Sejahteralah ke atas kamu....
Pagi Sabtu, bila pertama kali aku baca berita pasal 'pesawat MAS hilang dari radar', aku boleh je tak rasa apa-apa. Sebab aku tak sangka perkara itu akan seserius ini. Betul, aku mula-mula tak rasa apa-apa mungkin sebab aku sendiri pun tak fokus dengan apa yang aku baca. Tiba-tiba, sehingga ke tengahari, makin ramai orang update pasal berita MH370 tu kat facebook, baru aku rasa berderau. Berita berat ni. Ni bukan main-main ni. Then barulah aku mengikuti perkembangan semasa tentang kejadian tu.
Nauzubillah. Mohon Allah melindungi kita semua daripada bencana dan malapetaka. Bila aku cuba nak fikir apa yang terjadi kepada semua penumpang dan krew kapal tersebut, macam pening dan buntu kepala aku. Walaupun tiada sesiapa suruh fikir, tapi diri sendiri tetap nak berfikir sebab tertanya-tanya, apa terjadi, di mana, bagaimana, kenapa. Huhuhuh... sedihnya.
Pihak berkuasa menasihatkan rakyat supaya jangan buat spekulasi tentang berita ini. Bagi aku, spekulasi adalah spekulasi. Tiada siapa dapat menghalang spekulasi itu daripada terus dibuat dan disebar. Cuma apa yang mampu kita lakukan ialah, jangan percaya kepada spekulasi-spekulasi tertentu, itu yang terbaik perlu kita lakukan.
Ada juga beberapa pihak yang biadap sangat yang masih ada hati untuk berlawak bodoh murahan pasal isu ini, ada yang sinis menyalahkan pihak tertentu dan melibatkan kes ini dengan politik, ada juga yang sanggup marah semua mangsa MH370 ni semata-mata sebab parents dia asyik dok tengok berita je pasal peristiwa ni sehinggakan dia nak tengok channel lain atau rancangan kpop pun tak boleh, malahan ada yang tuduh mereka yg nak ke Beijing tu untuk buat maksiat. AstagfirullahalAzim... pendekata, sangat ramai yang buat statement yang boleh melukakan hati ahli keluarga mangsa. Jadi saranan aku, setiap kali keluar tweet, atau status update yang mencabar sensitiviti mangsa, SILALAH kita abaikan saje. Jangan sebarkan, sebab niat mereka memang untuk jadi femes walaupun melalui cara yang akan buat semua orang marah. Apa mereka peduli, janji femes. Lepas tu kita tak perlu komen apa-apa. Buat je seolah-olah seperti status itu hanyalah sampah yang tak perlu dihiraukan. Tapi ye lah, aku tau mesti tak mampu sebab kalo dah baca, hati rasa geram, bila hati dah geram, mulalah rasa nak komen je kan. Kalau mampu cubalah ignore hokey...
Bila dah keluar berita serius macam ni, hilang sekejap kisah Anwar. Dan tenggelam terus kisah perempuan perampas yang cari pasal nak saman isteri boyfren dia tu. Hahahaha... kesian pompuan tu. Tetiba bila orang dah lupa pasal kisah nko, ko masih lagi kuar statement mintak lempang ko yang nak provok lagi orang ramai supaya bencikan ko. Ko dah kenapa haaa pompuan??? Ko memang saiko.
Deep down in my heart.... aku berdoa agar semua penumpang dan anak kapal MH370 diberikan yang terbaik daripada Allah. Jika lebih baik untuk Allah berikan mereka terus hidup, maka teruslah hidup. Jika Allah mengetahui lebih baik kematian untuk mereka, ahli keluarga haruslah menerima juga walaupun tanpa rela. Cuma aku memohon agar diberikan petunjuk supaya kehilangan mereka itu ada jawapannya. Kita yang bukan saudara-mara mereka ni pun begitu mengharap agar diberikan petunjuk untuk menemui mereka, inikan pula ahli keluarga mereka. Ya Allah.... permudahkanlah untuk mereka, dan tunjukilah jalan serta petanda tentang mereka.
