Skip to main content

Pelancong Itu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Menjawab persoalan MamaJue semasa di dalam lif selesai taklimat perubatan tadi, "Zue, aku pegi tgk wayang citer The Tourist sorang-sorang je semalam". Hehehe.. Sorry le sebab 'ter'marah ko menanya aku soklan tu masa tgh sendat dlm lif. Cheyy.. Nanti mesti ko kata... Citer dlm lif malu, citer dlm blog tak malu plak.. Kekeke.. Dlm blog lain... Sbb hanya org yg nak baca je akan tau. Kalo dlm lif, nnt org yg taknak dgr pun 'ter'paksa dengar citer aku yang bosan ni. Sorry naik lori yer MamaJue.


Setelah sekian lama saya tak me'wayang'kan diri... Semalam saya pegi tgk movie The Tourist. Sorang-sorang je :( sob..sob... Padahal tak sedih pun. Mr Storm bz banget. Kwn-kwn plak mcm takde potensi je utk diajak. So, pegi je walaupun sorang. Saya kan cool. Cool.. cooler... coolest! Yang membuat saya beriya sangat nak gi tgk movie tu ialah sebab Johnny Depp dan Angelina Jolie la.

Tanak cakap banyak, kesimpulannya movie tu saya suka. Sebab ia dapat mencabar imaginasi saya. Erm.... Faham maksud saya? Ok, macam ni... Biasanya.. kalau saya tgk filem, jalan ceritanya saya dah boleh agak kerana agak tipikal. Cuma tukar pelakon, costume dan lokasi, tapi storyline sama je... Org jahat, org baik, berebut barang, yang baik menang, bla...bla...blaa.... Atau kalau filem romantic-comedy mesti mula2 tak suka... pastu jatuh cinta, pastu ader halangan, then last skali bersama juga dgn restu semua org. Ceh! Nak muntah!

Tapi movie The Tourist ni lain. Saya tak dpt teka langsung jalan ceritanya... Dan ending nya pun saya tak expect. So, saya puas hati. Lagipun citer tu elegant. Ataupun mungkin otak saya dah makin lembab yang membuatkan saya tak dpt teka jalan citer tu, tak tau la plak kan.. Hahahahaha.... Dan Johnny Depp tu, walaupun dia tak sekacak Keanu Reeves, tapi saya memang suka biler dia berlakon. Sbb best. Angelina pun, wp tak la secantik saya... [pala hotak ko perasan!!! Kehkeh..], tapi suka tgk.. Sebab mereka ada style tersendiri. A unique persons. Filem ni, sapa pernah tgk filem Wanted, haaa.. lebih kurang mcm tu la. Tapi, saya tau movie ni bukan taste OrgKgBaru, JekJan, CekChah atau YekYu. Tp maybe DekDa ok kot. Rasanya la... Sbb citer ni kena fokus dan kena serius. Hahaha.. Kalo tak, tak faham le jalan cerita tu.





Ok... Saya cerita skit la tentang movie tu. *WARNING!! Sapa yg nak tgk movie ni, sila jangan baca.. Tapi kalo tak berniat nak pegi tgk, bleh la baca.

Adegan ni, masa kat hotel, Italy. Johnny Depp pegang watak 'Frank'. Waktu tu, dia kena serang dgn org yang dia tak kenal, siap nak kena tembak2. Pastu dia lari nyuruk masuk washroom then kunci diri sendiri. Pehtu, yang geng jahat ni beriya nak masuk gak dlm washroom tu. Si Frank ni, call receptionist daripada washroom tu utk report yang ada org nak bunuh dia. Tapi receptionist plak tak reti cakap omputih... Masa receptionist tu bagi greeting 'Bon Jour', Frank dah menggelupur cemas... pastu mcm malas nak layan greeting2 tu semua dia terus jawab receptionist tu.. "Haa..Bon Jovi..". Kehkeh.. Bengong tul. Mesti korang rasa tak kelakar sgt kan? Hahaha.. penat je aku citer. :p


Ok.. Abih la citer...

Comments

  1. hehe..mmg pon..
    taste yekyu- 2 alam
    jekjan - estet kot
    cekchah - hantu kak limah balik umah..hehe
    orgkgbaru - aku x tau taste dia

    ps: lyd, citer HKLBR ngan ngangkung ada tayang lgi tak? jom tgok..hehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Jekjan mmg aku dah agak taste dia citer Estet. Artistik skit. OrgKgBaru, taste dia Selamat Pagi Cinta. Sbb hati sentiasa bunga2.

    Cah : Ader lagi citer HKLBR dgn ngangkung. Jom ah gi tgk. Hari Rabu murah skit. Tp Rabu depan dah last tayang kot. Time yg ader kul 5.15pm, 7.15pm atau 11.15pm. Ngangkung kul 3.20pm dan 7.30pm. Ko pilih je la.Hehehe...

    ReplyDelete
  3. alamak..time sumer cam x kena jer..

    ReplyDelete
  4. Tu la pasal... kalo time period ok la.. Tp kalo time 7.30 tu, sempat kot gi solat dulu. Tp kena masuk lmbt skit le.. Skip la 2,3 scene. Hehehe.

    ReplyDelete
  5. ulalala....tgk wayang x ajak...

    ReplyDelete
  6. Hahahah... Dengkinya JekJan ni. Ko jangan nak jadi org yang selalu tanda 'tertido' kat entry2 aku yer.. Nnt ko sama dgn dia. Heheh.

    ReplyDelete
  7. Pijul : Jom ah nnt. Pegi dgn Besah skali... Takpun ajak Sanny. Jom gi tgk Ngangkung.

    ReplyDelete
  8. johnny depp aku sangat suka since zaman 21Jump Street dulu. tapi si jolie tu aku tak minat langsung, sbb dia telah merampas brad pitt dari jenny. (harap maklum aku ialah peminat setia FRIENDS)hehehe. ok komen aku takde kena mengena.

    ReplyDelete
  9. Kakak Chomel, aku pon suka gak Jen. Tapi wp Angel dgn Brad, aku tetap takkan salahkan pompuan. Aku akan salahkan lelaki, iaitu Brad Pitt. Sebab lelaki yg miang dan tak setia. Sape suruh. Hehehe.. Bias kan comment aku ni? Kekeke.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...