Skip to main content

Penawar Batuk dan Selsema?

 Sejahteralah ke atas kamu......


Sepanjang aku hidup di dunia yang fana ni, sudah tidak terkira banyaknya aku demam, batuk dan selsema. Setiap kali itu jugalah, berbagai jenis ubat dan penawar yang aku telah cuba. Uihhh... umo dah nak masuk 50an ni kan... Mestilah banyak petua yang aku dah cuba. Dari semoden-moden ubat, sehingga la yang terpaling tradisional alami semulajadi. Apa yang akhirnya aku faham ialah, penawar setiap kalinya adalah b e r b e z a. Yang ini aku sangat pasti. 

Contohnya, bulan Januari aku demam, batuk dan selsema. Aku makan unat moden dari klinik. Demam sembuh untuk beberapa jam, pastu dia datang balik. Kemudian aku minum air kelapa. Sekejap lepas tu, aku sembuh. 

Bulan Februari aku kena lagi demam batuk selsema, aku terus minum air kelapa. Ternyata..... tak sembuh. Hak hak hak. Jadi aku cuba makan habbatus sauda dgn madu pula. Wowww... Terus sihat. 

Bulan Mac, demam lagi. Aku terus makan habbatus sauda dan madu, tak sembuh-sembuh. Aku makan ubat batuk selsema dari klinik. Alhamdulillah. Sembuh. Gitu la kitarannya. Penawarnya takkan sama untuk setiap kali. Maksudnya apa? Allah lah yang menyembuhkan. Bukan makhluk-makhluk ciptaanNya.

Daripada gaya contoh cerita kat atas ni, macam setiap bulan aku demam kan? Memang kerap pun. Mungkin la tak setiap bulan. 2-3 bulan sekali macam tu la. Rupa-rupanya baru aku tahu, ada amalan aku yang boleh menambahkan chances untuk kerap demam ni. (Lain macam pulak kan bila sebut 'amalan'.). Bukanlah amalan khurafat atau tahyul pun. Hahaha. Ustaz aku kata, mandi kena mula dari kaki kanan. Takleh la masa tengah-tengah berlengas dan feeling excited nak mandi tu, terus kecebur je air atas kepala. Padan la aku kerap demam. (Asbab je la ni. Yang beri sakit itu adalah Allah jua). Mana taknya. Kita buka je shower, keluar air kat atas kepala. Mana reti nak hulur kaki kanan dulu. Ishh, awok ni pun. Kata ustaz, panas dari badan kita keluar dari kaki ke kepala. Macam roh kita juga la.

Tapi nak bagitau, biasanya setiap kali sakit, jangan tinggal ni;

  1.  Istigfar. (Yang ini memang betul-betul penghapus dosa. Jadi bila dosa dah terhapus, kita berdoa akan cepat la tembus dan mustajab)
  2.  Tawarkan dengan bacaan Al Fatihah. Letak tapak tangan kat tempat sakit. Surah yang terhebat ni. (Semua surah pun hebat sebenarnya. Tapi Al Fatihah ni memang ibu segala hebat.). Cuma aku nak nasihatkan la. Ayat-ayat Quran ni, kita jangan la jadikan sebagai 'khadam' kita. Maksud aku macam ni, kita pasang bacaan ayat-ayat suci Al Quran dalam rumah dengan harapan jin syaitan bertempiaran lari tapi kita sendiri tak menghayati pun bacaan yang dipasang tu, siap sibuk buat kerja rumah, berborak dengan family. Bagi aku, perbuatan begitu adalah sangat biadap. Ayat-ayat tu ayat Quran yang sangat-sangat mulia. Kata-kata Allah. Tapi ko boleh buat smabil lewa je bila dengar. Sungguh tak hormat. Ce kalau ko bercakap, anak ko tak dengar, tahu pulak ko marah kan? (Okay ini lari topik)
  3.  Baca Al Quran dengan mengeluarkan suara. Bagi peti suara bergetar dgn ayat-ayat Al Quran.
  4.  Minum air suam yang hampir nak jadi air panas. Maksudnya ikut setakat mana kepanasan yang ko boleh telan. Mengikut teori aku, virus bakteria ni, dia akan mati kalau panas. Tekak pulak tempat berkumpulnya sarang dia. Jadi, bila air panas lalu banyak kali, memang biar cepat sikit mati kuman tu. (Ini memang aku fikir ikut kepala aku je tau. Takde pun doktor ajar teori macam ni.). Jangan kecam.
  5.  Cuci kipas yang ada dalam rumah. Kalau tidur, jangan angin kipas kat  kaki, nanti angin tu masuk hidung dan akan trigger batuk selsema ko bila bernafas. Jadi, perlu letak kipas di atas kepala bertiup dari kepala ke kaki. Tapi kalau kipas ceiling, kena cuci jela kipas tu. Kalau air cond pulak, panggil la orang datang service. Habuk tu yang buat ko lagi mudah batuk.


Macam-macam lagi petua untuk sembuhkan batuk selsema ni. Lemon, nenas, cengkih, essential oil, peppermint, thieves. Erm, cuma larat ke tak larat je la nak cuba. Kena ingat, setiap badan manusia berbeza. Jadi penawar pun berbeza juga la. 

Comments

  1. betul la tu lyd..setuju..kadang aku malas mkn ubat pon..minum je air selawat skit, doa dgn minum ni je harap leh sembuh pape sakit tu..

    ko nak masuk 50an dah ke..tak sangka ko setua tu..48 - 49 ke skg..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...