Where are you angles?
ReplyDelete#prayformh370
yeah angel, where are you...
DeleteMacam² spekilasi. Masing2 nak jadi keyboard warrior. Kita yg tak tau ni diam sudahlah. Cuma tunggu kesahihan cerita dan berdoa smoga urusan mencari dan menyelamat dipermudahkan olehNYA. Pihak yg terlibat tu dah buat sehabis baik. Tak perlulah kita nak komen atau pon complain. Kita tak berada di tempat mereka. Betapa kelam kabutnya mereka nak menjawab soalan² yg datang bertalu².
ReplyDeletemakin hari, makin buntu je jawapan yg pihak berkenaan berikan. Takde perkembangan terbaru pun kan?
DeleteTiada siapa pernah menduga ini akan terjadi.. pesawat yg dikenali sebagai paling selamat pernah dibina pun tidak menjamin ia betul2 selamat dari keputusan Allah..Dia Maha agong lagi Maha Berkuasa keatas segalanya..Pemunya kerajaan langit & bumi.. #PrayforMH370 =(
ReplyDeleteAllah lebih tahu apa yang terjadi. Dan akak harap Allah membantu memberi petunjuk kepada yang mencari.
DeleteHarapan saya pun samalah seperti lyd...
ReplyDeleteah kurang mood nak bw /berblog kerna asyik dok ikut perkembangan tragedi nie...
takpe, kena tunggu ada mood baru bleh bw dgn jayanya nnti.
Deletebgun pg (lewat pg sebenarnya) mak bg tahu kapal terbang hilang..
ReplyDeleteeh pelik..bila kita tnya kat update fb..betul ke? tak de sapa yg jwb..xde sapa update.. tghr tu br ramai2 update.
kita follow jgk, sb rasa mcm sesuatu misteri pasal ni..allah punya kuasa..tak terjangkau fikiran kita.
tak de lain hanya nak mereka semua selamat je. Kesian tgk ahli keluarga yang berharap.
Deleteramai sangat pakar2 penerbangan x bertauliah update status sekarang ni...eloknya diorang ni semua pi jadi sukarelawan join misi mencari...bukan sewenang2 nak buat tohmahan...stupid brainless la...kurang ajar....
ReplyDeletehehehe... amboi marahnya SA. Mcm2 tohmahan tu mmg tak patut. Tak sensitif langsung dgn kesusahan org lain.
DeleteSpekulasi pasal flight ni memang tipikal perangai Malaysian. Eksiden tepi jalan pun ramai yang buat-buat bajet CSI, inikan pulak membabitkan kapal terbang. Lagi macam-macam benda keluar.
ReplyDeletetapi buat spekulasi ni best la sylarius. hehehe... mcm tertanya2 ke mana, then mula la nak main teka2.
Deleteberita yg sangat mengejutkan kan..sama la dgn sy, mula2 bca rasa macam takde pape..bila dh makin kecoh bru la "rasa" kehilangan nya..apa2 pun semoga diberi petunjuk...
ReplyDeletemmg terkejut, tapi lebih banyak rasa musykil sebab tanpa jejak kan?
Deletekemana kau menghilang, yang..?
ReplyDeleteYang pun tak tau ke mana diri dia hilang. Tunggu je la yang tu kembali insyaAllah.
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan pencarian.. Dan semoga semuanya selamat..
ReplyDeleteInsyaAllah semuanya akan selamat.
DeleteKita doakan yang terbaik buat mereka..(T T)
ReplyDeleteT.T sama2 la kita doakan ye cikgu.
Delete#prayformh370..plz come back..we are waiting..
ReplyDeleteyes, we are waiting for u...
