Skip to main content

Makan Dalam Dulang

Sejahteralah ke atas kamu...

Biasa makan dalam dulang? Aku baru je nak start makan dalam dulang dengan Mat Azghul. Saje je. Ikut sunnah. Perkara-perkara yang Rasulullah buat, pasti ada kebaikan. Setakat ni, kebaikan yang aku nampak bila makan dalam dulang ni ialah, kami makan tak setambun macam dulu, tapi kenyang. Lepas tu, boleh enhance toleransi diantara kami sebab bila nak suap tu, kena tunduk, bila nak tunduk kena take turn sementelah dulang tu kecik je. Nanti bila Luth dah besar sikit, boleh la beli dulang yang lagi besar kot, insyaAllah.

Asam pedas cair dan broccoli je lauknya. Pekan [Pahang] style memang jenis asam pedas cair, tak macam asam pedas Melaka ye tuan puan. Sejak akhir-akhir ni aku rasa masakan aku tak makin tak semenggah, ntah sedap ke tak. Sebab deria bau dan deria rasa aku macam tak berfungsi je sejak akhir-akhir ni. Jadi, aku tak dapat nak detect rasa masin atau pedas atau manis sgt. Resdung kot.

Comments

  1. ngandung kot heheh... luth nak dapat adik yeay

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoihh.. hahahah... setakat entry ni ditaip, belum pregnant lagi. Luth insyaAllah akan dapat adik, tapi tak tau lagi bila. Hehehe.

      Delete
  2. Alolo comeinya dulang. Aku ni 5 orang jadik dulang aku kena lebih 10 diameter heh. masa bulan pose dulu praktikkan la gak. Gigih menncarik dulang bagai demi nak ikut sunnah. Tapi bila dh hari biasa paham jelah sume bukan makan waktu yang sama maka dulang itu tersepit dicelah gobok je hehe.. Jemput Singgah: DA:Lunch/Dinner Menu #8

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 org mmg lagi le kena bertoleransi ni. Hehehe... Itu la cabarannya kalo time makan tak sama, tak dpt nak prktiskan sunnah tu. Tapi kira okay la sempat jugak buat time bulan pose. Kira pencapaian dah tu.

      Delete
  3. Jimat juga nk basuh pinggan pun x byk.
    Plg aku rasa praktikal, mesti semua akan mkn dgn sopan dan tamakninoh.
    Aku x pernh lg majan dlm dulang.. camna nk cadang kan ek?

    ReplyDelete
  4. Alahai terasa romantik pulak makan sedulang. Eh, ke situ pulak. Dah kata ikut sunnahkan... I tak pernah lagi makan sedulang dengan HD mahupun anak-anak. Eh, sekali itu ajelah masa makan nasi Arab kat Aroma Hijrah. Memanglah kenyang dan seronok pulak bagi-bagi portion masing-masing...

    I pun kadang-kadang kalau lama sangat tak menjengah dapur mulalah sukar nak detect rasa makanan. Biasanya selalu aje ter-tawar rasanya padahal I ni kuat juga menabur garam sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Aku ada nk buat tp mama tak mao...sbb nnt tak aci kat dia... aku kaut byk sbb aku mkn laju dan suap besar2...dia kalah karang...

    ReplyDelete
  6. makan sedulang tak pernah, makan sepinggan pernah sblm arissa lahir.lama jugak bertahun msnya..last2 kusedari makan sepinggan tuh buat daku makin gemuk, asben bertoleransi asik bagi bini turn jer..makan sikit2, bini makan byk..asben maintain badan, bini gemuk..hmm akibat tak ikut sunnagh kan..hohohoho

    ReplyDelete
  7. Masa saya kecik2 dulu kenduri selalu makan dalam dulang, makan dalam dulang berkongsi 4 orang. Di Utara nasi dalam dulang juga dipanggil 'nasi talam'. Cuma sekarang amalan sunnah itu sudah pupus di Utara...

    ReplyDelete
  8. Blm penah cuba..n terpikir lalu ke hubs rin kongsi dulang camtu dgn rin.haha..boley??laly tu mksdnya dia suka lauk xsama dgn rin suka..kikiki

    ReplyDelete
  9. dulang kecik ke besar tu
    cam comel aje bentuk dia =)

    ReplyDelete
  10. kami memang dari dulu makan dalam dulang laki bini.. hahaha sebab memang jenis hidang terus dengan dulang, roti pun rebut2 cobek mu sikit aku banyak.

    ReplyDelete
  11. sweetnya... hehehehe
    sy dulu masa tadika pernah mkn mcm 2.. yerlah sy tadika bukan tadika kemas tapi PASTI so kami diajar mkn dlam dulang.. hehehe best time 2...

    ReplyDelete
  12. errr... aku belum praktik kan lg makan dlm dulang nih...

    ReplyDelete
  13. haa.. tu la..apa y nabi buat mesti ada kebaikannya kan...

    ReplyDelete
  14. So sweet. Memang bagus amalan mcm nih.

    Sedap plak tgk asam pedas tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...