Sejahteralah ke atas kamu...
2 hari lepas, aku ada up post pasal Taman Botani Putrajaya, pastu ramai yang komen. Mekasih untuk sesape yang sudi komen tu. Pastu Mummydearie ada komen pasal Friendship Park di Putrajaya. Aku bila baca tu terus macam buntang kejap biji mata sambil jejari patuk ayam tekan keyboard semata-mata nak google kaedahnya Friendship Park tu. Semangat nih. Maklumla kan, anak baru belajar nak kenal dunia, maka mak dia ni plak yang terlebih excited. Bila aku google Friendship Park tu, aku takde jumpa gambar yang menarik tertarik sangat. Cuma dapat maklumat sikit pasal taman tu ialah taman tu letaknya di Presint 5, dan dibina sempena menghargai persahabatan Malaysia dengan negara China selama 40 tahun. Lama betul. Tapi aku terfikir plak, dengan negara lain Malaysia tak jalinkan persahabatan ke? Macam dengan Saudi Arabia ke, bukan ke daripada dulu lagi jemaah haji dari Malaysia pergi Mekah tunaikan haji. Takkan takde hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Saudi kot? Tanak buat Friendship Park sempena friendship dengan negara lain ke? Kenapa China? Atau sebab MH370? Opsss... Aku tertanya-tanya je la. Biasanya tertanya ni sebab memang pengetahuan am aku rendah. Jadi maafkanla haku.
Info pasal Friendship Park aku tak berapa nak jumpa. Tapi yang aku jumpa pasal Taman Ekuestrian Putrajaya. Terletak di Presint 4. Macam menarik je untuk aku pergi dengan family kecik aku tuh. Yang paling aku minat ialah budak ini.
Budak ini namanya Sultan. Katanya kuda padi milik Dr M. Comel kan? Putih-putih melati ali baba gituu... |
Taman Ekuestrian Park ni, dibuka untuk kunjungan orang awam. Boleh joy ride naik kuda, kalau weekend bayar RM5 je untuk 3 minit. Weekdays plak bayar RM10. |
Permandangan daripada atas. |
Ini peta dia. |
Aku berhasrat nak beriadah kat sini nanti[cheywahh berhasrat sangat kan.]. Mungkin minggu ni atau minggu depan. InsyaAllah.
Di TEP ni, rakyat jelata boleh register untuk belajar menunggang kuda bagi sesiapa yang berminat. Fee dia pun rasanya agak berpatutan. Sesiapa yang dah terel menunggang kuda, boleh try main polo pula. Sesiapa ada soalan nak tanya tentang Taman Ekuestrian ni, boleh hubungi mereka di;
Call : 603 8888 6080
Fax : 603 8888 8699
Email : tepenquiries@arlglobal.com.my
GPS Coordinate: 2.896114, 101.684638
Aku pernah try email, laju je dapat jawapan. Bagus service dia. Terkesima seminit. Hehehe. Layan gambar je la ye. Gambar-gambar ni pun aku rembat daripada website rasmi Taman Ekuestrian Putrajaya. Aku harap pemilik gambar ni tak sentap mengkarung ye, jangan shaman shaye ye encik, shaye orang syusyah. Huhu.
Ko mampu? |
Aku suka kuda sebab kuda ni haiwan yang hensem. Nabi Muhammad pun suruh kita ajar anak untuk berkuda kan? |
Oh, Friendship Park tu kat Presint 5 ke? I pun baru kelmarin kawan pejabat beritahu. Dia siap pergi berbasikal lagi gitu kat situ. Katanya kualiti bangunan yang ada taklah ohsem sangat tapi sebab I tak pernah sampai lagi, makanya haruslah nak terjah juga. Eh, China kan antara rakan kongsi niaga terbesar kita, mestilah nak berBFF sikit. Patutnya kita kena buat dengan Siam dan Singapura kan, barulah betul-betul friendship gitu... negara jiran!
ReplyDeleteOh, ni nak meriakkan diri lagi... I dah sampai tempat yang you ceritakan dulu tapi tak masuk bloglah :) I takdalah naik kuda sebab nampak bulu kat tengkuk kuda je bulu roma I pulak meremang tak tentu pasal. I ni kan penggeli orangnya. Anak-anak setakat tengok kuda main chakchak ajelah. Dari jauh nak dekat, dah dekat mereka excited nak lari jauh-jauh. Camna nak ajar anak berpolo....
weh...nak pegi nnt roger2 aku...mana tau masa tu aku xde bende nak buek... nk bwk zharif naik kude hehe
ReplyDeletesyoknya brkuda.. sy pn klu ada rezeki nanti nak belajar menunggang kuda n klu ada anak t ank hantar anak belajar..kihkihkih berangan jer kerja ye dop...
ReplyDeletetak sampai lagi ni taman ekuestrian..friendship park pon tak pernah..asik2 ulang tempat sama yang dah biasa pegi..
ReplyDeleteok la ni..dapat naik kuda sekejap pon jadik la..
Syiok sapa dok area putrajaya..banyak tmpt santai2 blh bawak anak2 dan fmily lepak..huhu
ReplyDeletehuih kuda binatang yg mahal ;p nabil ambak ada tak hehehe..
ReplyDeletesaya yg tak berapa jauh ni pun baru tau..hehehe..
ReplyDeletekuda padi tu..comel bangat!
seronoknya boleh naik kuda kat sini :)
ReplyDeletewow..permainan anak org kayo ni..
ReplyDeleteKuda haiwan yg hensem? hahaha
ReplyDeleteMmg hensem..dan sunnah Baginda tu menunggang kuda...nantilah nak beli kuda 2 ekor..hahaha
So sebenarnya awak dah pergi ke belum ke taman equestrian ni? :P
Aku pilih berenang je la...
ReplyDeleteTakut terjatuh naik kuda...boleh lumpuh.
Suka kuda tak per... yang penting jangan sesekali suka lumba kuda (untuk tujuan main nombor ekor)...hehehehe...
ReplyDeletesaya selalu gak gi putrajaya tapi pakai redah jer mana nak singgah ... teringat mimpi kuda .
ReplyDeletehuhu..
ReplyDeletex berani kot nak naik kuda camni..
klo kereta kuda OK lagi
Saya dah pergi dan round berkali2 dengan kuda di sini.. Best.. Riadah yang menyeronokkan...
ReplyDeletekalau dah pandai tunggang kuda ,boleh main polo, memanah berkuda dan masuk lumba kuda. biasanya hadiah untuk pemenang tempat 1 lumba kuda sangat lumayan.ada yang mencecah ribuan ringgit malah jutaan ringgit.pasal yang taja biasanya pihak bank.senang cerita memang tak rugi kita belajar kuda ni walaupun kos belajar agak mahal.terima kasih admin .artikel di atas sangat membantu.
ReplyDelete