Skip to main content

Puding Roti Masin [Savory Bread Pudding]

Sejahteralah ke atas kamu....


Pandangan atas ; puding roti masin dengan hiasan mayonis dan blueberry jam. Bajet ala ikea meatball yang dimakan dgn raspberry jem ke apa ye yang merah tu.

Biarpun rupanya buruk tapi rasanya delicious tahu.


Aik, nak share resepi ke aku hari ni? Ehehehe... Aku ni tak reti masak. Setakat nak makan berdua dengan suami tu boleh le. Sedap tu idok le, setakat boleh makan je. Tapi aku akan cuba sedaya mungkin untuk masak setiap hari. Walaupun hanya sekadar puding roti... hahhhh?? 'Sekadar' kau kata??! Bersilat ni tau, nak siapkan ni walaupun caranya senang ya amat bagi CheMatGebu. [*tetibe terus compare dgn che mat gebu mmg takleh blah*]

Aku masak ni Khamis lepas. Ingat terus nak share hari Jumaat tu kat blog diva aku ni. Tetiba Tengku Luth aku tu demam dan aku EL, maka terpaksa le postponed. Asalnya aku tergoda tengok resepi banana-bread pudding MamaJJ, cik Puan NASTYNA yang dia share kat blog dia[ambik, hurup besar nama dia. sorry ye kalo saye mengkomersilkan nama kamu]. Tapi aku fikir, kalo aku buat yang manis, nanti malam aku kena masak nasik plak utk santapan 2 orang hippo ni. Tak de selera la aku nak masak 2 kali. Maka tak sengaja menggugel resepi 'savoury bread pudding'. Kan dah kata, gugel ni lah sebenarnya dajjal sebab dia serba tahu. Then jumpa la dengan khazanah yang aku cari-cari tu. [oppss... perkataan khazanah sangat sensitip sekarang].

Now, let me show you the meaning of being lonely, step by step to make savory bread pudding. 

Ingredientses ; [kalau Gollum ajar memasak cenggini la kot. Semua benda dia nak jadikan plural walaupun benda tu dah plural. Contohnya, ada 2 pocket sepatutnya sebut 'pockets' tapi dia pluralkan lagi menjadi 'pocketses'. okay.. motif aku cite pasal Gollum dalam resepi ni??]




1.  ROTI [bread or bun]. Ikut suka nak guna roti apa. Lagi bagus kalau guna roti yang sedap. Aku guna milk bun tu sebab papa Luth yang tersalah beli roti, aku sebenarnya order Potato Bun untuk makan cicah dgn air Vico, tapi dia beli hok itu plak. So, aku guna je la milk bun tu untuk buat puding.

Pada dasar pemanggang aku sapukan butter.





2.  Telur [EGG] campur susu cair, campur garam dan lada sulah. Berapa biiji itu terpulang kepada berapa banyak roti untuk buatkan semua roti dan bahan-bahan lain tenggelam.

apa water mark aku cenggitu? *Gmbr susu takde. Ko jangan kata ko tak kenal susu cair. Meh sini aku tindik kening ko.




3.  Keju [CHEESE]. Ikut suka jugak berapa keping nak letak.

Nampak tu keju dalam bulatan merah tu. For vegetarians hokey.



Okaylah. Aku rasa macam mengada-ngada plak aku nak cerita panjang2 sangat. Aku akan serius start dari sekarang... 

4.  Kacang pis[bintang]

5.  Bilik yang terkecil di dunia - Mushroom [bintang]
6.  Sayuran terpulang la nak guna broccoli atau bayam atau asparagus. [bintang]
7.  Daun bawang [bintang]

8.  Sosej lagi elok guna isi ayam segar. Lebih menyihatkan [bintang]





Dah yang aku berbintang bintang ni apa maksud?? Sorry ye kengkawans, keyboard aku ni key shift dia rosak. Aku maksudkan bintang tu ialah asterisk = '*'. Maksudnya, yang bertanda bintang adalah optional. Nak letak boleh, tanak letak pun boleh dan nak ganti dengan apa pun boleh. PAHAM??!


