Skip to main content

Tips Menangani Putus Cinta : Cara-cara Melupakan Kekasih Curang

Manusia…… . Tak kira, laki ke pompuan. Perangai kalo dah busuk hati + jahat + pentingkan diri sendiri, mmg akan sanggup buat bodo je walaupun dah buat salah. Masa nak puaskan hati sendiri, hati org lain nak jaga buat apa kan? Takyah nak peduli dah kalo pihak seblah sana nak merana ke, nak tikam perut dgn pisau ke, nak mkn hati sampai tahap jumpa psikiatris ke, janji diri sendiri gumbira bagaikan di sorga cukuplah. Org lain bleh blah.

Mungkin korang yang baca post ni penah alami kegagalan bercinta, atau mungkin juga tak. Saper yang penah alami dan penah terluka…. Erm… Sabo yek… Ramai lagi kat luar sana yang senasib dgn anda. Yang tak penah alami plak… perghh… mmg aku jeles la dgn ko. Sbb tak penah rasa kesakitan tu. Kalo takyah rasa terus seumur hidup pon takper. Tak best pon putus cinta ni. Rasa mcm ice blended perisa kumbang. Euuwww… Huh!
Ok… Takyah la aku nak buat sinetron plak kat sini ye tak? Elok aku straight to the points jek. Aku kat sini, kekononnyer nak jadi penyelamat bagi org² yang putus cinta. Padahal diri sendiri pon hancho. Heh heh. Niat aku cuma nak kongsi tips dan cara yang dah penah aku lalui utk melupakan ‘cinta yang menyakitkan hati’, melepaskan ‘org yang dah pedajal kita dgn muka seolah-olah tak penah buat apa² kesalahan pun kat kita’ dan cara nak bangkit semula selepas jatuh terpeleot. Chey wah… mcm bagus jek kan? Jadi, bagi topic percintaan ni, bleh la yu oll panggil ai… erm… ‘Cik Love Bajet Bagoss’ (CLBB). Kehkeh.

Mula² skali, aku nak bgtau kat korang yang putus cinta ni…. Sebenarnya, putus cinta bukanlah perkara besar pun dlm hidup kita. Betul ni. Aku tak tipu. Aku tau la… Sbb aku dah lalui byk kali. Perasaan ‘mcm nak mati sgt² masa putus cinta’ yang korang rasa tu hanya sementara jek. Yes! Sementara. Believe me. Maksud aku, selagi korang berusaha nak lepaskan semua cerita duka tu, mmg ko boleh bangkit semula. Ader byk cara yang korang bleh buat untuk melupakan bekas kekasih yang berperangai durjana. Erm. Nak tau? Sila tabahkan hati membaca senarai yang panjang kat bawah ni yer? Hehehe…. Kalo boring, berenti dulu, karang² skit, bleh sambung balik. Yeahhh….

Langkah² Untuk Melupakan Kekasih Yang Jahat Dengan Bergayanya;

1. Sila Setkan Dalam Minda Bahawa Dia Tu Manusia Biasa, Tak Mulia Pun.
- Oleh sbb ko syg sgt kat dia, maka ko rasa dia la org yg paling best dlm dunia ni. Padahal kalo ko fikir dgn fungsi otak yang betul, dia tu manusia biasa je. Tuhan jadikan dia. Tuhan jadikan ko. Tuhan jadikan org lain. Sama je. Manusia biasa. Malah, kalo dia jahat, dia hina di sisi Allah.
- Anggap la macam ni, contohnye nama dia Takuya, ko fikir la mcm ni; “kalo Tuhan jadikan Takuya ni begitu best, takkan Dia ciptakan org yang best macam ni sorang je?”. Well, yang Dia ciptakan satu-satunya unik dan terbaik, hanya Rasullullah je. So, mesti ader lagi ciptaan Allah yang diciptakan-Nya lebih best dari ex-lover ko tuh. Pastiiiiiiii….. (Sebutkan perkataan ini dgn yakin, sambil genggam tangan dan jari telunjuk menghala ke atas. Hahaha..)

