Skip to main content

Puding Roti Masin [Savory Bread Pudding]

Sejahteralah ke atas kamu....


Pandangan atas ; puding roti masin dengan hiasan mayonis dan blueberry jam. Bajet ala ikea meatball yang dimakan dgn raspberry jem ke apa ye yang merah tu.

Biarpun rupanya buruk tapi rasanya delicious tahu.


Aik, nak share resepi ke aku hari ni? Ehehehe... Aku ni tak reti masak. Setakat nak makan berdua dengan suami tu boleh le. Sedap tu idok le, setakat boleh makan je. Tapi aku akan cuba sedaya mungkin untuk masak setiap hari. Walaupun hanya sekadar puding roti... hahhhh?? 'Sekadar' kau kata??! Bersilat ni tau, nak siapkan ni walaupun caranya senang ya amat bagi CheMatGebu. [*tetibe terus compare dgn che mat gebu mmg takleh blah*]

Aku masak ni Khamis lepas. Ingat terus nak share hari Jumaat tu kat blog diva aku ni. Tetiba Tengku Luth aku tu demam dan aku EL, maka terpaksa le postponed. Asalnya aku tergoda tengok resepi banana-bread pudding MamaJJ, cik Puan NASTYNA yang dia share kat blog dia[ambik, hurup besar nama dia. sorry ye kalo saye mengkomersilkan nama kamu]. Tapi aku fikir, kalo aku buat yang manis, nanti malam aku kena masak nasik plak utk santapan 2 orang hippo ni. Tak de selera la aku nak masak 2 kali. Maka tak sengaja menggugel resepi 'savoury bread pudding'. Kan dah kata, gugel ni lah sebenarnya dajjal sebab dia serba tahu. Then jumpa la dengan khazanah yang aku cari-cari tu. [oppss... perkataan khazanah sangat sensitip sekarang].

Now, let me show you the meaning of being lonely, step by step to make savory bread pudding. 

Ingredientses ; [kalau Gollum ajar memasak cenggini la kot. Semua benda dia nak jadikan plural walaupun benda tu dah plural. Contohnya, ada 2 pocket sepatutnya sebut 'pockets' tapi dia pluralkan lagi menjadi 'pocketses'. okay.. motif aku cite pasal Gollum dalam resepi ni??]




1.  ROTI [bread or bun]. Ikut suka nak guna roti apa. Lagi bagus kalau guna roti yang sedap. Aku guna milk bun tu sebab papa Luth yang tersalah beli roti, aku sebenarnya order Potato Bun untuk makan cicah dgn air Vico, tapi dia beli hok itu plak. So, aku guna je la milk bun tu untuk buat puding.

Pada dasar pemanggang aku sapukan butter.





2.  Telur [EGG] campur susu cair, campur garam dan lada sulah. Berapa biiji itu terpulang kepada berapa banyak roti untuk buatkan semua roti dan bahan-bahan lain tenggelam.

apa water mark aku cenggitu? *Gmbr susu takde. Ko jangan kata ko tak kenal susu cair. Meh sini aku tindik kening ko.




3.  Keju [CHEESE]. Ikut suka jugak berapa keping nak letak.

Nampak tu keju dalam bulatan merah tu. For vegetarians hokey.



Okaylah. Aku rasa macam mengada-ngada plak aku nak cerita panjang2 sangat. Aku akan serius start dari sekarang... 

4.  Kacang pis[bintang]

5.  Bilik yang terkecil di dunia - Mushroom [bintang]
6.  Sayuran terpulang la nak guna broccoli atau bayam atau asparagus. [bintang]
7.  Daun bawang [bintang]

8.  Sosej lagi elok guna isi ayam segar. Lebih menyihatkan [bintang]





Dah yang aku berbintang bintang ni apa maksud?? Sorry ye kengkawans, keyboard aku ni key shift dia rosak. Aku maksudkan bintang tu ialah asterisk = '*'. Maksudnya, yang bertanda bintang adalah optional. Nak letak boleh, tanak letak pun boleh dan nak ganti dengan apa pun boleh. PAHAM??!


 Cara-caranya ;-












Sekian. Finish line.

Comments

  1. Perghhhh...boleh try nih. Thanks lyd ☺

    ReplyDelete
  2. Aku menjadi keliru. Entri masakankah atau entri lawak? Kerna tawaku sering berderai tika membacanya.

    Okey..back to normal. Serius..mmg nampak sedap lyd! Tahniah...rajin.

