Skip to main content

Nu Sentral Mall Akan Dibuka

Sejahteralah ke atas kamu...


Nu Sentral Mall yang letaknya bertentangan dengan KL Sentral dan bersebelahan Aloft Hotel KL Sentral akan dibuka tidak lama lagi. Dengar khabar 29hb Mac ini akan mula dibuka walaupun tidak sepenuhnya beroperasi.



Mall 7 tingkat termasuk Lower Ground [LG] dan Concourse ini bakal dioperasikan oleh Parkson, GSC Cinema, bowling centre, MPH Book Store dan Wesria Food Court. 


Pasaraya seperti Parkson adalah sesuatu yang memang dinanti-nantikan oleh orang-orang di sekitar KL Sentral. Jika sebelum ini, Mall yang terdekat dengat KL Sentral ialah MidValley MegaMall, yang mana bagi pendapat peribadi aku adalah sangat-sangat dekat, namun selalunya masalah parking penuh dan juga pengangkutan awam yang tidak begitu lancar menyebabkan kekangan untuk warga KL Sentral berkunjung ke MidValley MegaMall pada waktu rehat hari bekerja. 

Dengan adanya Nu Sentral ini, sedikit sebanyak membantu memudahkan warga KL Sentral untuk membeli belah barangan keperluan asas.


Untuk melihat masterplan ini di dalam original size boleh click di Master Plan Nu Sentral ini.


Maklumat lanjut boleh rujuk Nu Sentral Official Website.

Comments

  1. rasa bx sabarlah nak terjah dtg nanti hehehe

    ReplyDelete
  2. Di bandar besar pilihan utk shopping banyak, di bandar kecil macam Alor Setar, pi mai pi mai tempat itu saja yang ada....

    ReplyDelete
  3. pasal aloft hotel tu, aritu baru jer buat annual dinner kat situ.ada function. lawa tempat dia. :)
    tapi mcm lebih jam je lepas semua ni dah siap. tempat yang memang dah jam, tambah lagi dengan opening ni, ooh, seram gak pikir jumlah trafik nanti. >_<

    apa apa pun,
    take care! :)

    ReplyDelete
  4. Syiok nih..mkn byk.choices of sopink mall kan

    ReplyDelete
  5. Dulu selalu ke kl sentral. Sekarang x lg. Huhu... Dah lm x ke kl.

    ReplyDelete
  6. Yang penting fulus kena banyak baru syok :D

    ReplyDelete
  7. wah mall baru..baru tahu..bukan org kl katakan..:)

    ReplyDelete
  8. seriau kalau lalu di tepi bangunan ni..tinggi-tinggi...

    ReplyDelete
  9. Oh, jauhnya dari rumah kita! Tapi kita tak peduli, kereta ada, supir pun ada. Kita 'window shopping' ajelah apa salahnyakan....

    ReplyDelete
  10. wow bestnyer... kalau keje area situ memang seronokler... nampak meriah tempatnyertu nanti... kalauder rezeki bolehler akak sampai.. pavillionpun akak tak sampai lagi...

    ReplyDelete
  11. Besar2 gini sehari pun tak abes nak jajak gini...maunyer leh tersesat silap2 aribule...hehe

    ReplyDelete
  12. Akk br smpai 2 kali sini. Byk kedai belum buka. Best gak kan. X la bosan hidup kita nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...