2. Remove, Semua Perkara Tentang Dia. Diulang. SEMUA.
- Haa… Time ni, mmg la agak ketidak-matangan skit. Tapi bior le org nak ckp apa pon. Bkn dierang yang nak lupakan, tp ko. Bkn dierang yang kecewa, tp ko.
- Delete semua email, SMS dan MMS yang dia penah sent. Delete skali profile dia dari friendlist ko kat Facebook, Twitter, My Space, Friendster dan perkara² sewaktu dgnnya. Dan account dia dari YM atau apa² laman sembang yang ko penah add dia… REMOVE. Jgn Ambik tau apa² dah tentang dia walaupun ko rasa cam menggelupur nak tau apa dia buat, mcmn keadaan dia skrg, bla, bla, bla. Tak perlu tau. Biar dia pegi. Sbb kalo ko nk tau hakikat kebenaran, dia sikit pun tak hingat kat ko. Sorry la yer kalo kecewa. Tapi itu kebenaran.
- Gmbr dia pon delete. Kalo printed photos, sila koyakkan dan bakar gmbr² tersebut. Barulah dramatic kisah percintaan korang tuh. Brg² yg dia bagi, pun bleh buang atau bagi org lain. Kalo pulangkan kt dia, nampak mcm jiwa luka sgt kan? Kita kan nak lupakan dia dgn bergayanya. So, pura² jek strong. Walaupun dlm hati, bagai digergaji.
- Lakukan semua yang disenaraikan tu, tanpa rasa berat hati.

3. Kalau Nak Cara Kejam : Anggap Je Dia Dah Terbunuh.
- Anggap jela dia terbunuh sbb kemalangan jalanraya ke, kena tikam ke, kena penyakit tibi ke. Anggap jek dia dah mati. Kalo bleh, sedekahkan bacaan Surah Yasiin kat dia, demi utk puaskan hati ko sendiri. Kalo ternampak dia kat mana², sila anggap itu hanya roh dia yg tak tenteram sbb buat dajal kat ko dan nak mintak maaf dgn ko. Kekeke..

4. Senaraikan Semua Keburukan Yang Dia Ader. Diulang. SEMUA.
- Kalau dulu masa dgn dia, ko bleh jek terima kekurangan dia yang banyak tu, so skrg, sila senaraikan semua keburukan tu. Tak kira yang kecik ke, besar ke, senaraikan je semua. Bau badan busuk? Tak cuci kuku? Tak semayang? Pemalas? Bangun pagi kul 4 ptg? Perut boroi? Suka makan kt kedai cina? Erm.. Letak je.. Senaraikan je semua. Ingat… Yang buruk je tawwww… Yang baik² lupakan jek. Then dah senaraikan tu, cubalah la berperasaan jijik kat dia. Anggap la dia keji, hina, tak guna, tak berbaloi dan tak der pekdah utk dikenang.


5. Jangan Expose Diri Anda Atau Perkembangan Terkini Anda Kepada Dia. NEVER.
- Jangan nak contact dia lagi lepas dah break tu. Takyah la nak jaja cerita sendiri utk kasi dia rasa saham dia makin tinggi. Pendek kata, takyah nak buat dia bangga konon²nyer ko termasuk dlm senarai bekas² kekasih dia yang takleh lupakan dia lepas dah break. Wasting time. Jgn buat aktiviti yang ader kemungkinan dia akan tau. Kalo bleh nyuruk, biar ko terus hilang dari hidup dia. Sebab apa? Erm.. sebab… biler ko expose diri ko kat dia, then dia buat tak tau je… nnt ko yg rasa down kan? So, akan menambah jiwa luka jek. So, lebih baik korang back off jek. Senang citer.

6. Maafkan, Lepaskan dan Lupakan Dia (Terima Jek La Hakikat)
- Ckp mmg le senang. Nk execute, rasa cam susah gilers. Tp takper… Mmg amik masa. Yang penting ko sendiri kena cuba nak lepaskan org tu. Sudah² la. Dah abih tu habis je la. Kalo ko tak maafkan dia, hati ko jgk yg makin sakit. Kalo ko tak lepaskan dia, ko jgk yang rasa tak tenteram. Dan kalo ko tak lupakan dia, saper lagi nak lupakan dia? Dia pun dah lupakan ko, takkan ko nak jatuhkan airmuka ko utk kenang dia.. please la… Terima je hakikat yang ko dgn dia tak sesuai pun.

