Sejahteralah ke atas kamu...
Rujukan aku:
Senarai Suntikan Bayi Malaysia
Vaksin Menggunakan Janin Bayi
Vaccine Ingredients
BCG Vaccine
Survey Analysis Between Vaccinated and UnVaccinated Children.
Lagi entry berkenaan motherhood. Sorry le kalo boring.
Sesape yang biasa baca blog aku sejak aku pregnant dulu mungkin perasan yang aku kata aku tak makan sebarang supplement pun masa mengandungkan Luth. Aku ni bukan la jenis yang suka sangat menongkah arus. Aku tak makan ubat-ubat seperti folic acid, calcium, B Complex dan seumpamanya tu pun sebab aku sangat-sangat benci the idea of, "kalo tak makan ni nanti perkembangan otak anak terjejas." atau "nanti anak boleh jadi cacat kalo tak makan folic acid". So, daripada aku makan ubat2 tu dgn perasaan risaukan anak aku lahir-lahir nanti tak cukup sipat, lebih baik aku takyah makan. Nanti kebergantungan aku kepada Allah dah jadi tak seratus peratus. Sedangkan Allah lah yang menentukan cukup sipat atau berkembang ke tak otak anak ko tu kan. Alhamdulillah, anak aku sihat walaupun aku tak makan ubat doktor bagi. Kuning pun tidak. Saiz pun sedang2 elok je. Syukur sangat. Apa yang aku amalkan untuk meningkatkan kesihatan aku hanyalah
makanan-makanan sunnah seperti madu dan habbatus sauda. Kekadang makan
pati delima. Kurma plak memang aku langsung takleh makan waktu pregnant.
Korang jangan salah faham, aku bukan kondem orang yang makan supplement mengandung tu. Not at all. Aku ni risau, kalo tersalah cakap kang orang salah faham maksud sebenar aku. Ini aku tengah bercakap pasal diri aku ni. Tentang perasaan aku. Aku tak mengata orang pun tau. Apa-apa pun setiap orang ada cara sendiri untuk menjaga tubuh badan mereka. Aku sangat positif dan menghormati cara setiap orang walaupun mungkin berbeza dengan cara yang aku pilih.
Bila lahir je Luth, malahan mana-mana bayi pun kat Malaysia ni... otometik akan dapat suntikan BCG. Ntah le, ada yang kata BCG tu selain berfungsi sebagai vaksin, juga berfungsi sebagai penanda kewarganegaraan Malaysia. Tak tau le ye ke tidok. Pastu dalam jadual pada buku pemeriksaan bayi yang hospital tu beri, pada umur sebulan, 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan, 6 bulan dan setahun bayi perlu disuntik dengan imunisasi [vaksin].
Apa benda vaksin ni sebenarnya? Apa kandungan dia? Sape yang buat vaksin2 ni semua? Betul ke vaksin ni baik? Setakat entry ni ditulis, sumber bacaan yang aku dapati daripada internet dan juga perbincangan di facebook menggambarkan yang vaksin ni sebenarnya adalah sesuatu yang tidak bagus. Apa yang aku tulis ni pun adalah kesimpulan daripada apa yang aku baca. Korang kalo tak setuju, jangan marah aku.. aku hanya share hasil pembacaan aku je.
Menurut pembacaan aku, vaksin yang disuntik ke dalam tubuh bayi tu sebenarnya adalah racun [virus penyakit tu sendiri] bersama bahan tambahan seperti aluminum hydroxide [bagi vaksin DTap(cucuk 2,3,5 bulan)], janin [vaksin MMR (cucuk setahun)], cecair embrio anak ayam [vaksin MMR], gelatine [vaksin MMR], sel darah merah biri-biri [dalam vaksin HPT atau DTap (cucuk 2,3,5 bulan)] serta lain-lain. Aku tak tau sejauh mana dakwaan ini benar, tapi kat US sekarang ni dah makin ramai orang sedar tentang kesan sampingan suntikan vaksin ni.
Rujukan aku:
Senarai Suntikan Bayi Malaysia
Vaksin Menggunakan Janin Bayi
Vaccine Ingredients
BCG Vaccine
Survey Analysis Between Vaccinated and UnVaccinated Children.
Kalau nak faham benda ni memang kena buka banyak links. Pastu kena banyak membaca dan kena hadap banyak term-term perubatan. Aku pun takde la kaji benda ni sedalam-dalamnya. Tapi aku dapat la point yang cuba disampaikan oleh kebanyakan orang yang menolak suntikan vaksin ni kepada anak mereka. Aku tak berani nak cerita panjang-panjang sebab aku mungkin bleh kena saman kalo memandai-mandai ulas pasal benda ni. Korang pun tau, semua ni adalah bisnes kepada orang-orang yang berkuasa. Mereka cipta virus, dan mereka jualah yang mencipta penawarnya. Malahan vaksin yang kononnya untuk mencegah penyakit tu pun mereka jugaklah yang cipta.