    ReplyDelete
  3. memang berbintang2 cikgu bc menu ko ni lyd..tapi tetiba lapaq plak..adoila..

    jom singgah blog cikgu..http://teacherbasariah.blogspot.com/

    iklan sat nah..tuan tanah..kihkihkih

    ReplyDelete
  4. ini bukan takat chegebu kalah, I pun kalah ni. eh I naikkan taraf diri sendiri. serius la ni boleh bikin kenyang dah lebih sedap dari pizza jer gayanya. Selalu kalau pizza roti tabur2 sosej bakar tu macam boring dah,nak wat lagu ni la pulok.

    ReplyDelete
  5. ermm dappnyer...dah meleleh dah air liur..

    ReplyDelete
  6. Peh, dah macam pizza pun ada. Tapi memang terliur la menengoknya, tak pasal-pasal lapar balik.

    ReplyDelete
  7. tgok pun tau dah sodap kan...kalau SA memang x menjadi la ni...ko iolls tangan x seni...tp bab masak lauk tangan i seni ...hehehehe

    ReplyDelete
  8. Nanti nak minta tuanku permaisuri di rumah masak resepi ni... :)

    ReplyDelete
  9. fuhhh..memg hebatlah, nak try jugak nie!!

    ReplyDelete
  10. ok...terliur...sila masak ngn hantar kt umah *diva nih..sambil libas2 rambut~~

    ReplyDelete
  11. ok yang menaikkan semangat aku tengok hidangan ni ialah sosej yang segar bersama keju.

    sekian.

    ReplyDelete
  12. sedapnyaaaaaaa!!!!!!!!!!! nakkk!!!!!! :D

    ReplyDelete
  13. mcm piza ... nice . blh try nih ... confirm tukang buat tak dapat nak mkn nanti ... adeh .

    ReplyDelete
  14. Huwaaaa!! nanges tengok..

    tp nak ambik resepi la, nak cuba buat :)

    ReplyDelete
  15. wah mmg menggoda lah dh mcm ala2 masterchef ni lyd... terbaik !

    ReplyDelete
  16. tak biasa masak, tapi lama-lama, practice makes perfect. nanti sedap la tu.
    just imagine you're doing a lab experiment. masukkan garlic, ajinomoto, perapkan ribena ke, cola ke, and try gunakan olive oil ataupun minyak biasa. :)
    lama lama process semakin cepat, semakin sedap. good luck!
    btw, sedap nampak kuih tu.hehe

    ReplyDelete
  17. peehhh..sedapnya..mama luth ngajar resepi kali nie...heheh..nampak cam byk jgk bhn guna kan..apapun napok mebeleh....hehe

    ReplyDelete
  18. Tajuk resepi dah ohsem gila. Bila baca resepi dok gelak tak tutup mulut. Nampak bintang terus berpinar mata nih sambil mulut ternganga-nganga air liur meleleh (kurang pasti apa sebabnya - kerana bread pudding ni ke atau penceritaan resepinya...)

    Walaupun saya rasa nak pengsan menghafal semua barangses dan stepses bersama bintang-bintang di langit (ni tak leh guna plural), rasa macam nak cuba sebab alahhhhhhhhh...... macam senang ajek :)

    P.S. Sila jangan tunjuk buku lima tanpa sebab kat muka kita *_* (Nampak tak, nampak tak....bintang kat keyboard kita ok aje ....)

    ReplyDelete
  19. Cantiknya gambar di atas, boleh membuatkan orang yang tengok kembali lapar. hahaha

    ReplyDelete
  20. pakai pemanggang ajaib yer kak..nak try lah..br semalam try buat kek pisang pemanggang ajaib..hehehe..sepanjang kahwin kali pertama buat kek..

    ReplyDelete
  21. singgah di hari senin..
    ke mana kamu lyd..
    harap baik2 aja mama n luth :)

    ReplyDelete
  22. macam best je beli pemanggang ni kan..macam2 boleh buat..

    ReplyDelete
  23. kebetulan baru beli pemanggang ni tadi..boleh la try pasni..:)

    ReplyDelete
  24. adoiiii tergoda jap tengok resepi ni..nak kena try jugak gayanya..

    ReplyDelete
  25. alamak cam baguihjer sedapnyer... ni tengku luth makan kerni... rajin maknyer...

    ReplyDelete
  26. Mcm sedap je. Blh la try kalau ada ckp bahan yg mana skg ni nan ado.

    ReplyDelete
  27. fuh meroyan kite tgok..sedap gilalah..nti boleh cuba buat

    ReplyDelete
  28. wah, nampak sedap.. lenkali leh beli bahan n try ni... :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca