Skip to main content

Nyanyi Lagu Happy Birthday Slow-Slow Je

Sejahteralah ke atas kamu....
Aku ada beli barang online. Kat Lazada. Aku beli shaggy carpet. Warna coklat. Niatnya nk ganti carpet patchwork yg aku guna kat ruang tamu depan tv sekarang. Karpet patchwork tu selesa, tapi bila dah lama-lama kena lanyak oleh dua org rasaksa dgn anak rasaksa kenit ni tiap-tiap hari, karpet tu jadi berbiji-biji mcm bervulu. Lagipun dia bercorak. Aku kureng suka sikit corak2. Suka plain. Lagipun corak dia makin pudar. Lagipun anak aku dah conteng karpet tu dgn highlighter warNa oren. Huhu. (warna karpet ialah hijau). Biasa la kan anak ni, benda yg kita larang tu lagi la eager dia nak buat. Agak lama aku tunggu delivery karpet tu sampai, katanya daripada oversea. Oversea sangat.

Dalam hati berkobar-kobar nk kemas dan hias rumah sempena nak sambut baby nanti. Aku ni, nak beli barang rumah pun kena beli sikit-sikit. Sebulan satu atau 2 je. Tunggu gaji. Biase la, golongan bawahan dan kategori miskin bandar macam aku ni. Kad kredit pun takde. Simpanan plak kena jimat ni sebab nak bersalin dan bayar confinement lady. Ceh beriya je cerita pasal kewangan keluarga kat blog. Mintak simpati ke hoi! Ahaha. Bukan apa. Aku cuma nak pembaca semua faham dan jelas situasi aku. Nnt takde la yg salah faham dan berburuk sangka dengan aku.

Birthday Luth mengikut kalendar masihi ialah pada 14 Mac iaitu hari Isnin yang lalu. Aku tak plan pun nak sambut birthday dia. Cuma aku ckp je kat suami aku, balik kerja petang tu nak minta tolong dia belikan kek satu slice untuk Luth. Tapi suami aku suggest gi makan kat luar je sama-sama. Memang port biase kami kalau nak makan kat luar dalam keadaan ad hoc macam ni, semestinya kat Secret Recipe Jalan Othman je. Takde tempat lain yg lebih sesuai dah. Aku suka gi situ sebab tak ramai orang. Lagipun nak bawak budak kecik ni kena pilih tempat yang ada seat yang selesa dan empuk serta ada air-cond dalam kedai tu.

Petang tu, aku tunggu suami aku balik daripada kerja sebab nak keluar makan. Bila dia sampai, dia tanya aku... Ni bungkusan pos laju ni aku punya ke. (aku buat alamat pos ke tempat kerja suami). Aku tau la tu karpet yg aku order tu. Tapi sebelum buka bungkusan tu, aku macam curious sbb kecik sgt bungkusannya. Aku rase aku beli karpet besar. Dalam gambar kat lazada, karpet tu ditunjukkan sama panjang dengan sofa 3 seater. Kira besar la kan. Sekali bila aku buka bungkusan tu.... Memang betul karpet. Tapi saiz dia... Tau besar mana? Besar sejadah je. Cis menjadah sungguh aku rasa. Hancur harapan . Oleh sebab masa aku buka bungkusan tu Luth ada depan aku, aku pun terus cakap pada Luth, ni hadiah hari jadi Luth. Kekekeke. Then aku tolong bentang karpet kecik tu kat tengah2 rumah. Chey, Luth dengan wajah yang sungguh kegirangan, terus gi ambil bantal dan botol susu dia, baring atas karpet tu sambil isap susu. Lepas tu peluk aku, cakap dengan nada gembira, "tima katih mama. Tayanggg mama". Siankan anak aku. Dapat karpet pun gembira sakan. Mana ada orang bagi hadiah rare seperti err... Karpet...sempena hari jadi anak yang berumur 3 tahun kan? Hahaha. Takpe la. Yang penting anak aku hargai. Sekarang pun, kalau dia baring, mesti nak baring atas karpet tu. Poyo macam papa dia kan?

Nampaknya lain kali aku kena baca betul-betul product description kalau nak beli barang online. Jangan nak jadi otak udang sgt tertipu dengan gambar semata-mata. Actually aku biasenya mmg baca maklumat produk, tapi tak tau la kenapa masa nak beli karpet tu aku tak baca betul-betul pulak. Sebab ni adalah pertama kali aku beli barang online yg tak menepati kehendak. Dah nak jadi ye tak. Takleh nak buat apa la. Sepandai-pandai online shopper membeli belah, akhirnya tertipu juga. Sebab bila aku track order record, memang dia tulis pun saiz karpet tu 120x80cm. Memang semeter lebih je.

