Skip to main content

Tak Boleh Marah Anak, Tapi..........

Sejahteralah ke atas kamu...

"Budak-budak, biasa la."

Selalu dengar ayat tu? Bila anak-anak berlari, mak bapak akan kata, "budak-budak... biasa la". 
Bila anak-anak memanjat pun cakap ayat yang sama. Anak-anak bergolek-golek pun tetap cakap ayat yang sama.

Bagi aku tak ada salahnya. Memang betul pun, budak-budak memang gitu. Tak ada siapa boleh nafikan. Budak-budak memang ada perangai mereka, ada yang kuat berlari, ada yang kuat meloncat ada yang kuat berlakon dan kita tak perlu marah pun anak-anak KECUALI bila tiba situasi tertentu yang aku akan hurai panjang lebar dalam entry ni.

Orang kata, anak-anak ni tak boleh la nak dilarang sangat. Sebab lagi kita larang, lagi la dia buat apa yang kita larang tu. Kemudian, kalau kita larang-larang sangat takut terbantut perkembangan otak dia. Ye ke macam tu? Jadi adakah perlu dibiarkan je anak-anak nak buat apa-apa sekalipun di atas tiket, "Budak-budak, biasa la"?

Ini pendapat peribadi aku. Budak-budak (baca: anak-anak kita), memang tak perlu dimarah sangat. Kita memang perlu biar mereka explore segala benda yang terhidang depan mata mereka, dengan syarat; 

(1) Tak membahayakan keselamatan diri dia sendiri, 

(2) Tak membahayakan keselamatan orang lain di sekeliling , 
(3)Tidak mengganggu ketenteraman orang lain - yang ini selalu orang terlepas pandang dan membiarkan anak-anak bermain sampai orang lain rasa terganggu tapi terpaksa buat muka faham, "takpe, budak-budak memang gitu", sambil tersengih kerang walaupun dalam hati nampak kecik besar kecik besar je budak tu. 

(4) Tidak melakukan perkara-perkara yang negatif seperti biadab dengan orang lain, berkelakuan/perkataan tidak senonoh atau perkara yang merosakkan harta benda orang lain. (harta benda sendiri masih boleh dimaafkan, tapi kena pupuk la juga untuk jaga harta benda elok-elok demi kebaikan semua).

Faham?

Tapi kita ni biasanya terbalik. Bila anak buat sepah makanan, baju comot, karpet comot, sofa kotor, haaa yang itu la yang paling kita rase nak jerkah dan cepat nak bertukar jadi serigala jadian kan? Sebab, kita stress bila fikir nak kena cuci semua angkara anak kita tu sebab betapa penatnya kita ni, dah la siang bekerja, malam kena buat tugas-tugas pembantu rumah Nepal pulak.

Sebaliknya bila anak main pukul-pukul orang, kita boleh tengok je sambil feeling, "ya Allah, ya Allah, comelnya anak aku masa dia tengah main tampar-tampar kepala kak Bedah ni".  Kenapa kita jadi tak kisah bila anak kita ganggu ketenteraman orang lain? Adakah sebab, asalkan dia tak ganggu kita so kita tak rasa nak marah pun. Mungkin waktu dia ganggu orang lain tu je la 'me time' yg kita ada, gitu kot? So, biar la dia main sepuas-puasnya asalkan dia tak ganggu kita. Aku pernah ada experience, anak dia dok tampar-tampar muka aku depan mak dia. Tapi mak dia tak buat apa-apa pun. Aku pulak hanya mampu tepis dan cakap elok-elok, jangan buat macam tu sayang. Ko ingat dia nak dengar cakap aku kalo mak dia sendiri tak larang dia? Satu aku nak pesan, orang takkan marah anak ko depan ko. So kalo dia buat orang, ko tolong la masuk campur. Asingkan dia daripada orang yg dia pukul tu. Please. Itu sangatlah bermakna untuk orang yang terganggu tu.

Sepatutnya, yang betul-betul kita boleh bagi anak explore  tu, kalau dia main pasir, main kotor bagi kotor tangan kotor baju. Bagi dia main dengan warna, kertas, air dan sebagainya yang termasuk dalam kategori renyah dan hazab nak mengemas. (Anak aku je yg tak suka main pasir. Bandar sangat kan. Huhu. Mandi kolam pun sopan dok setempat je.). Sebenarnya benda-benda yg macam tu la bila dilarang yang boleh terencat perkembangan otak. Bukannya larang dia main tepi escalator. Main tepi escalator, main kayu pastu libas-libas orang tu PERLU dilarang ye. Malahan kalau tak larang tu lagi terencat attitude dia.

Kesimpulannya, kita akan marah anak kalau dia buat sesuatu yang kita rasa 'bakal mengganggu kita', tapi kita selalu biar anak-anak buat apa-apa yang 'bakal mengganggu orang'. 

