Sejahteralah ke atas kamu...
Kali pertama aku berpantang selepas bersalin dulu, aku gunakan Set Berpantang Tanamera. Produk-produk keluaran Tanamera ni yang paling membuatkan aku berkenan ialah prinsipnya yang menggunakan bahan-bahan alami atau 'natural'. Aku nak gunakan produk Tanamera ni pun terasa selamat dan lebih yakin. Maklum la, aku ni bajet-bajet macam suka tradisional sikit.
Dalam banyak-banyak jenis produk yang disertakan di dalam Set Bersalin Tanamera ni, yang jadi favorite aku ialah sabun dia. Nama komersil sabun ni ialah Brown Formulation Herbal Soap. Pertama sebab yang ni je yang paling senang untuk digunakan. Dan kesan pada kulit tu boleh dikatakan serta-merta kulit terasa lembut dan mulus. Yang halus yang tulus. Yang mulus yang kudus. Ewah!
Satu lagi yang aku suka ialah Boreh Body Scrub. Yang ni aku suka sebab ko tau je la kan ibu yang berpantang ni selalu je rasa sejuk-sejuk je. Boreh scrub ni bila pakai, ada rasa warm je pada kulit. Rasa selesa sangat masa pakai dan selepas bilas. Lagi selesa kalau ada orang tolong scrub kan badan ko masa tu. Lepas tu, nak lagi selesa lepas scrub tu ko tidur terus. Ammahh! Keindahan terasa dunia ni. Tapi mana la nak dapat ada orang scrubkan badan ko kan. Buat sendiri je la yang mampu. Huhu. Owh, dan pastikan ko bersihkan bilik air selepas mandi tu. Sebab scrub ni warna dia hitam. Nanti kalau bersepah dalam bilik air tu, macam buruk sangat rupanya. Nampak geli.
Okay. Itu 2 je yang aku betul-betul suka.
Beralih pula kepada produk yang aku rasa just fine, seperti Massage Oil. Berbau serai. Tak berapa panas sangat. Tapi kira boleh la.
Lepas tu Herbal Tea. Herbal Tea ni je satu-satunya produk yang kita kena telan dalam Set Bersalin ni. Kalau ko jenis yang suka makan jamu, kena beli ubat makan atau jamu tambahan la ye. Teh ni rasa kunyit dan rasa macam rempah-rempah macam nak buat kari tu. Aku suka buat pekat-pekat pastu telan je sekali teguk. Takyah la lama sangat rasa teh tu bergelumang dalam mulut aku. Tapi agak menyelesakan juga la lepas minum tu. Macam sendawa. Mungkin sebab herba yang digunakan tu jenis panas. (Kunyit bagus untuk memulihkan rahim wanita bersalin).
Feminine Herbal Wash dan Herbal Bath.
Yang ini sebenarnya okay. Mengikut arahan pada kotak tu, sepeket Herbal Wash atau Herbal Bath ni boleh digunakan untuk rebus 2 kali. Tapi aku tak tau le kenapa setiap kali nak gunakan kali kedua tu, uncang dia tu dah rabak. Aku rasa uncang kertas tu terlalu nipis kot. Jadi agak membencikan bila rebusan kali kedua tu, serbuk-serbuknya terkeluar sekali. Tak tau la kot-kot aku tersalah teknik buat ke. Cuma kalau ikut konsep asalnya, Herbal Bath dan Herbal Wash ni memudahkan kita, rebus je herba yang dah disediakan tu. Takyah dah nak suruh mak bidan meranduk hutan untuk cari akar kayu dan daun-daun herba. Semua dah disiapkan dalam satu uncang. Alami tapi urban sangat kaedahnya hoih.
Virgin Coconut Oil.
Kelebihan VCO keluaran Tanamera ni ialah bau dia tak busuk. Bau sweet dan aku boleh telan. Patut la aku pelik apabila aku baca pasal kena telan VCO, ramai orang kata tak boleh telan. Rupa-rupanya sebab memang ada coconut oil/minyak kelapa yang baunya hapak dan tengik. No wonder la ramai yang takleh telan. Tapi VCO Tanamera ni okay. Not so bad la rasa dia. Masih wangi. Bau macam candy kelapa. Pastu satu lagi kegunaan dia ialah untuk sapu kat perineum area iaitu tempat nak keluar baby tu nanti. Tapi aku tak tau la ada effect ke tak VCO ni. Mungkin ada effect cuma aku tak perasan kot. Sebab aku bersalin agak mudah rasanya. 2 kali teran je budak Luth tu dah keluar. Hee..
Bengkung.
Bengkung tu biasa je la. Kebanyakan set bersalin pun akan bagi bengkung yang menyusahkan macam tu. Ada satu tali panjang, lubang banyak di kiri dan kanan. Kalau kena pakai masa kat dalam toilet, memang boleh berasap kepala sebab stress. Aku memang tak berkenan nak pakai bengkung ni. At least kalau dia letak 2 tali pastu boleh silang macam tali kasut tu boleh la tahan. Ini satu tali je. Memang aku tak berkenan. Last-last mak mentua aku alter bengkung tu, dia potong tali tu jadi pendek-pendek pastu jahit utk setiap layer lubang. So, tak la kejung sangat aku nak tunggu siap pakai barut tu.
