Skip to main content

Cara Jahitan Mencantum 2 Bahagian Kain Dari Luar

Sejahteralah ke atas kamu....

Pernah seluar track bottom suami aku tertetas pada bahagian poket yang ada zip. Kalau aku nak jahit guna mesin, nanti jahitan tu akan nampak ketara sebab zip poket tu dijahit dari bahagian dalam. Aku memang tak mampu nak jahit dari dalam sebab seluar track bottom tu ada lining kat belah dalam. Memang akan jadi banyak kerja kalau aku nak jahit jugak dari seblah dalam, aku kena buka semua jahitan lining tu semata-mata untuk cantumkan semula zip poket yang terbetas tu. [terbetas ke tertetas ni sebenarnya???]

Jadi caranya ialah aku gunakan teknik sembat susup, [agaknya la nama dia macam tu.] untuk mencantum zip poket seluar track suami aku tuh. Kalau takde idea apa yang aku pokpekpokpek kat atas ni, sila rujuk gambar-gambar kat bawah ni. Contoh yang kat bawah ni ialah comforter baby yang aku dah jahit kat belah dalam dan aku tinggalkan sikit je tak berjahit untuk aku terbalikkan dan jahit dari luar.





Nak cantumkan/jahitkan yang terlopong tu tanpa perlu menggunakan jahitan mesin supaya kelihatan kemas seolah-olah semuanya dijahit dari dalam.


Mula-mula tie the knot. Ikat hujung benang. Ini adalah cara yang paling mudah untuk membuat simpulan benang, iaitu dengan mengikat di hujungnya.


Bila hujung benang dah bersimpul, masukkan jarum ke sebelah dalam lipatan kain di mana jahitan tersebut hendak dimulakan. Kat sini saya mulakan dengan bismillah dan mula dengan kain yang di bawah. [kain kosong =kain bawah, kain corak ribbon = kain atas]. Lebih afdhol kalau dimulai sebelum jahitan di sebelah dalam tu berakhir. nota kuku kaki ; abaikan tangan kerapu tersebut. hahaha...

Tarik jarum sehingga benang habis, dan masukkan secara melintang pada kain yang di atas pula. kemudian tarik benang sehingga habis, masukkan pula pada kain di bawah. Okay aku menjahit guna tangan kiri sebab aku left-handed. T.T


Gambar tak berapa cantik sebab aku ambil guna henfon aje. Malas plak nak bangun gi ambik kemre, padahal macam 4 langkah je jaraknya. Hahaha.

Jenuh la aku nak jahit satu, amik gambar satu, jahit satu amik gambar satu kannnn....

Ulang langkah yang sama sehingga melebihi tempat berakhir jahitan yang sebelah dalam tu. Biar lebih selamat daripada terbetas semula serta akan menjadikan jahitan lebih kemas.



Cara mematikan jahitan;

Cucuk sedikit jarum pada kain

Lilit benang pada jarum tersebut di hadapan jarum dalam 2,3 lilitan, kemudian tarik jarum sehingga benang habis.

Benang tadi telahpun tersimpul, kemudian cucuk sekali lagi jarum pada tengah2 di antara kain bawah dan kain atas, kemudian dari dalam cucuk sahaja pada mana-mana tempat pada kain supaya keluar seperti di dalam gambar.


Kemudian baru la gunting benang itu. Doh tu ngape plak gambar ni terbalik gaye gitu. Hadoii la.

Dengan cara ini, benang2 permulaan dan pengakhirannya akan tersorok setelah di cover line baekkk punye.

Yang terlopong tadi sudah tidak melopong anymore [sambel nyanyik lagu maroon 5, 'anymore, anymoreee']

Tadaaa... comforter sudah siap.




Begitu la kisahnya. Sekian dulu hasil seni yang amatur macam saye ni.







Comments

  1. pening bab menjahit..
    nasib baik ada mak..x tukang jahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak-mak kita memang pandai menjahit kan. Mak saya dulu pun pandai jahit. Saya ni belajar dari dia kot.

