sangat sukakan senibina bangunan. Struktur bangunan. Dan semuanya tentang bangunan. Selalunya saya akan memerhatikan sesuatu bangunan itu, dgn lama. Saya suka melihat material yang digunakan utk membina bangunan tersebut. Saya suka menilai rekaan bangunan, bentuknya dan senibinanya. Sehinggakan, semasa pembinaan jambatan[fly-over] di hadapan pejabat saya dulu, setiap hari saya akan meneliti dari jauh, bagaimana jambatan itu dinaikkan. Bagaimana jambatan itu dicantum, disokong, dan akhirnya dikemaskan. Waktu itu, mula la... Rasa kagum. Padahal jika ingin dibandingkan, jambatan itu dengan KLCC, apa la sangat. Kan?

Sehingga sekarang, saya rasa.... Saya tersilap memilih bidang. Huuuu...huuu... Sebab Teknologi Maklumat bukanlah bidang yang saya seronok melakukannya. Tapi jika menangis airmata Ribena pun, masa lampau tidak dapat diubah. Saya hanya mampu menyalahkan diri sendiri. Kerana tidak mendapatkan keputusan yang baik di dalam matapelajaran yang berkaitan dengan senibina atau kejuruteraan atau hiasan dalaman. Hikmahnya? Hanya Allah sahaja la yang tahu.

Haihh... Mengeluh lagi. Yang penting..... walaupun saya tidak dapat mencapai cita-cita saya.... asalkan kehidupan saya sekarang ini dalam keadaan baik, cukuplah kan? Bersyukur kepada Yang Maha Memiliki. :)

Comments

  1. samala..aku dulu nak jd pilot.. yo yo la tu..


    tp takpe lid, ko cari pasangan architect ok gakk..

    * teringat adam hassan cerita nur kasih *

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...