Skip to main content

Taman Botani dan Taman Wetland Putrajaya

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku suka Putrajaya. Sebab tempatnya luas, bersih, tenang dan banyak tempat rekreasi berunsurkan kekeluargaan. Kalau kolam renang awamnya biasanya tak sepadat kolam renang awam di tengah-tengah bandar besar. Aku pernah pergi Pusat Akuatik Shah Alam.. Ya ampunnn kejung nak bergerak, punye sesak. Kat mana nak cari kolam renang awam di Putrajaya? Cuba cari Kompleks Kejiranan di mana-mana Presint di Putrajaya. InsyaAllah ada kolam renang. 


TAMAN BOTANI
Aku pergi Taman Botani, Putrajaya pada Sabtu lepas. Ada apa kat Taman Botani tu? Actually takde apa yang menarik  pun, hanya taman untuk beriadah, jogging, bersiaran di tepi tasik. Di dalam tasik tu, ada berlambak-juta ikan lampam. Beri makan roti, akan nampak le beriuk-riuk ikan tu. Lain-lain, aku belum explore. Sorry eh. 




iNI budak, takut nak pijak rumput. Eh, tak sure takut ataupun geli.


TAMAN WETLAND
Hari Ahad tu pulak, aku pergi Taman Wetland. Perkara yang paling menarik di Taman Wetland bagi aku ialah habitat spesis itik dan angsa serta bangau ni. Ohh, tidak lupa juga burung undan. Menarik la jugek bagi orang-orang mcm aku yang hanya kenal ayam kampung dan itik serati pulang petang ni.

Luth kemain lagi menggelitik kaki dia bila nampak banyak spesis burung-burung ni semua. Aku pun kalau boleh nak menggelitik kaki gak, cuma aku masih pandai control keayuan aku. Wekkk muntah darah.







Itu je lah kisah cemana kami manfaatkan hujung minggu kami. Yang penting, pegi riadah kat Taman Botani dan Wetland ni free/percuma/gratis sahaja. Boleh bawak satu kampung pisang ramai-ramai kat situ.

Comments

  1. assalamualaikum...
    alahaiiii cutenye la hai baby..
    dah besar ye dia skrg.. suci murni muka..
    suka nye tengok bibird kalau fiyya panggil burung... fifish kalau ikan..

    ReplyDelete
  2. ok jgk lyd mcm ni pun. Sy jenis xkisah pegi mana pun, asalkan ada aktiviti pd weekend, kesian kot anak time cutila nak spent time dgn kita puas2..nak teroka itu ini..tp kalo time malas teroka apa yg ada diumah jgk hehehe..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kepada empunya blog =)
    cantik gambar yang di snap tu
    boleh kira dengan tangan berapa kali saya pernah sampai putrajay
    anyway saya singgah sini dari blog senyum-senyum a.ka. Diana Rahid

    done follow sini, ada masa moh singgah teratak saya pula
    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete
  4. jalan jalan kat putrjaya lyd ?? lame tak jalan sane ..x kesah ke mane asalkan berjalan kan?? btoi btoi btoi ..

    ReplyDelete
  5. Sukanya tengok Luth..
    cepat je membesar..

    Putrajaya myra cuma sempat singgah Masjid je..
    tempat lain tak sempat


    p/s : Lyd, kek kukus tu boleh je nak guna blender asalkan adunan sebati dan kembang

    ReplyDelete
  6. Rindu kat nattuku ini..lamo tak sempat bertandang...
    sy pun suka tpt cam taman botani nie..zaman mudo2 dulu sll pergi..nanti balik blh bwk anak2 lak tengok burung berenang sambil menggelitik kaki cam tuh...heheh

    ReplyDelete
  7. yg free tu yg penting.sbb skang ni semua benda kena duit.huhu..nmpk luth enjoy ja..tu yg lg penting..:)

    ReplyDelete
  8. wahhh2.. syoknya briadah... sy beriadah dkt kawasan kampus jer.. tapi alhamdulillah sib baik uum nih dlm hutan so syoklah jgk beriadah.. hehehe luth dah ada banyk gg.. comel.. heheheh

    ReplyDelete
  9. I ni bukan warga Putrajaya tapi sangat suka lepak kat sana. You just name it, habis semua presint I dah bantai melenjan :) Ni satu lagi jek belum sampai, Friendship Garden apa ke bendanya yang baru dirasmikan tengah tahun hari tu kat presint 4. Nanti nak terjah jugak!

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak pegi jalan2 putrajaya..huhu..
    Comelnya luth..nampak dia yg excited tu

    ReplyDelete
  11. Sudi-sudi la datang Putrajaya lagi..boleh lepak kat Cruise Tasik Putrajaya....singgah la kat blog saya kalo nak datang rombongan http://rombongan-sekolah-ke-putrajaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. cantikkkk
    seronok luth tgk bangau OH bangau

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...