Aku ada pegangan aku sendiri tentang vaksin. Korang yang baca ni pun boleh ada pegangan sendiri juga. Semuanya di tangan masing-masing. Anak sendiri. Kita ni pemegang amanah yang diberikan oleh Allah untuk jaga anak kita. So, berilah yang terbaik untuk anak-anak.
Kalau dah nama ubat mesti ada kesan buruknya jugak...mcm ada member mmg xpernah bwk ank g buat suntikan..sbb dia xnk ank2 dia disuntik dgn mcm2 jenis ubt. Alhamdulillah ok ank2 dia. Pokok pangkal dekat diri kita sendiri nak percaya atau tdk..
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletekalau nak di citerkan tentang vaksin ni... sakinah dulu tak amik suntikan... sampai la dia skolah rendah.. menengah.. ada nurse pi cucuk kat skolah.. tu dia tak leh lari.. harapkan nani dulu tak penah bawa dia pi.. entah la.. mgkn sbb banyak juga alasan sendiri.. and sampai skrg.. sakinah alhamdullillah.. dah 16 tahun.. sihat.. montel... :)
cer cari2 info dan lepas tu fikir2kan sendiri . Bagi KA ada pro & cons nyer lah. Apapun terpulang msg2 kan !
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHehehe I pun sama macam u time pregnant mmg tak makan ubat supplement doctor bagi except on one occasion when I have to. Other than that, I just leave and let it be.
ReplyDeleteAbout vaksin, tu la I read somewhere vaksin ni untuk provoke sistme dalam badan something tah I pun tak paham, tapi tu la... bila doktor dah awal2 cakap kena cocok.. hmmmm ikut kan jer serahkan pada mereka yang pakar. But, my brother in law totally against vaksin, anak dia mmg tak cucuk, Alhamdulillah sihat. And JJ pulak with all those vaksin, pun sihat. So macam takder beza jer kan cucuk tak cucuk, kecuali duit jer mengalir keluar bila ambik suntikan mahal pulak tu.
Another thing, kat Malaysia jer buat BCG sampai berparut ke tua, my husband pun pelik tengok.
ReplyDeletewhoa...boleh buat thesis ni... hehe
ReplyDeleteade tnye mak jugak pasal vaksin2 ni...sbb mak pon mmg bidan...so pasal2 ubat2 baby ni die tau...tnye adik jugak pasal die farmasi....so far mmg amik je vaksin tu sume....bak kate adik...bnyk sgt bace internet pon payah jugak....nak eksplain panjang dan saye pon x paham....tp mane2 hspital pon mmg soh cucuk kan....kesimpulan yg adik bagi..x kan la diorg nak soh cucuk bende x bagus kan...ade la sbbnye.....
ReplyDeleteade satu blogger jugak yg bincang pasal ni....dia pon ade refer pd satu doktor ni aunty die sndiri.... blh tgk link ni...
http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/search?updated-max=2013-06-13T22:39:00%2B08:00
cari tajuk objektif
june 11 2013
Hmm..susah nak komen. memang ada ibu bapa yang tidak setuju tentang pemvaksinan. tapi memang ada pro dan kontra. contohnya penyakit macam demam campak serta beberapa wabak yang bahaya senang berjangkit di kalangan kanak-kanak. ada sesetengah budak boleh tahan tapi bila tanpa sengaja kita menjangkitkan wabak pada kanak-kanak lain mungkin akan mendatangkan bahaya pada persekitaran. terpulang, mungkin kita bernasib baik kalau anak tak bercampur dengan kanak-kanak lain yang sakit semasa membesar atau badan anak kita boleh tahan serangan.
ReplyDeletepada saya contoh senang, kenapa perlu pakai talipinggang keselamatan semasa naik kenderaan sedangkan kita boleh tawakal dan pasrah pada takdir. tidak lah ia merosakkan kebergantungan kita pada Allah selain mengurangkan kemudharatan. good luck! :)
mungkin boleh baca sini untuk rujukan:
http://keretamayat.blogspot.com/2013/06/bahaya-suntik-vaksin.html
Yup....terpulang pd kite as parent. Aydin complete seme vaksin. Tp InshaAllah if ade rezeki utk 2nd child, mgkn boleh dipertimbangkan utk tidak? Mana tau?
ReplyDeleteAnyway, gudluck!
