Skip to main content

Yang Ke Number Five

Sejahteralah ke atas kamu...

Menunaikan haji apabila mampu. 'Apabila mampu' atau 'setelah mampu' atau 'wajib mencapai mampu'?

Ibu dan pak dah kembali ke tanahair daripada menunaikan umrah pada hari Ahad lepas. Kami sambut ketibaan mereka berdua dan sempat la jumpa mereka sekejap sebelum mereka terus naik bas rombongan makcik Normah, balik ke Kuantan. 

Pertemuan yang sekejap itu..... memberi kesempatan kepada ibu untuk berpesan kepada aku, "awak orang ni semua, kalau ada rezeki, pergilah haji masa masih muda ni. Senang nak beribadah, tubuh badan masih sihat, masih kuat".

Bengkak kaki Pak sebab banyak berjalan

Walaupun Pak bukanlah orang yang gemuk, kaki bengkak jugak. Rasanya kaki ibu pun bengkak. Bukan mereka je, kaki Pakcik We pun bengkak. [Pakcik We tu jiran seblah umah ibu. Dia pun ikut serta juga dengan rombongan umrah ni.]

Jika mengikut kefahaman aku yang lama, menunaikan ibadah haji apabila mampu ni, maksud dia, kalau takde duit takpe, takyah buat, bila dah mampu baru la buat. Ternyata salah pegangan tu. Maksud apabila mampu di sini ialah, bila cukup syarat, cukup duit, cukup simpanan, maka kamu memang WAJIB pergi haji, kalau tak pergi bila cukup syarat tu maka berdosa. Manakala kalau tak berduit lagi, maknanya perlu berusaha-struggle-sedaya-upaya untuk mencukupkannya, bukan menunggu duit tu secara tak sengaja menjadi cukup. Tak faham angkat tangan. 

Aku harap aku dapat pergi haji semasa aku masih muda ni. Aku pun dah nak hampir masuk ke usia tak muda lagi. Tinggal beberapa tahun je lagi ni. Tapi simpanan ni aduhaiii....

Comments

  1. mak aku pun pernah pesan benda yg sama. sruh pergi haji time masih muda nih.

    ReplyDelete
  2. SA pun sama...kalau cukup duit memang nak pergi...insyaallah sampai masa nanti pergi la kita ye...usaha sampai boleh pergi...

    ReplyDelete
  3. harap juga dapat pergi ke sana.. syukur emak dan ayah dahpn balik ke sinikan..sama ngan masa emak dan apak akak juga gamaknyer..

    ReplyDelete
  4. Teringin sgt nk pergi umrah..membuak2 keinginan tuh

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah selamat sampai, InshaAllah doakan sama-sama dapat ke sana kan.

    ReplyDelete
  6. salam lyd, sori lama tak dtg melawat besan nie..byk sangat halangan..
    btul kata bapak mertua lyd tuh..nak buat haji ker umrah ker..waktu mudahlah paling bagusnya...marilah kita sama2 menabung dr sekarang ..inshaallah

    ReplyDelete
  7. Betul Lyd...kalau nak seribu daya tak nak je yang berdalih-dalih...duit boleh cari,kesihatan makin hari akan menurun,jadi rebut peluang sewaktu badan sihat

    ReplyDelete
  8. Betul tu. Masa muda ni lah syiok gi. Tapi tu lah, duit simpanan tak berapa nak cukup nih.

    ReplyDelete
  9. Arwah Atok I kan, dari awal2 dia cakap dia kalau boleh nak mati kat Mekah sebab mak dia pun meninggal kat Mekah jugak, pastu rezeki tuhan bagi dapat la finally dia pergi buat haji, and sahabat karib dia yang turut serta meninggal, menangis2 pulak arwah atok I tu nak balik tak nak meninggal kat sana hehehehe kelakar pun ada. (again, komen tak konsistensi dengan topik).

    ReplyDelete
  10. semua memang inginkan untuk melaksanakannya...tapi memandangkan isi $$$$ masih juga kecil.... kena usaha lebih utk kumpulkan..

    ReplyDelete
  11. Siapa yang tak teringin nak menjejakkan kaki ke tanah suci? Memang teringin sangat. Ada aje kengkangan yang nak dijadikan alasan. Mungkin belum sampai seru, ada ke cam gitu? Kalau dah cukup segalanya, memang terus nak jejak kaki ke sana. Nak tunggu bila lagi kan ...

    ReplyDelete
  12. bukan setakat cukup duit je kan..kna cukup syarat juga..Insyaallah sape yg tk nak jejak kaki ke tanah suci..teringat allahyarham pak sy bila lyd sebut pak..sbb sy pun pggil pak jugak..:)

    ReplyDelete
  13. Besnye dgr cite ibu.. insyalllah kita pegi nanti ye kak :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...