Tiba la ke produk-produk yang aku kurang berkenan.
Firming Herbal Blend Paste.
Aku tak nafikan Firming Herbal Blend Paste ni memang sangat sedap bila ko apply pada perut ko. Owh, untuk yang belum ada pengalaman, Firming herbal paste ni ialah yang kita tampal pada perut sebelum pakai bengkung. Rasa selesa sangat perut rasa hangat. TAPI, masalahnya lepas dah kering tu, paste tu akan bertukar menjadi serbuk yang akan berterabur setiap kali ko bergerak. Adoiiii stress betul aku. Kalau duduk rumah sendiri tu takpe jugak. Nak bersepah pun kira cincai je. Tapi kalau duduk umah mak mentua, segan la. Mak mentua dah la jenis umah spotless, rajin menyapu. Karang dia asyik kena menyapu je sisa ubat perut aku. Malu woo. Dah tak tau cemana nak tadah dah blend paste tu supaya mereka tak berterabur. Yang paling aku segan bila aku masuk hospital sewaktu Luth suspected ada kuning dulu, hambik... berterabur kat lantai wad.
Calming Herbal Blend Paste.
Yang ni, ko tengok nama pun dah macam sama dengan yang kat atas tu kan. Haaa, konsep dia pun sama juga dengan yang aku cite pompang-pompang kat atas tu. Cuma yang ini lagi le haru, tampal kat dahi. Memang aku pakai sekali je. Sebab setiap kali tunduk nak cium anak aku, bajet macam ibu penyayang, habis berterabur atas muka anak. Satu kerjaan pulak aku nak kena sapu muka anak aku daripada habuk blend paste tu. Mak mentua pun tengok aku macam kecik besar kecik besar je kot sebab tak pakai ramuan berpantang betul-betul. Heheh.. Menantu degil dia ni. Harap dia tak serik la jaga aku masa berpantang. Kwang-kwang. Aku rasa, Tanamera mungkin boleh improve produk ni dengan buat paste dia tu jadi liat-liat sikit. Jadi apabila ditampal kat badan atau dahi, serbuk dia tu tak berterabur bila dah kering.
Okay, itu sahaja la review aku. Agak terlambat nak bagi review ni. Dah nak masuk 3 tahun dah kot. But better late than never aight? Set berpantang apa pun yang kita pilih tak kisah, asalkan kita suka dan serasi dengan kita. Yang penting perlu pulihkan rahim tu betul-betul. Chey konon je nasihat org. Aku bukan berpantang beriya sangat pun. Kahkah.
Semua gambar produk Tanamera di dalam post ini diambil daripada laman rasmi Tanamera. Sila lawat jangan malu-malu dan ragu-ragu.
betul betul
ReplyDeletesy pon ska yg sapu kat perut tu tp tu lah masalah utamanya. sangatlah leceh bila dh kering. nsb adik yg jga. panggil dia j tlg sapukan.. huhuhu
utk kali kedua nti, cdg2 tu nk pilih set mana pula.. kongsi ye... hikhiks
Msa sy berpantang, lepas lulur kn kt perut, letak satu kain cthnya goodmorning towel tu sebelommemasang bekung. Memang amat membantu nak elak serbuk2 kering bertaburan dan bengkung pun xkotor. hehe.
DeleteBlm pernah cuba..sbb lps ni dh plan ckup la 4 yg Allah bg ni..so mcm xkan cubala tanamera ni..tp ramai.jugak yg review bagus produk ni kan?
ReplyDeleteTak cari lagi set pantang. Tapi harga tanamera bley tahan gak kan.
ReplyDeleteBengkong jenis tu memang leceh nak pakai, suka lagi yg ikat pada tiang..pusing pada badan ikut keselesaan..
ReplyDeleteBengkong jenis tu memang leceh nak pakai, suka lagi yg ikat pada tiang..pusing pada badan ikut keselesaan..
ReplyDeletesy dua kali bersalin takda nak guna yg set2 ni..pantang cincai je kot..tp jaga la pantang walaupun tak gunakan produk..sekadar beli ubat utk makan je..jimat katanya.hahaha...
ReplyDeleteTerima kasih untuk ulasan Tanamera Nya, semoga ini menjadi manfaat buat yang lainya.
ReplyDeleteKira ni review siap-siaplah sebelum anak kedua lahir padahal gunanya masa lepas bersalin Luth ^_^
ReplyDeleteTak pernah guna produk Tanamera ni masa berpantang dulu. Mak I buatkan segalanya untuk I tau.
lps bsalin dlu x de ambik lgsung set bersalin ni.. sbb fokus mkn ubt spital.. huhu..
ReplyDeleteFeminine wash sy suka. Ala2 tangas. Uncang direndam dlm air panas.
ReplyDeleteAppreciate this post. Let me try it out.
ReplyDeleteSy dtg dri alam 2021 amat berguna review jujur.😂 sblm ni pkai set nr.. pun sama x pkai.. ntah tanamera ni nk beli tp ntah pkai ke tak😂😂
ReplyDeleteSy dtg dri alam 2021 amat berguna review jujur.😂 sblm ni pkai set nr.. pun sama x pkai.. ntah tanamera ni nk beli tp ntah pkai ke tak😂😂
ReplyDelete