Selepas dah bagi Luth hadiah karpet tu, kami keluar rumah after solat maghrib. Pergi Secret Recipe, aku order Turkish Delight Indulgence untuk dilantakkan oleh aku, dan suami pilih white chocolate macadamia untuk diri dia. Luth takde kek. Kongsi sudah. Sebab dah tau dah bukannya habis pun dia nak makan sorang satu slice. Kira haruslah bersipat bijak seperti Rashid. Aku request waitress kat SR tu utk bagi lilin sebatang untuk diletakkan di atas kek suami aku. Bila kek sampai, lilin tak menyala, terpaksa la pinjam lighter pulak dengan waiter kat SR tu. Suami aku memang takde lighter sebab dia mmg tak merokok. Idola dia kan Najib. Nak bibir merah macam Najib. (Owh, najib yg aku maksudkan ni najib yang dekat Arab Saudi sana. Bukan mana-mana najib kat Malaysia ni. Haha.)

Apabila lilin dinyalakan, Luth dah kemain muka excited nak tiup, tapi aku cakap, tunggu mama kata boleh tiup, baru tiup tau. Syukur la dia mendengar kata. Aku dengan suami pun nyanyi la lagu Happy Birthday To You untuk Luth dengan suara yang seperlahan yang boleh. Walaupun tak ramai orang pun dalam tu, tapi still malu nak buat macam kedai tu kami yang rules. Kena jaga adab dan keselesaan pelanggan lain juga walaupun mungkin mereka tak kisah. Lepas nyanyi, Luth tiup lilin pastu kami pun tepuk tangan macam tengok sarkas. Haha. Galok teh. Tapi aku memang hepi sebab tengok muka Luth hepi sangat. Dah la dapat hadiah karpet (lol), pastu dapat tiup lilin pulak tu. Sebenarnya ni kali pertama dia tiup lilin. Sebelum ni tak pernah sebab aku tau dia bukan faham pun. Tapi untuk tahun ni kami bagi dia tiup lilin sebab dia selalu sebut happy birthday luth, happy birthday luth pastu dia sebut pulak pasal kek hepi bday. So, aku assume dia dah faham. Then baru la aku celebrate bday dia tahun ni. Tu pun, celebrate yg macam ni je la. Takde buat party pun sebab memang malas nak beriya. Tahun depan mungkin sambut beriya sikit. Next year after, mungkin bagi dia celeb kat skolah ke. Tak tau la lagi.

Doa aku untuk Luth, biarlah aku doa terus je kepada Allah. Tak perlulah aku titipkan isi kandungan doa aku itu di sini. Luth, mama tayanggg Luth.

Comments

  1. aku selaku mak luth ni...
    sedih betul, luth kena tipu mamanga hadiah sejadah tu...hihi

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday luth
    Semoga membesar sbg ank yg soleh

    ReplyDelete
  3. happy belated birthday luth..budak2 asal dpt tiup lilin satu slices cake dh cukup happy..tmbh happy la dpt hadiah carpet.muahahaha

    ReplyDelete
  4. wahh...tak pernah dapat hadiah karpet...asik kena cuci kapet yg sedia ada adelahhh

    ReplyDelete
  5. hai lama xsinggah sini...sendiri pun xdan nk berblogging...lucu pulak kesahnya...=)kapet pun kapet lah..rare

    ReplyDelete
  6. Happy Besday Luth...moga Luth dipanjangkan umur..nanti boleh jaga mama..bila mama dah tua nanti hihihihi.
    Alahai..bagus jugak tu Ldy..ingatan untuk kita bila nak beli online...tapi oklah...rezeki Luth dapat hadiah rare gitu :)

    ReplyDelete
  7. happy belated besday luth
    jrg beli online sbb takut gini la.huuuhu.pertama kali beli online blender utk rania haritu je. kt lazada.

    ReplyDelete
  8. betul tu lyd... kna tgk details dia bg tu,..jgn tgk gambar..lya pon terkono.. order sticker kufi.. ptt r murah giler.. rupanya tecikkk.. haha.. y jns sama, hrga mahal..bila dh selidik betul, bru perasan size pd detail dia..

    jd..jgn tertipu pd gambar tu.. haha

    ReplyDelete
  9. happy belated birth abg luth... smoga trs mbesar dgn sihat serta bjaya duniakhirta..amin

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday, Luth. Tahniah dapat karpet as a birthday gift. Tak semua makpak mampu beri anak karpet masa harijadi tau. Nasib baik karpet yang datang tu kecil aje. Kalau betul besar, bapak Luth pun boleh tumpang claim itu hadiah harijadi bersama Luth kononnya...

    I pun tiup lilin ni memang tak diberi green light oleh HD. Kalau nak beli kek, boleh. Nak nyanyi, nyanyi tak boleh. Apatah lagi tiup lilin. Tapi dapat jugalah merasa anak-anak I tu tiup lilin dek keponakan punya angkara. Bapaknya kalau omaknya yang buat aje yang dibebelkan, kalau kak ipar, anak sedara belah isterinya buat, tak terkata apa dah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...