Saya tak peka sgt hal ni, mybe sbb blm ada anak.
ReplyDeleteTapi baru2 ni saya baca kat web dr zubaidi, dia galakkan amik vaksin sbb risiko lebih tinggi jika tak amik. Disebabkan saya tak buat research memana, buat masa ni saya percaya yg doc tu ckplah.
Apapun, takde salah atau betul. Ia satu pilihan.
ini semua terpulangkan pada setiap individu.. ramai gak dah peka bendanikan.. anak kita kan...
ReplyDeletememang bermanfaaat sangat entri akak, ramai yg bergantung pada supplement nih. haiiiiy.
ReplyDeletesalam perkenalan :)
benda mcm nie..kena tnya pd yg lbh pakar..kdg2 sumber internet nie mcm2 ada. Pandangan peribadi sy bukan bermakna apabila kita mkn atau ambil ubat2 tue semua kebergantungan kita pd Allah semakin kurg.Tidak..cuma kita sbg hamba berusaha utk mengelakkan itu semua terjadi. Apa pun masih meletakkan tawakal kpd Allah..bukan dgn ubat tue kita sakit atau sihat..tapi dengan izin Allah ianya terjadi.
ReplyDeletesy pun masih keliru lg dgn isu vaksin nie.
Bila baca entry ni pasal vaksin membuatkan myra terpikirkan sesuatu..
ReplyDeleteTp kena baca lebih lg psl vaksin ni untuk lebih pemahaman
Ada pro & cont nya. Saya swndiri ada member yang tak bagi suntikan langsung kat anak2 dia. Tapi terpulang pada parents tu sendiri. Cuba baca ni, menarik juga ☺☺
ReplyDeletehttp://keretamayat.blogspot.com/2013/06/bahaya-suntik-vaksin.html
Kita kecik2 dlu pun kena suntik vaksin gak kan. Sihat aje... Tak bole nak salahkan sesuatu benda just sebab 2-3 kes walhal beratus2 yang laen ok.
ReplyDeleteSaya fully vaccine tapi sekarang macam macam sakit hahah sihat dari segi luaran segi dalaman tak seberapa. . Lagi 1 mostlu yang datang kat hospital pun Fully vaccine ha3
Deleteagak menakutkan pula saya baca....
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBeringat sebelum kena. Sedangkan nak ke Mekah pun kena ambik shot, nak travel ke stgh2 negara kena renew shot.
Apa je alasan yang orang2 anti vaksin ni cakap, bak kata mak mertua saya, diorang tak tengok anak kena polio, kena measles semua ni.
Jangan dan terkena nanti baru nak terngadah ye.
sesetengah parents taknak vaksinkan anak sebab vaksin membahayakan katenye, sayangkan anak. tapi contohnye bab car seat tak pulak diletakkan anak dlam car seat tu, tu tanda sayang anak ke?
ReplyDeletekekdg tak boleh percaya pada hasil google aje. ade orang yg lebih arif and belajar tentang ni. apa guna nasihat2 doktor kat malaysia ni?
PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Bagi saya, Vaksin tu x bahaya n x salah kalau nak amik cuma ingredients nya je yg membuatkan ramai ibu bapa curious nak amek ke x. lagi pon x confirm halal atau x.
ReplyDeleteOh my God, dengan baca internet tapi tak paham (sumber pun tak pasti betul) terus tolak vaksin nak berlawan hujah dengan doktor yg berhempas pulas belajar bertahun2 pasal anatomy, perubatan, kimia.
ReplyDeleteMemang semua yg anti vaksin ni bodoh berotak kompos, tolak vaksin sedangkan korang dulu elok je diinjek waktu kecik2 kan.
Jangan jadi bodoh, anak itu amanah, vaksin itu pencegahan dan usaha, tawakkal kepada Allah adalah selepas usah, bukan terus tawakkal dan bongkak kata elok je sihat takde vaksin.
Nanti wabak polio datang dibawa orang asing yg masuk macam air ke Malaysia, kena kat anak2 korang yg tak vaksin sampai tempang baru padan muka.
Bak kata bapak aku, mengaji bertingkat2, bodoh berlapis2
memang ada pro and cons.. tp ini lah masalah rakyat malaysia. cakap boleh baca jurnal dalam google dan macam2.. tahu kah anda bukan semua jurnal dalam google tu betul dan berguna. ada yang menipu result, ada yang menulis lain dan macam2 lagi.. so itu sebab kene tengok IMPACT FACTOR.
ReplyDeletesama macam kalau doktor baca jurnal matematik , boleh kah mereka keluarkan kesimpulan? mungkin boleh, tapi betul atau salah ? see.. hati2 lah..