Deletesama la masa I first dengar berita ni pun macam take it for granted, sebab tak pernah jadi kan so far. Then bila tok laki buka cerita translate kan news duk kuar tv online ni semua, baru la rasa macam Ya Allah... selamatkan lah mereka, dan permudahkan la urusan mencari.
ReplyDeleteOwh pasal gundek yang saiko tu.. heishh serius memalukan la industri hiburan tanahair kita, takder benda lain ker nak buat asyik duk nak rampas laki orang jer kerja, pastu kuar statement bodo, seriusli la dei.
itu la. Kita mohon agar Allah akan tunjukkan kepada kita ke mana 'hilang'nya mh370 tu.
Deletei kalau keluar berita pasal dia waktu2 skrg ni, mmg dah tak buka la link tu. biasanya beautiful nara yang share. kang kalo kata bimbo tanak mengaku.
sama sama kita doakan smga dipermudahkan hendakNya
ReplyDeletelyd, a’aa.. yg mawi, rahim, yassin, geng era tu mmg dorng main lepas habs games sepaktakraw yg pro punya.
tgk sekjap dorng main. pastu blk .boleh la.skadar nk beriadah sesama artis
best tak derang main ciksu? saya masa tu nak keluar. sempat tgk derang masa nak mula tu je. suami saya dok ketawakan sape yg gemuk2 tu, ray kot. Dia ckp badan besor camtu cemana nak main takraw.
DeleteMH370 mmg tgh hot sekarang..kita mengharapkan yg baik2..semoga ada petunjuk..teruskan berdoa..
ReplyDeletebetul tu, mana2 pun publish tentang berita ni.
Deletememang dia saiko la...
ReplyDeletesemalam ada lagi statement dia nak saman bekas pembantu peribadi dia plak. tak tau pasal apa. sbb baca tajuk je. mmg saiko.
Deletesama-samalah kita doakan untuk mereka.
ReplyDeletetak belajar dari kesilapan artis lain dia ni.
ReplyDeletesama2 la kita doakan keselamatan mereka, #prayforMH370. psl bebudak kuar statement yg bangang, kita nak marah pun x bole gak sbnr nyer. sbb dah nama pun budak/remaja. fikiran x cukup matang nak fikir jauh ke dpn sgt.
ReplyDeleteDah macam malas nak baca pasal MH370 ni lagi. Nak tunggu berita sahih aje. Jumpa ke tidak. Pastu baru nak ikuti perkembangan seterusnya. Baca benda yang merapu-rapu ni siap dgn konspirasi bagai, rasa pening kepala yang memang dah pening. Tapi tak salahkan orang lain ler sbb memang ngengada nak baca jugakan, salah sendirilah. Aduh, cepatlah muncul MH370 ni ! Resah menunggu walaupun takda kaitan apa-apa pun dengan semua mangsa.
ReplyDeleteTang budak tak cukup umur verangan nak saman bini orang tu, memang kesian sungguh. Baca sekali lalu aje pastu malas nak habiskan... memang sah2 ada masalah mental dia ni...takpalah bagi ajelah dia kahwin doakan yang baik2 aje. Jangan sampai meludah pastu air liur jatuh dalam mulut sendiri, sudahlah. Kesian pulak kang nangis2 cam dia buat kat bini orang !
Wow, thіs paragraph is fastidious, my younger sister is analyzing these kinds of things, therefore I am going to
ReplyDeleteinform her.
site : Тhе A - Z Of Encryption Software & 5 Truly Amazing Tips Тo Become
Remarkable At Hоѡ To Encrypt A Pаsswoгd For Freeing
Can I simplʏ just say wһat a comfort to find someone whⲟ actually knows ᴡhat they're discussing over the internet.
ReplyDeleteУou certainly understand how to bring a problem to ligһt and
make іt important. Mоre people realⅼy need to
look at this and understand this ѕide of your story. I can't belіeve yοu're not more popular since yoս surely have the gift.
Learn More Here : How Ƭo Passwоrd Protect Folder Ϝrom Scratch