      Delete
  2. rajinnya lyd..luth dh bsr pun lyd masih buat...bagus btl

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat utk orang lain plak ni azie. Sebenarnya sebab minat. Rajin tu tidak jugak.

      Delete
  3. wah nampak cantik & kemas sgt jahitannya lyd !

    ReplyDelete
  4. saya baca & tgk gambar step by step tu ..masih tak faham..hahahha..abaikan aja la...saya tau jahit orang aje :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. doc, jahit orang pun guna teknik jahitan yang sama jugak kot. boleh la tu.

      Delete
  5. salam lyd,selamat hari jd tuk nattu sayo..heheh..tak sempat nak komen lebih2 ade tetamu bermlm kat umah..nanti cr bw lg ok..take care..ciaoww

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... mok mentua dah wish bday kat menantu dia. hehehe...

      Delete
  6. Kemas tu jahitannya. Ni kena belajar face to face ni lyd ☺

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    wahhhhh.. dah setahun yer si comel.. :) selamat hari lahir yg pertama.. :)
    lyd.. kain tu jenis silk satin tu mmg kna iron.. sbb biasa kan kalau basuh ngan mesin basuh kan dia mmg berkedut.. :) berkenan text saya ye.. no hp saya dah bagi.. :) sila la.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk wish birthday Luth. InsyaAllah kalo saya berkenan nnt saya PM ye.

      Delete
  8. Replies
    1. sebab time takde idea nak share apa, boleh la buat tutorial.

      Delete
  9. La...susahnya nak paham, apa lagi untuk orang yang jarang2 menjahit macam saya...Kena buat video masuk youtube baru senang paham kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat guna youtube insyaAllah akan datang. Ada plan gak nak buat.

      Delete
  10. paham cikgu.hihi
    kemas je jahitan lyd tu. kalau sy yg jahit kompen kena buka balik..hahaa.
    kalau mak tak tgk ok je. kite kejam mata rapat rapat.

    ReplyDelete
  11. next time lyd tlg jahit kain baju akak ni ye... heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... hancur la bju akak nnt. saya tak reti jahit baju.

      Delete
  12. ha betul la rasanya nama dia sembat susup, terima kasih kerana mengingatkan saya akan teknik ini. I that day jahit inner lining untuk basket borobodur nak letak toiletries kan, punya la makan separuh hari walhal secoet jer pun. jahit tangan jer semua, ni ada hati nak gi beli kain buat inner lining untuk semua basket muehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. yey... betul nama dia sembat susup.

      pasni nak gugel apa benda la borobodur tu. Selama ni ingatkan chandi je yang ada nama borobodur. Nas, nanti share la diy yg u buat. Walaupun secoet ke. I suka nak share info dan ilmu mcm tu. Boleh buat nanti.

      Delete
  13. amatur pun nmpk terer gak la..sy ni berangan nak beli mesin jait tp zero pasal jahitan.jait guna tgn pun tak reti.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Kutu, saya sokong kalo PK nak beli mesin jahit. Kalau minat, wp tak reti, akan reti satu hari nanti.

      Delete
  14. hahahah.... jauh import cikgu ajar menjahit. Nanti buat video plak la.

    ReplyDelete
  15. Tadaaa.... tak faham satu apa pun ! Memang namanya kalau dah bebal, ajar dari A to Z pun memang tak faham pun. Rasa macam susah ajelah nak buat sembat susup ni. I pun kidal you...tapi kalau saya yang jahit comforter ni (part yg sikit yang lyd tunjuk kat sini) sudah tentu comforter baby ni jadi comforter king size bed punya tau ! Jangan ditanya bagaimana :)

    ReplyDelete
  16. awat aku rasa susoh benor.. hebat ko kak.. boleh amik tempahan :)

    ReplyDelete
  17. salam.nk tanya stndard rate tapak utk jait comforter brapa erk,aritu saya g cari reganya 77hinggit..huhuhu! saya budak baru belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna tapak biasa je. Tak tukar pon ke tapak comforter. RM77 tu tapak mmg khas utk comforter je ke? Mahalnya.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...