Ye la... aku tau ramai yang akan marah. Awak anak sorang boleh la cakap gitu. Cuba kalau anak pat belas. Mampu ke nak control? Dan aku tahu juga, kadang-kadang parents yang ada anak-anak active ni, bukan tak cuba nasihat anak-anak. Tapi anak-anak tetap taknak dengar. Aku boleh nampak juga effort tu dilakukan oleh segelintir ibubapa yg ada anak ramai dan aktif-aktif belaka tu. Cuma tetap kena gigih dan jangan jemu la kawal mereka. Bak kata mak mentua aku, "kita nak melahirkan seorang manusia ni bukan senang Da." (*Da tu nickname aku la. Hekhek.) Sebab kalau jadi apa-apa kat mereka, terutamanya melibatkan keselamatan, nanti kita jugak yang menangis keluar belon ikut hidung. Mata kena selalu tancap pada anak-anak. Kalau rasa macam takde kerja lain pulak aku nak mengadap anak-anak je, so kurang-kurangkan la keluar. Ni cadangan je la. Kalau rasa boleh handle situation, takde masalah la kan. Keluar la 6 hari 6 malam pun.

Akhir kata, kita semua ibu bapa yang terbaik dan tentu juga mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Usaha perlu sentiasa ditingkatkan untuk jadi ibubapa yang lebih baik.

Comments

  1. Exactly benda yg sedang kami bualkan semenjak dua ni, u totally know how to speak on my behalf la dear.
    Kan sekarang Summer break, nice weather mentari memancar so mmg kami banyak la spend time outside, means berinteraksi dengan manusia lain di luar mostly people with kids la kan. Omg, macam2 ragam manusia ko tau, anak2 yang nakal tu kesian jugak tengok kat mak mak mereka (I realised selalu bapa takder dalam situasi ni) and lagi satu kaum tu... kan dah racist kami ni. Semalam sampai polis datang la tegur satu kaum ni sebab buat tmepat tu macam dia sorang yang punya.

    ReplyDelete
  2. Betul juga yer lyd..tapi kadang2 stress sangat2..tak leh control

    ReplyDelete
  3. Sebab kita 'ngeri' nak kena kerja lebih masa lepas tu, itulah punca terpacul kata-kata 'Ini tak boleh!' 'Itu tak boleh!'

    Bila fikir kata-kata you ni Lyd, betul juga. Kalau dia buat dajal kat orang, kita tak rasa apa sebab kita tak perlu bertungkus lumus buat apa-apa pun. Tapi kita lupa, kalau kita biarkan, makin bermaharajalelalah perangai buruk anak-anak kita.

    I pun selalu gak kalau anak nak menyepahkan rumah sebelum sempat mereka buat I dah jerit tepuk-tepuk dada gitu. Oh, baru sedar betapa silapnya....Eh, dah lama sedar sebenarnya tapi masih dok buat lagi ~_^

    ReplyDelete
  4. kita sendiri perlu tahu perkara yang boleh dan tak boleh. nasihat anak tanpa jemu, memang betul tu..budak-budak sekali kita nasihat, sekali tu dia ingat lepas tu buat lagi..buat-buat tak ingat

    ReplyDelete
  5. anak dara aku x makan saman..penat mengejar dia masa g beraya umah org..so aku ambik langkah x yah la g beraya umah org selagi dia x paham bahasa huhu
    kat umah lak...untuk makan dengan aman kene bg anak dara aku tu makanan dalam pinggan dia...apa yg ada sume aku letak dalam pinggan tp hasilnye semua berterabur kat ateh lantai...alhamdulillah la disebabkan perangai dia tu mama dia ni rajin mop lantai every single day!!! syabas zhara...klu idak setahun sekali je mop lantai kot hahaha

    ReplyDelete
  6. Skang ni aku dak tak kisah. Ko nak explore...explore lah. Kalau jatuh sila tanggung sendiri. Tau plak serik nak buat. Bila si ibu tak bagi buat, nak buat jugak kan. Kalau bab menyepah tu. Kalau dorang tak kemas, aku buang terus...hahaha...kelam kabut kutip ☺

    Kekadang tu lah, selalu emosi mengatasi kesabaran. Bila dah marah tahap tak hingat, tengok anak tu balik...alahaiiii...kesiannya anak aku.

    ReplyDelete
  7. baru nak belajar harap harap dapat la mengatasinya
    bab sepahkan mainan boleh tahan dah skrg ni
    bab tepuk umi pon win juga. dgn org luar blm pnh lg la rania buat gituu.

    ReplyDelete
  8. saya setuju dengan semua usul di atas =)
    ada benarnya apa yang lyd cakap tu
    saya bab anak nak explore memang tak larang sangat
    alahamdulillah kalau p rumah orang boleh lagi di kawal
    ni ada anak orang saya tengok...allah, malas nak cite
    bukan apa, dia bangga dengan anak dia pandai sangat belajar
    tapi dari segi attitude, meyedihkan

    tapi yelah, cam lyd
    semua ibubapa dalam dunia ni mahukan yang terbaik buat anak mereka
    kalau tak boleh pun mereka akan usahakan
    moga kita mampu mendidik anak kita menjadi ahli syurga =)

    ReplyDelete
  9. Yesss...semua point aok koi setuju ngatt...
    Dan paling perit...yg begitu anak buah srndiri...ada hok tak balik raya 10 tahun kalo kita sound

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...