Skip to main content

Breadelicious : Cheese Stick Untuk Digonyeh

Sejahteralah ke atas kamu....

Terpanggil untuk membeli ini di Breadelicious. [Sape yg panggil?]





Keras jgk cheese stick ni. Rasa dia tak manis, tak masin macam tawar2, pastu ada rasa macam nestum pun ada. Aku beli pun sebab nak bagi Ustaz Luth tu gonyeng. [apa perkataan yang betul ye. Korang paham tak apa makna gonyeng/gonyeh tu? ]. Dia kan baru nak tumbuh gigi. Eh, dah tumbuh dah. 2 batang baru tumbuh. Sebatang atas, sebatang bawah. Tu pun tak keluar habis lagi. Tapi walaupun ada 2 batang je, dia dah mula suka pegang makanan sendiri.

Ni la gigi dia. Satu atas, satu bawah. Dia ni pelik daripada org sokmo. Org biasa tumbuh 2 batang, sama ada  2 atas je atau 2 bawah je. Selamat le tak tumbuh geraham dulu. Kalo tak lagi la aku pelik.



Nenek pengasuh kata, petang2 dia nak keropok. Kalau tak bagi keropok dia nangis. Huihhh, ikut perangai kucing sebelah rumah tok penghulu kampung Kuale Kenau lettew. Sekarang ni yang aku rasa sangat comel bila aku dengan hasben makan kat meja makan, bila dia nak datang mengacau, aku bagi biskut ke, roti ke, terus senyap duduk diam2 kat lantai tepi meja. Maka kiterang pun boleh la makan dengan aman. Hehehe.. Aku dengan hasben aku macam selalu je tak tahan nak gelak bila tgk macam setompok je budak kecik makan dengan sungguh2 tak pandang kiri kanan, fokus menggigit biskut dgn gigi kecik.

Comments

  1. skill amek gmbr tu lyd...berseni btl...a'ah la luth tumbuh atas bwh kan hehehe selalu atas/bwh..ni dua2 sekali...mesti luth ni lain dr yg lain bila besar nti..something spesel..

    ReplyDelete
  2. wah..luth dah tumbuh gigi...jaga2 mama...nanti kena ngap...haaaa....

    ReplyDelete
  3. Comelnya gigi Luth yang baru tumbuh ni. Ikut sedap anak tekak aje ya lakibini ni dok gelak tengok si Luth makan dengan penuh excitednya. Padahal dia serius concentrate camna nak menghabiskan biskut tu dengan cara yang paling enak sekali.

    ReplyDelete
  4. Yeayyy..luth dah tumbuh gigi..
    Lps ni ummi dia blh bg mkn bnda yg keras2 sikitla kan

    ReplyDelete
  5. nmpk gigi luth..comel gila..perangai lagi gila..dah pandai mkn biskut..boleh byang dia duduk diam tak pandang kiri kanan..afia smp skang makanmasih blander..roti n biskut pun bg sikit2..gigi takde katanya..dia gonyeh pakai gusi je.huhu

    ReplyDelete
  6. nampak sedap jer tu..
    syok la ni luth kekoh..

    ReplyDelete
  7. Comelnya gigi luth yg sebatang tu...hehehe...Asyik mengasah gigi je lah klo mcm nih.

    ReplyDelete
  8. Bila Lyd sebut gigi Luth ada 2 batang, teringat lirik lagu 'burung kakak tua':

    Burung kakak tua
    hinggap di jendela
    nenek sudah tua
    giginya tinggal dua...

    ReplyDelete
  9. alololo...comel jer tengok budak2 tumbuh gigi ini..hehehe :D

    p/s: follow sini

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. a'ah pelik tu, tumbuh sebatang atas sebatang bawah..janji Luth sihat kak...

    ReplyDelete
  11. Hebat la mama Luth ni bole amik gambo gigi dia cenggitu..hehehe.
    Beli katne cheese stick ittew?

    ReplyDelete
  12. Anak koi puns dah tumbuh gigi. ..2 di bawah

    ReplyDelete
  13. rasa macam penah beli biskut tu, tapi mcm pendek sket ..hehee
    tapi memang sedap ;)

    ReplyDelete
  14. comelnya gigi baru tumbuh luth tu..lps nie kan dia akan suka tarik tangan kita masuk dalam mulut gigit...acicha pun sakit tau kalau dia gigit..heheh...teringin nak nak bg teething beskut cam gitu...:) tgh mencari nie..(terngiang2 lak yeayy tepuk tangan nie...hehhe)

    ReplyDelete
  15. tak tau la pelik ke tak.kena tnya yg dah ada bby..

    xlist dpt biskut ni luth buat hal sndiri kan baru la kusyuk papa n mama mkn .hihi

    ReplyDelete
  16. eh Jelita pun tumbuh gigi taring belah atas dulu... budak2 sekarnag ni dah pelik mutasi dorang kan. hehehe bila baca gaya Luth nak datang ngacau tu, macam kucing pun ada lagaknya. dapat jer makan diam... layannnn.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...