Skip to main content

Cabaran Melatih Anak Berak Di Toilet

Sejahteralah ke atas kamoos...

Ye la. Tajuk tu agak kasar bahasanya. Saje je pilih tajuk yang catchy. Biar meronta-ronta perasaan pembaca nak membacanya. Gitchew ye sayam-sayam semua. Eh, terfeeling Dato' Vida Ayam Mi plak......

Anak sulung aku umurnya 4 tahun. Tahun depan nak sekolah dah. Walaupun aku belum decide nak hantar sekolah mana, tapi aku perlu memastikan dia diaper-free by the time dia menjejaki kaki ke pintu pagar sekolah tadika dia tu nanti. Sekarang ni belum diaper-free lagi. Aku memang tak salahkan dia juga. (Nampak tak ciri-ciri mak yang suka membela anak. Anak kauuu je la yang betul, anak kauuu je la yang baik, pandai segala. Kwang..kwang..). Aku tak salahkan dia sebab memang aku tak latih dia untuk menuju ke 'nyahtinja tanpa memakai diaper'. Waktu yang sepatutnya dia belajar untuk tak pakai diaper tu (Umur 3 tahun), aku tengah pregnant anak kedua, aku terlalu mabuk untuk melatih seorang kanak-kanak yang innocent untuk membuang kumbahan ke di toilet. Selepas aku bersalin dan dah tak mabuk-mabuk lagi, aku terus sambung busy menguruskan adik dia pulak. Time aku bawak si abang ke toilet, adik pun terkedek-kedek mengikut pastu dia bahannya buat bising memekak depan pintu toilet. Tak dapat la si abang tu nak fokus dengan urusan nyahtinja dia. Memang kesian la dengan si abang sebab adegan tu mesti akan berakhir dengan mama dia yg bajet suci ni marah seperti dirasuk ablasa. 👹👺(eh seramnya muka goblin Jepun ni.)

Seingat aku, dulu kawan-kawan aku ada yang ambil cuti seminggu semata-mata nak potty train anak mereka. Aku? Macam belum diberi pedoman lagi untuk berbuat demikian. Boleh tak aku sayang cuti aku? Kekeke. Sebab cuti ciput. Simpan la untuk cuti raye haji, deepavali, raya cina tahun depan, raya puasa tahun depan dan semua perayaan yang wujud kat Malaysia ni. Jadi, aku hanya boleh latih anak aku untuk diaper free hanya sewaktu hujung minggu yang suami aku ada di rumah. 

Beberapa kali aku cuba tak pakaikan diaper kepada anak aku. Mula-mula memang kencing bersepah la dia. Abih la karpet, sofa, lantai kena kencing dia. Pastu kali kedua, aku dah plan untuk tanya dia setiap jam, "nak gi toilet ke tak?". Tapi, takde maknanya. Dalam masa sejam tu 5 kali dia kencing berterabur. Tapi sikit-sikit je. Dia macam tak biasa lagi. Adat la tu kan? Kali ketiga try.... ternyata..... memang dia tetap kencing bersepah. Kehkeh. Jarak masa antara percubaan pertama, kedua dan ketiga tu, jauh. Dalam seminggu-dua minggu macam tu. Then takleh la nak expect dia boleh adapt dengan pantas. Lepas dah kali ketiga aku try, aku dah malas la. Bior la aku bayar je duit diaper dia. Haihh.

Kalau bab kencing tu aku tak kisah sangat. Tapi dia ni dah 4 tahun, makan dah macam orang tua. Tinggal lagi petai dengan jering je tak makan. So, ko paham-paham-kepahaman je la cemana najis besar dia. Betapa seriusshit nya bau dia. Memang ghau..ghau ahhh. Kalau jenis yang berketul tu, boleh la lagi flush dalam jamban. Ni kalo jenis yg setepek tu. Huuwaa... Aku memang melahar la bila kena setelkan time dia vera-kincin dalam diaper. Satu rumah bau.... memang kena marah, tengking, herdik semua complete. Sepak terajang je belum lagi. Memang la, tak  baik aku ceritakan ni aib anak aku. Cuma aku nak cerita juga. Sebelum dia masuk sekolah menengah ni nanti aku privatekan la blog ni. Kot ada awekses yg jadi stalker anak aku kang tetibe jumpa plak cerita ni kat blog mak dia. Terjejas la kemachoan anak aku nanti. 

