Sejahteralah ke atas kamu...
Sebelum gi kursus, pertama sekali yang paling penting, mental ko la yang kena prepare. Mentally prepare bak kata bapak angkat to be aku kat Britain sana. Siapa la yang suka pegi kursus kalau dia ada anak kecik kan? Lebih-lebih lagi kalau kursus yang perlu bermalam beberapa hari. Tapi kalau kita nak melayankan perasaan tak suka dan tak redha tu, tetap takkan menguntungkan diri kita juga. Aku, bila tengok nama aku naik untuk pergi kursus tu, memang aku jiwa kacau. Cuma aku fikir, setiap kali apa-apa terjadi kepada aku, aku hanya nampak semua tu Allah yang aturkan untuk aku belajar sesuatu. Walaupun tak suka, aku harap kursus tu akan berakhir cepat. Macam-macam la yang aku fikir untuk buat hati aku lupa perkara-perkara yang aku tak suka tu.
Lepas tu, aku mula fikir pasal Luth. Dia ni kalau nak tido malam-malam kena 'tiup trumpet' [you know what i mean]. Kalau tidur siang kat umah pengasuh, dia tidur dengan buaian. Kat rumah tak perlu la buaian tu kan, sebab trumpet tu kan ada. Heheh. Tak pernah lagi aku tidur tanpa Luth sejak dia lahir. So, aku agak pening. So, solutionnya, aku pinjam buaian daripada adik ipar aku, demi untuk membantu Mat Azghul menidurkan Luth semasa aku bergalok masa kat kursus.
Haa, kat mana nak pulas ni papa. Meh biar Luth buat. |
Sama la sibuk dia menolong papa. |
Jadi, masalah Luth nak tidur malam dah nampak solution. Lepas tu aku dok risau pasal susu. Luth ni mmg aku ada bagi susu formula kat umah nenek. Susu Dutch Baby je uollss.. hahakhakhak.. Saje aku pilih susu paling murah sebab ada orang pesan mcm tu, try bagi susu paling murah. Kalau serasi bagus, kalau tak serasi baru cari yang mahal sikit. Tapi nenek kata Luth tak la minum sangat susu tu. Aku pun pesan kat nenek, susu Dutch Baby tu hanya bagi kalau susu aku tak cukup je. Setakat ni tak habis pun lagi susu yang tak sampai sekilo tu. Luth ni, tiap2 hari lepas aku ambil dia dari rumah pengasuh, memang dia akan tiup trumpet. So, aku risau la time aku gi kursus, bila papa dia ambil dia nanti dia nak tiup trumpet cemana.
Perah otak gak aku fikir pasal susu apa nak beli untuk Luth. Nak try susu formula lain, aku tak tau nak pilih susu yang mana. Banyok sangak dekpong pilihannya. Macam-macam jenama. Mana aku nak tau yang mana sesuai untuk Luth. Dalam masa singkat tu aku tak rasa aku sempat kaji semua jenama susu formula. [Ohhh, in case kalo ada sesape terlupa, aku memang jenis yang beriya skit kalo bab-bab cenggini. Semua nak kaji. Pening kepala suami aku nak layan kot nye.].
Bukan aku tak tau, susu formula tu ada yang bagus. Formula tu orang dah uji dalam makmal dengan ujian klinikal, tapi aku tak fikir pasal formula tu sangat. Yang aku tgk, ingredients dia je. Macamana la aku nak percaya pada susu formula kalau bahan-bahannya banyak sangat yang sintetik. Pewarna sintetik, perasa sintetik, sintetik sana, sintetik sini. Cemas je aku nak bagi kat anak aku. Last-last lepas dah tanya orang-orang yang sepatutnya.... aku decide untuk bagi Luth minum susu lembu fresh je. Bukan susu UHT tau. Tapi fresh milk. Aku try jenama Goodday. Pastu aku campur madu. Alhamdulillah, Luth minum. Jadi, sesiapa yang tak mampu nak beri anak dia susu badan tapi tak mau beri anak dia susu formula, boleh cuba bagi susu lembu fresh. [pastikan anak dah cukup setahun, takut perut dia tak dpt digest je susu lembu tu]. So, selesai lagi satu masalah....
Dipendekkan cerita, masa kursus tu jumlah peserta wanita ialah ganjil. Ada 9 orang. Dan semuanya dapat bilik twin sharing kecuali seorang. Aku nego dengan peserta yang dapat bilik single tu, dia setuju nak tukar bilik dengan aku. Maksudnya aku duduk bilik seorang, dan dia duduk bilik share. Aku pun apa lagi, cepat-cepat bagitau Mat Azghul. Maknanya, dia boleh datang bermalam kat situ bawak Luth sekali. Yey! Malam, lepas isyak Mat Azghul datang bawak Luth, pagi kul 8 dia balik, hantar Luth gi umah nenek baru dia gi kije. Gitu le 3 malam. Syukur, semuanya selesai dan Allah permudahkan. Kursus itu, ternyata banyak kebaikannnya. Ilmu yang aku dapat tu sangat bermanfaat. Itu yang paling penting aku rase.
bestnya dapat tidur dengan luth..
ReplyDeleteHehehe...trumpet erk. So fat tak pernah lagi gi kursus lama2. Cuma last year masa gi spore 2 hari. Asyik tingat kat anak jer lah.
ReplyDeleteRasa mcm baru je Luth dilahirkan tau2 dah besau dah dia ya... hehehe... Semoga membesar dgn sihat Luth... dan jadi ank yg soleh ya.. :)
ReplyDeleteDah dipermudahkn....syukur...
ReplyDeletehihihi..pandai betul awak ni Lyd.. ^_^
ReplyDeletealhamdulillah..selesai semuanya..
dah besar dah Luth...dah pandai nak menolong papa dia dah..comel..
assalamualaikum lyd...selamat berkursus yer...:)
ReplyDeletebest dpt pergi kursus..pada masa sama tak perlu berpisah dgn luth..
ReplyDeletewah pndai betul ko ikhtiar dpt bilik sorng, angkut laki anak..
ReplyDeleteaku pun takt ni x pernh lg berpisah mlm nga luth.
mau x tdo luth kot..
ke aku?
setiap problem ade penyelesaiannye .. :)
ReplyDeleteBagusnya mak yang ini. Mujurlah selesai semua masalah walaupun pening kepala juga pada mulanya. Nasib baik anak-anak I tak tiup trumpet lagi. Senang sikit. Tapi sampai la ni pun tak boleh bayangkan kalau kena tidur tanpa anak-anak walaupun bukan kat rumah tu mereka bertenggek tidur celah ketiak kiri-kanan :)
ReplyDeletebetul2 bila dh ada anak nk gi kursus rsa mcm argghhhh tak nak pegi boley?? ;p
ReplyDeletebila kita letakkan kebergantungan pada Allah.. inshaAllah Allah akan permudahkan segalanya... hehehehe...
ReplyDeleteasya dulu kalo nk tdo kemana-mana..dgn buai skali usung..igt lagi time family day 2010..dgn buai skali usung..kalo x mgamuk sakan la x leh tdo..sampai umur 3thn++ gak rsanya nk kena ada buai
ReplyDelete