Sejahteralah ke ateh henko....
Ni status aku kat FB 3 hari lepas.
Hari Selasa, papa Luth akan balik lambat. Biasa kul doblas malam baru balik. So, hari Selasa biasanya aku memang tak masak. Sebab konon-konon macam hari cuti memasak la untuk aku. Tapi Selasa baru ni, aku daripada ofis lagi dah plan nak masak . Untuk Luth. Sebab malam Isnin tu, Luth mintak biskut kul 12.30 malam. Lapar la sebab kul 8 mlm tu aku suap nasik dia taknak makan. Aku ingat mungkin sebab bukan lauk yg dia suka makan, menyebabkan dia taknak makan. Jadi aku decide nak masak sayur bayam + lobak merah (sup yg tumis dgn ikan bilis). Lagi lauk ayam goreng kunyit. Simple je la. Sedap tau aku masak. Sehingga menjilat lengan.
Balik je daripada ofis, aku terus bersilat harimau kat dapur demi menyediakan makanan buat putera ku yg terulung. (Ko bayangkan la ye, masak sayur bayam pun nak bersilat, kalo masak gempak-gempak macam kambing golek ke, grill kukus panggang ke, mau le kena karate-do bercampur muay-thai terus tu.).
Lepas dah siap masak, aku dengan langkah macam peserta masterchef datang menghidangkan makanan untuk chef juri kecik si kenit, mula-mula si kenit muka excited nampak aku bawak pinggan datang kat dia, siap 'yeyyy' lagi. Pastu bila tgk lauk cenggitu, dia cakap nak broccoli. Aku bagitau la... broccoli takde. Ada bayam je. Pastu dia kata tanak..... Berkecai hati aku. Aku pujuk-pujuk suh dia makan, dia resist. Last-last aku terpaksa bertukar jadi singa. Konon dah cukup ganas dah tu. Padahal Luth buat relax je sambung tengok TV.
Aku terus merajuk, aku macam ambik pinggan nasik tu bawak pegi dapur dengan gaya macam hempas-hempas sikit pinggan (saje nak bagi drama sikit, biar dia gentar sikit tengok aku merajuk), sekali tak menjadi rajuk aku tu. Dia buat tak nampak je. Dan terus tengok TV. Aku siap cakap, kalau taknak makan nasi, sudah, biar mama yang makan konon-konon nak suruh Luth rasa bersalah... Tapi.... Still... dia buat tak kisah je. Terpaku jugak tengok TV. Menyirap sungguh aku rase.
Lepas aku habiskan nasi dia, dan aku dah basuh pinggan tu, aku pegi kat tempat dia tengok TV tu, pastu dia menyapa aku panggil-panggil aku, "Mama.... hai mama..." Banyak kali dia mengehaikan aku. Lagi le aku panas. Aku dah la tengah marah dia, pastu dia tak sedar pun aku marah. Ishh.. Gerammmmnyeee....
Then aku geram sangat, aku cakap kat dia, kalau taknak makan nasik, jangan bercakap dengan mama. (Ye aku tau tak elok buat perangai gitu depan anak. Nanti kalo dia buat balik kat aku, baru la aku nak menyesal terjun kolam renang terus walaupun tak reti berenang). Lepas aku cakap gitu, aku terus masuk bilik, tutup bilik (tapi aku tak hempas pintu hokey). Aku terasa Luth tolak pintu daripada luar dan panggil mama...mama...mamaa.... las skali dia nangis. Yes! Puas hati aku baru dia sedar aku marah dia.
Pastu daripada dalam bilik aku cakap, kalau nak duduk dekat mama, kena makan nasi. Then dia jawab... nak makan...nak makan....
Aku pun buka pintu. Aku pun peluk dia. Pujuk dia yang tengah menangis tu. Then aku tanya dia.... Nak makan nasi tak?..
...
...
..
Pastu dia jawab... Taknak....
Huwaaa..... Sakitnya hati akuuuu...
Daripada spesis singa tadi, aku terus bertukar jadi naga. Keluar api ikut mulut aku ni.
Aku terus je ambik dia yang kat dalam pelukan aku tadi, aku letak dia kat lantai, aku tolak dia tak bagi dekat dengan aku bila dia nak peluk aku lagi. Aku tepis dia, pegang kepala dia, ambil tangan dia terkapai-kapai nak peluk aku. Hahah.. Tolong la imagine. Kelakar wei.
Aku tanya dia lagi, nak makan nasi ke tak?!!
Dia kata, nak acik... acik...
Heheh... Yey.. Kemenangan.
Lepas tu aku berjaya suap nasi kat dia. Tapi sikit je, setengah senduk je. Kira okay la daripada langsung tak makan. Then selepas tu, aku rasa menyesal sangat sebab aku marahkan dia pada sesuatu yang aku fikir, 'sepatutnya aku boleh slow talk je dengan dia. Dan kalau dia tetap taknak makan sekalipun, aku biar je la, jangan paksa.'.
Menyesal pulak aku rasa sebab marah dia . Kesimpulannya, dengan budok kecik pun ak bergaduh. Muah hah hah.
Luth..... kalau Luth baca ni waktu Luth dah besar nanti... Mama nak Luth tahu... mama sayang Luth, lebih daripada 2.6 billions tau. Mama minta maaf sangat sebab marah Luth. Huhu..
Lyd.ada skit perangai rin tp aish keje dia nk mkn je mnjg...huhu..semua org mkn dia pun nk join..10x mkn..10x join..hadehhhh
ReplyDeleteHehehe...sentap mama sebab luth tak nak makan. Kita memang dah biasa gaduh ngan anak. Kalau dengan qhalif, selalu pakai ayat 'dah...ibu tak nak bagi nenen lagi. Jangan minta nenen ngan ibu'...ekekeke...
ReplyDeleteIbu mana nak biarkan anak nya kelaparan. Ye tak? hihi, lebih 2.6 billion I like!
ReplyDeleteKasih Ibu membawa ke Syurga :D
Hehehe....jadi ibu memang kena banyak2 sabar kan...wa pun hari2 marah anak...adoiiii.
ReplyDeletecomel je korang ni...hehe.bila la nak merasa semua ni...
ReplyDeleteamboiii... ngan anak pun hang ajak bergaduh gak? hahaha...
ReplyDeleteowh tak baik ek ugut takmo cakap ngan anak gitu? I selalu jer buat kat Jelita, my reason being "buat apa bercakap kalau satu pun taknak dengar" haaaaa. And kalau I lagi teruk kot bergaduh ngan Jelita, kalau case macam ni mmg I akan ambik remote tutup tv letak remote tinggi2, haa melangut la kau situ tengok tv ksoong. Zalin jer kan.
ReplyDeleteaku..sampai sekarang..stok tahan kepala Ya bila dia nak peluk pujuk aku. jadi dia tak sampai nak peluk aku sebab kena tahan. sampai dia nangis baru aku ok.
ReplyDeleteapa pangai tah.
hih.
hahaha.. comel je..
ReplyDeleteai kat rumah selalu gaduh dengan dak Nuha.. biasanya kalau bab makan ai yang menang.. kihkihkih..
alolo masa sentap sbb dh bersilat di dapur
ReplyDeletesama mcm rania la skrg ni, bila x mo makan comfirm dia akan sembur. nyirap la jugak..
dok tgh byg lyd sentap dgn luth.
anje anje comel gituuu
hehe...memang semua ibu buat perangai camni ke
ReplyDeleteingat daku sorang aje =)
2.6 billions aje? Sikit sangat kasih-sayang tu, Lyd ~_^
ReplyDeleteKadang-kadang bukan nak gaduh, sekadar nak gurau manja jerk dengan anak. Nak tengok siapa yang boleh menang kalau merajuk. Tapi memang kelakarlah emak gaduh dengan anakkan. Kita ingat nak menangkan dia aje tapi dalam hati kalau boleh biar kita yang menang. Hahaha...
I pun selalu bersilat kat dapur menyediakan lauk-pauk untuk keluarga tapi yang keluar dok atas meja, itu-itu juga lauk pauknya!
Skrip biasa tiap hari...
ReplyDelete