Untuk kes buang ayor besor ni, aku memang betul2 ajar dia untuk pergi toilet. Tapi memang tak berjaya. Dia ni dah reti bercakap mengalahkan popcorn chicken dah. (Trivia: Popcorn chicken ni, corn ke chicken sebenarnya? hewhew.). So, setiap kali dia nak buang, dia memang akan kabo. Memang satu rumah tahu. Tapi bila bawak dia gi toilet, memang takkan keluar. Never. Not once. Sampaikan dia sanggup tahan berak sampai 4 hari. Sebab taknak berak dalam toilet punya pasal. Ko pun tau kan. Bila kita nak berak tapi kena tahan cemana perasaannya tu. Rasa gloomy dan moody kan? Serba tak kena jadinya. Last sekali aku terpaksa mengalah. Aku bagi juga dia berak dalam diaper. Sayangkan anak, basuh-basuh berakkan. Gitu la kaedahnya. Looping la kau begitu selama setengah tahun. Huhu.

Baru-baru ni, aku rasa macam dah sampai my boiling point. Aku rasa macam takleh jadi dia. Aku marah setiap kali dia berak dalam diaper. Sampaikan dia buat muka dekk setiap kali aku marah dia. Aku rase tercabar hokey. Sebab dia dah tak kisah dengan kemarahan aku. Mungkin dah lali agaknya. Tapi dia ni, kalau papa dia jerkah sekali, mulalah nangis teresak-esak. Sebab papa jarang marah. Sekali marah, macam menusuk ke tulang rusuk.

Aku slow talk dengan dia. Aku tanya dia baik-baik dengan penuh diplomatik seperti perundingan antara amareka dengan korea utara, aku tanya dia sambil peluk dia, "Luth ni kenapa taknak berak kat toilet". Then perlahan je dia jawab, suara dengar tak dengar je, "Luth takut.". Aku tanya lagi, "Luth takut apa?". Senyap... Tiada jawapan. 

Aku ulang soalan aku...."Kenapa Luth takut? Luth takut apa sebenarnya? Bagitahu mama, sayang.". Aku gosok belakang badan dia. Nak comfortkan dia. Mata dia terkebil-kebil pandang aku. Aku terus lempang dia sampai terpelanting. Heheh. Takkkk. Aku tak buat gitu ke anak aku. Dia anak yang sangat baik dan soleh. Aku terus bertanya. Akhirnya mulut kecil itu menjawab, "Luth takut jatuh."......

Alalala... Syian anak aku. Itu la rupa-rupanya yang dia takutkan. Aku pulak asyik paksa dia tanpa soal siasat. Tak fatut sungguh mak dia ni. Selalu je dihasut syaitonirrojim. So, bila dah tau gitu, aku pun cakap.... jangan takut. Mama ada. Mama pegang Luth. Lepas tu, bila dia nak berak, bila bawak dia gi toilet.... Ceh, harapan. Takde juga dia buang dalam toilet. Mungkin sebab adik dia melalak depan toilet kot. So, memang tak menjadi juga taktik berlembut pujuk-pujuk ni.

Aku yang dah jadi insaf sekejap ari tu selepas dia confessed pasal takut jatuh tu, tetibe je jadi resakse semula. Aku terus bagi kata dua je kata Luth. "Mama tak kira, kali ni Luth kena berak dalam toilet. Kalau tidak, mama denda Luth, jangan duduk depan TV, pergi duduk kat meja makan, takboleh duduk atas kerusi, kena berdiri je. Tak ada kipas, takleh pasang ekon. Biar panas, berpeluh-peluh pun takpe. Pastu kalau Luth berak masa malam waktu mama dengan papa tengah tidur, mama bangun, mama angkat Luth letak kat rak kasut kat luar rumah. Paham?" (*Dia pernah berak masa kami tengah tidur. **Rak kasut tu kat luar rumah tapi masih di dalam grill.). Luth ni memang takut dengan aku. Sebab dia tau, aku akan buat apa yang aku cakap. Dan aku hanya janji, apa yang aku mampu tunaikan sahaja kepada dia. 

Akhirnyaaa.... Sekarang dia dah berjaya dah berak dalam jamban. Tapi belum diaper free lagi. Tu pun dah cukup okay dah bagi aku. Bagi orang lain rasa kecik, tapi bagi aku this little movement is a huge thing in our journey. So, sekarang target nak kena diaper free kan dia sebelum tahun 2018. Nok gi skoloh ni wat malu kokre jah kalo paka pempers. Huk alohhh.





Comments

  1. good info. berguna time nak melatih anak aku lak nanti...

    ReplyDelete
  2. Kesian Luth. Tersiksa jiwa raga nak berdiaper-free ya. Memang kena private blog ni bila Luth remaja. Habis jatuh kemachoan kalau bakal-bakal aweks (aweks ke awekses yerk?) tau!

    Mujurlah my anak-anak bujang takda masalah darurat macam ni masa nak diaper-free. Adik Cute sehari je lepas lepas tu selamat belajar kencing/berak dalam toilet. Terlepas ke lantai pun tak pernah. I guess my anak-anak memang cukup arif betapa menakutkannya Mommy derang ni kalau naik angin!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...