Skip to main content

Suatu Hari Nanti....

Sejahteralah ke atas kamu...

Malam Ahad, berniat nak menulis entry sentapan jiwa.
Sebab Luth dah tido awal dgn papanya.

Jerebu datang setiap tahun.
Setiap kali datang, telah atau akan pergi jua.
Musim panas juga setiap tahun menjenguk bumi.
Juga pasti ada akhirannya.

Yang jerebu dihalau sang hujan.
Musim kering dan hangat berganti encik tengku juhari.

Saling bertukar baton.
Masih ada pasang surut datang perginya.

Jangan gembira dulu.
Suatu hari nanti,
Bagaimana jika yang datang itu tidak mahu pulang?
Atau diperintahkan untuk terus kekal...

Bagaimana andai yang bermula itu tiada lagi akhiran?
Mampukah untuk kita bersedia,
Menghadapi jerebu tanpa penghujung selama 7 tahun?
Redhakah kita menjalani hidup harian tanpa air dan makanan saban hari selama bertahun2?aa
Akan sabarkah kita berpanas dan berlapar begitu lama?

Suka atau pun tidak,
Rela atau tidak,
Kita harus ingat bahawa semua itu pasti akan berlaku kepada bumi ini satu hari nanti.
Pada waktu mendesak begitulah akan bermulanya fitnah dajjal.
Dengar-dengar, pada waktu itulah nanti ramai yg terpedaya.


Kiamat sudah dekat.

Comments

  1. nak baca style sajak ke syair ni lyd..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca dengan nada suara hati macam bergema-gema dalam drama melayu.

      Delete
    2. patut la bergema seluruh ruang tamu aku.

      Delete
  2. simple tulisan ni...

    tp agak menyentap hatiku...

    dunia tak kekal kan?

    ReplyDelete
  3. kiamat bukan sahaja dah dekat..
    kiamat juga sudah datang..

    ReplyDelete
  4. akakpun der merasakan benda yang sama..
    kalau tahun 90 an rasanya cerita pasal jerebutu jadi isu yang besar...
    sekarangni ala2jerler..setahun berapa kali kena kot.. jadi cam dah biasajer...

    ReplyDelete
  5. Pandai tulis puisi. Hehe.

    Apa pun, segala bencana yang melanda kebelakangan ini tanda-tanda kepada bencana yang lebih besar yang akan berlaku. Sepatutnya, seluruh anggota masyarakat kita perlu bersedia untuk menghadapinya, namun hakikatnya, lebih ramai lagi yang alpa tentangnya.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah dah 2 hari ni hujan turn dengan lebatnya kat kawasan KA , jerebu dah berkurang sedikit !

    ReplyDelete
  7. Tersentap sejenak. Ada betulnya. Dunia makin hampir ke pengakhirannya. Peringatan buat diri sendiri.

    ReplyDelete
  8. Selalu juga berfikir begitu. Baru setakat 4 hari tak berair, dah mengeluh penat. Dah tak dapat makan minum dengan sempurna. Mulalah berangan kalaulah air datang kembali, nak buat begini dan begitu. Jerebu pun sama. Lain kali nak lebih berhati-hati. Jangan tolong jerebu datang lagi. Tapi yalah, angan-angan aje lebih. Bila nikmat diberikan kembali, lupa daratan sekali lagi. Dunia dah semakin pendek hayatnya. Kalau tak berhati-hati, entahlah apa akan terjadi nanti.

    ReplyDelete
  9. kita memang leka sebenarnya. dah jadi musibah baru fikir tp bila dtg penyelesaian akan lupalah semula.

    ReplyDelete
  10. Kami yg jauh nie bila membaca atau dengar akan malapetaka atau musibah kat m'sia, berpikir2 pulak akan keputusan nak balik m'sia tuh wise atau tidak..kat sini wpun tak kaya negaranya tp taklah byk dugaan samada dr segi politik mahupun ekonomi ataupun bencana..wallahua'lam..masalah sosialpun tak menakutkan spt kat m'sia.

    ReplyDelete
  11. Betul tu, antara sedar dengan tak sedar je kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...