Skip to main content

Dapur Omputih, Jalan Teluk Sisek Kuantan.

Sejahteralah ke atas kamu,


Kuantan hari ini, banyak sungguh restoren-restoren baru dan cafe hipster yang menarik konsepnya. Berbeza dengan last time sewaktu saya masih menetap di Kuantan. Sekarang ni bila balik Kuantan, rasa macam tak cukup mulut dan perut nak cuba makan di restoren-restoren hipster di sana. Negeri-negeri lain ada je tarikan-tarikan yang tersendiri. Macam Terengganu ada Pasar Payang. Kelantan ada Pasar Besar Siti Khadijah. Melaka takyah cerita la, macam-macam tarikan ikonik yang ada di Melaka tu. Rasanya Majlis Bandaraya Kuantan patut promote Kuantan sebagai Bandar Cafe Hipster Malaysia. Contohhhhhh....

Cuti Tahun Baru Cina 2023, saya pulang ke Kuantan, kampung halaman yang tercinta yang sentiasa di hati. Akan saya mencari ruang masa untuk round-round bandar Kuantan, cari restoren menarik untuk dicuba. Malam Tahun Baru Cina, saya ke Teluk Cempedak, nak cuba The Loteng. Tapi malangnya, fully booked, fullhouse. Dengan hampanya, makan je la di food court yang dah hampir nak tutup sebab dah malam dan makanan pun banyak habis di Teluk Cempedak tu.

Esoknya, niat asalnya cuma nak ke self-service laundry. Sekali ada la budak yang beratib, lapar....lapar...lapar..... terpaksa la cari kedai makan supaya tak beratib lagi budak tu. Saya ajak pergi Pilot Cafe. Tapi tutup pulak tengahari. Pusing-pusing, lepas tu nampak Dapur Omputih ni di Jalan Teluk Sisek. Saya google information, tengok review okay, so on terus. 



Nampak restoren ni bersebelahan dengan Dapur Asam Pedas Kukus. Kedai ni rasanya owner dia sama. Sebab menu asam pedas tu ada dalam menu Dapur Omputih ni.


Seperti yang kujangka, suamiku mesti akan order asam pedas. Itu memang favorite dia. Didatangkan dengan nasi putih, telur masin dan ulam timun, kacang botor seperti di bawah ini.


Jika dilihat pada signboard kedai Asam Pedas tu, katanya asam pedas jati Pahang. Ntoh ye ke dok tak tau la. Yang saya rasa, kuat bau belacan. Mak saya masak asam pedas cair-cair je tak letak belacan. Tapi kalau dia kata itu asam pedas jati Pahang, saya percaya je la. Maybe saya la yang not Pahang enaf.

Menu default anak-anak berdarah omputih celup ni, Chicken Chop. Ini Anak kedua yang beratib lapar...lapar...lapar tadi.

Ini pun menu default anak sulung, Fish and Chips. Tapi fuh, memang sedap yang ni. Tengok batter tu, dengan breadcrumbs. Rangup dan ikan pun defrost elok kot sebelum digoreng. Dia kalau fish and chip yang tak jadi, bila lepas goreng tu, dalam tu beku lagi, merah-merah lagi dan mentah. Itu memang potong la mood nak makan.

Ini menu untuk Suci Amethyst. Dia kena makan nasi, walaupun mama sebenarnya nak makan pasta je. Tapi macam biasa, mama berkorban. Itu pun, yang sulung dan kedua pun tumpang juga makan nasi ni. Last-last mama makan lauk je. Jika ada yang tertanya-tanya, kenapa tak order lagi? Dia macam ni, kalau kita order banyak, tak makan, makan tak habis. Kalau order macam ni, selamat sikit la. Semua akan habis. Perut mama dan papa pun tak la menderita sangat nak habiskan segala macam makanan yang ada. 

Takde kaitan dengan restoren ini. Cuma nak tunjuk rambut dia tu. Naturally bergulung 'Yang Arif' macam tu. Memang mama peminat no 1 awak Suci. 



Ini minuman biasa. Ais kosong. Suci order dengan waiter, "Abang Luth, Aci nak air kocong". Dah la dia pangil waiter tu Abg Luth. Kecelaruan ahli keluarga sungguh mu ni Suci. Luth tu abang kandung awak. Bukan abang waiter tu.



Ini decoration yang ada dalam restoren Dapur Omputih ni.

Lampu-lampu. Agaknya kalau datang waktu malam, berbeza sikit la kot ambience dia. 

Ini gambar dari dalam kereta. Punya la malas nak ambik gambar elok-elok kan.

Normalisasi harga mahal. Kita kena redho je la. Dah dunia kita macam ni. Aku bersyukur. Masih mampu makan kat luar walaupun sekali dua tiga kala je. 

Nanti jika kalian ke Kuantan, cubalah makan di Dapur Omputih ni. Mana la tahu, kena dengan selera kan.


Comments

  1. air kosong aje pun 90 sen. Jaman student dulu, kalau pakej makan nasi, air kosong free je. kowei dan kuku la punca bisnes air kosong ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun mujur kalau dia guna air kuku. Biasa air masak biasa je. Dengan ice tube.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...