Skip to main content

Style Rambut Lelaki Melayu Jaman Sekarang

Sejahteralah ke atas kami.. eh, ke atas kamu...

Korang tahu cemana rambut mohawk? Takkan tak pernah dengar rambut mohawk? Ok, bagi yang tak tahu, ni la salah satu gambar rambut mohawk yang keluar bila ko taip 'mohawk'. 

Aku perasan, ramai lelaki Melayu kat Malaysia ni yang suka buat rambut gaya mohawk ni. Kawan-kawan, keluarga, budak muda, budak kecik, separuh umur semua nak tiru gaya ni belaka. Selamat la aboh aku yang umur 80 tahun tu tak buat rambut gaya gini. Kalo tidak aku nak viralkan je kat FB biar dia femes. Boleh aku tumpang femes. Hehek. Amboi, giler femes rupa-rupanya aku ni ye.

Biasanya rambut yang cuba digayakan oleh lelaki Melayu ni takde la macam gambar kat atas tu. Yang atas tu teruk benor rupe dia. Setakat yang macam Zayn Malik ni je.


Kira jambu la kan kalau buat style rambut camni. Tapi harus la lelaki-lelaki melayu ingat, bahawa bukan semua jenis muka sesuai buat fesyen rambut gini. Kalau dah try sekali then nampak macam kelakar, next time kalo potong rambut, sila jangan mintak fesyen rambut ni dah ye. Ni nasihat yang ikhlas dan fatonah daripada kak Fatonah ni tau.

Secara jujurnya aku memang kurang suka tengok lelaki yang potong rambut macam ni. Kecuali la muka dia memang sesuai macam mamat yang pakai subang dalam gambar kat atas ni. Boleh la dimaafkan.  (Hamboi aku mengutuk plak. Hampun ye adik-adik kalau terase. Akak ikhlas ni.). Lelaki melayu biasa potong rambut Mohawk, akan jadi macam gini;

Rambut tengah tu terlalu panjang. Pastu kat belakang kepala tu nampak macam daun kelapa ditiup angin berjuntaian. Memang kena... Kena ketawa. Tapi end up yang lelaki melayu akan dapat ialah, dia akan kelihatan seperti muka Bobo. Ko kenal lagi Bobo? Ala, Bobo yang dub-smash lagu Sayang by Shae tu.

Bobo ni;

Rambut Bobo ni pun actually style mohawk juga hokey. Tapi versi muka Bobo la. Tak dapat nak bantu.


.......................................


Ada satu hari tu, husband aku nak gi potong rambut. Dah berapa minggu aku bising pong pang pong pang suruh dia potong rambut dia. Sebab nampak macam sebotol minyak ZamZam tumpah atas kepala sangat dah. Pastu dia pergi la.... 

Bila balik tu, dia bawak balik rambut macam ni,

Nampak rambut tepi tu dia sepat bagi skin head, pastu kat tengah-tengah dia biar panjang berjerebik. Aku pun hape lagi. Kutuk la husband aku depan-depan. Aku panggil dia Brendan [Frazer] macam nama pelakon dalam gambar ni. Aku memang tak berapa minat style rambut gini. Pastu husband aku beriya explained, dia kabo dia gi kedai suruh trim. Sekali brader tukang gunting tu buat macam ni. Tak baik betul isteri deraka ni nak gelak-gelakkan suami sendiri kan. Awak tu macam la santek sangat muka. Kekeke.

Pastu masa raya haji, aku beraya kat rumah adik ipar aku, Tinee. Aku cerita pasal rambut Abang Ngah dia tu kat adik-adik ipar (Ina dan Tinee). Sekali Tinee kata, suami dia Helmi pun gi potong rambut dan dapat rambut macam tu. Helmi pun kena ketawa dengan Tinee sebab rambut kelakar. Dan Ina pun kata, suami dia Hisham pun buat rambut macam gitu. Itu pun kena ketawa juga dengan Ina. Kesimpulannya, kalau pergi potong rambut kat kedai gunting sekarang ni, agaknya kalau cakap suruh potong pendek, memang tukang gunting akan buat rambut cam Bobo la kot? Hahahah.. Geli hati plak rase.


Comments

  1. Untung mereka yg kepala botak tak payah pikir pasal fesyen rambut...

    ReplyDelete
  2. kak yan pun tak berkenan rambut camni lyd..lain macam...hubby akak biasa potong rambuat ala ala askar

    ReplyDelete
  3. aku biasa cakap potong pendek je. xde pulak diorang ni potong jadi rambut mohawk. ke diorang gi potong rambut kat saloon?

    ReplyDelete
  4. Rambut saya pendek tak tau nak buat style macam mana. haha

    ReplyDelete
  5. Takpe....nnt tumbuh balik inshaallah...
    Pastu tukar pesen lain lak...
    Pastu gelakkan balik
    Tp takpe...nnt tumbuh balik inshaallah
    Pastu tukar pesen lain lak...
    Pastu gelakkan balik
    Tapi takpe....

    ReplyDelete
  6. Hubs rin pegi kedai mamak je gunting rambut..rm10 aje...kikiki

    ReplyDelete
  7. Adoi agaknya gaya camtu paling trendy ls kot sekaran dh tukang gunting semua pegi potong style gitu..

    En suami n aiman senang je..style mawi je jadi pilihan..pkai mesin no satu tak pun botakkan terus smp takde rambut.lgsung tak style.hahaha

    ReplyDelete
  8. Memang betul pun, ramai yang meniru, tapi tak kena ngan rupa.. jadilah kelakow giler. Kesian.

    ReplyDelete
  9. Hahaha....tak semenggah benor...kena pula husband jenis rambut lurus..lembut pulak tu rambutnya....
    Sekarang rambut pacak2...dulu je selalu rmbut M

    ReplyDelete
  10. huhuhu. muka tirus boley ler mohawk bagai2. usia muda belia. udah 30 an pk2 la balik. tp lyd, pape pun, suami kite ttp handsome.

    ReplyDelete
  11. Budak-budak sekolah pun banyak fesyen rambut pelik pelik sekarang ni

    ReplyDelete
  12. betul dah tuu.. smua bnda nak ikut trend skrg.. yg buat line jenis buat line

    ReplyDelete
  13. hihi..mohawk tu ala2 rambut sabun Trojan dah..

    zaman kt dulu, rambut belah tengah lenardo de caprio la femes

    ReplyDelete
  14. Macam² style rambut skang nih. Tak kisah pon rambut husband macam mana. Botak pon ok jugak ☺

    ReplyDelete
  15. gaya mohawk tu berzaman dah ada
    tapi bila dia di upgrade mengikut zaman
    memang lagi buruk
    tapi betullah lyd...kalau suh potong pendek
    memang kedai potong tebi lebih
    anak bujang saya camtu lah

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...