7. Buat Hal Sendiri, Bahagiakan Hati Sendiri, Hargai Orang² Sekeliling.
- Bagi yg pompuan, kalo reti buat cookies, buat le cookies. Kalo reti buat kek, buat kek byk². Kalo reti jahit manik sila la jahit manik kat semua baju ko yg ader, termasuk baju kelawar yg ko bwk tido tu.
- Bagi yg lelaki plak, (ermm lelaki biasanyer strong skit kot), bwk² le belajar panjat pokok kepala, petik buah kelapa ke, pegi bungee jumping ke, belajar buat serunding ke, main kemre ke atau apa² je la. Pendek kata, ko buat je apa² je yang baru, yg ko tak penah buat dgn dia. Cuba perkara baru supaya ko tak terkenang memori daun pisang antara ko dgn dia.
- Kalo dulu, ko jenis yg muka kerek, jumpa org yg tak kenal tak tegur, now, sila la bukakan hati utk tgk org² sekeliling. Mula senyum dulu pada org lain. Nnt biler org lain senyum balik kat ko, ko akan rasa semakin hepi. Cayo la ckp den. Ego dan sombong tu, buang jek la jauh². Takder pekdah pon simpan. Lebih kurang maksudnya macam ‘buang tebiat in a positive way’ la… hahaha….

8. Cara Terbaik : Dekatkan Diri Dengan Agama
- Yang ni, semua org pun mesti tak nafikan. Sebenarnya cara ni la cara yang terbaik pon. Rajin-rajin beribadah. Cuba ambik Al-Quran atas almari yg dah berhabuk tu, baca. Kalau kat umah ada terjemahan Al-Quran, sila baca juga. Cuba fikir apa maksud ayat² Allah yang terkandung dlm tu. Cuba fikir kenapa Allah jadikan kita dan untuk apa kita diuji. Cari. Jawapannya semua ada di dalam Al-Quran.

So, itu je la… Entry ni, panjang. Biasa la… Aku kalo dah mengarang, mesti mengarang dgn penuh tekun dan dtg dari hati yang paling dalam. Sbb tu la keluar mcm² ayat dalam ni. Cara² kat atas ni, yang mana boleh pakai, pakai. Yang ko rasa mengarut, sila abaikan je yer… Ader byk lagi cara. Tapi cuma yg ni aku teringat masa taip entry ni. Sesiapa yang ader idea, bleh tambah kat 'comment'. Sama2 kongsi pendapat. Semoga kita semua terus tabah dgn apa jua bala bencana yang dihadapkan utk kita. Senyum dari Salida Sunshine. 

Comments

  1. * perkataan yang kurang sopan dan tak perlu diamalkan. Harap maklum.

    ReplyDelete
  2. Di dalam banyak-banyak cinta, cinta yang paling indah adalah cintakan Allah. Tapi mengapa masih ramai yang mencari cinta manusia sampai ada yang sanggup berkata "I tak boleh hidup tanpa dia...". Pernahkah kita terfikir bahawa bukan manusia yang memberi nikmat kepada kita, tapi Allah. Tanpa nikmat tu, kita pun tatau cinta kepada manusia. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  3. Betul tu Cheetah. Cinta kepada Allah tu adalah tujuan hidup manusia, tapi ramai yg belum sedar. Org yg menaip ni pun masih terkial2 nak kuatkan relationship dgn Allah. Semoga dia berjaya.

    ReplyDelete
  4. huhu.. nasihat yg terbaik!
    akak pernah ader pengalaman ye?
    kata org, pengalaman 2 yg mematangkan kita..
    by the way, thanks ye kak...

    ReplyDelete
  5. cTri3 : Ye dik. Ni semua pengalaman sendiri.

    ReplyDelete
  6. Mmg down sgt bila ditinggalkan...dikecewakan bnyk kali dgn dia.bile pk blik smpi bile?move on walaupn msih teringat kt dia.

    ReplyDelete
  7. Aku nak jumpa tuan punya blogger ni boleh tak ? Aku betul2 putus harapan

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...