 Cara-caranya ;-












Sekian. Finish line.

Comments

  1. Perghhhh...boleh try nih. Thanks lyd ☺

    ReplyDelete
  2. Aku menjadi keliru. Entri masakankah atau entri lawak? Kerna tawaku sering berderai tika membacanya.

    Okey..back to normal. Serius..mmg nampak sedap lyd! Tahniah...rajin.

    ReplyDelete
  3. memang berbintang2 cikgu bc menu ko ni lyd..tapi tetiba lapaq plak..adoila..

    jom singgah blog cikgu..http://teacherbasariah.blogspot.com/

    iklan sat nah..tuan tanah..kihkihkih

    ReplyDelete
  4. pandai jugak memasak..jelez nih..saya nak cuba jugak la buat nih..esok!untuk bekal maisara..

    ReplyDelete
  5. ini bukan takat chegebu kalah, I pun kalah ni. eh I naikkan taraf diri sendiri. serius la ni boleh bikin kenyang dah lebih sedap dari pizza jer gayanya. Selalu kalau pizza roti tabur2 sosej bakar tu macam boring dah,nak wat lagu ni la pulok.

    ReplyDelete
  6. ermm dappnyer...dah meleleh dah air liur..

    ReplyDelete
  7. Peh, dah macam pizza pun ada. Tapi memang terliur la menengoknya, tak pasal-pasal lapar balik.

    ReplyDelete
  8. tgok pun tau dah sodap kan...kalau SA memang x menjadi la ni...ko iolls tangan x seni...tp bab masak lauk tangan i seni ...hehehehe

    ReplyDelete
  9. Nanti nak minta tuanku permaisuri di rumah masak resepi ni... :)

    ReplyDelete
  10. fuhhh..memg hebatlah, nak try jugak nie!!

    ReplyDelete
  11. ok...terliur...sila masak ngn hantar kt umah *diva nih..sambil libas2 rambut~~

    ReplyDelete
  12. ok yang menaikkan semangat aku tengok hidangan ni ialah sosej yang segar bersama keju.

    sekian.

    ReplyDelete
  13. sedapnyaaaaaaa!!!!!!!!!!! nakkk!!!!!! :D

    ReplyDelete
  14. mcm piza ... nice . blh try nih ... confirm tukang buat tak dapat nak mkn nanti ... adeh .

    ReplyDelete
  15. Huwaaaa!! nanges tengok..

    tp nak ambik resepi la, nak cuba buat :)

    ReplyDelete
  16. wah mmg menggoda lah dh mcm ala2 masterchef ni lyd... terbaik !

    ReplyDelete
  17. tak biasa masak, tapi lama-lama, practice makes perfect. nanti sedap la tu.
    just imagine you're doing a lab experiment. masukkan garlic, ajinomoto, perapkan ribena ke, cola ke, and try gunakan olive oil ataupun minyak biasa. :)
    lama lama process semakin cepat, semakin sedap. good luck!
    btw, sedap nampak kuih tu.hehe

    ReplyDelete
  18. peehhh..sedapnya..mama luth ngajar resepi kali nie...heheh..nampak cam byk jgk bhn guna kan..apapun napok mebeleh....hehe

    ReplyDelete
  19. Tajuk resepi dah ohsem gila. Bila baca resepi dok gelak tak tutup mulut. Nampak bintang terus berpinar mata nih sambil mulut ternganga-nganga air liur meleleh (kurang pasti apa sebabnya - kerana bread pudding ni ke atau penceritaan resepinya...)

    Walaupun saya rasa nak pengsan menghafal semua barangses dan stepses bersama bintang-bintang di langit (ni tak leh guna plural), rasa macam nak cuba sebab alahhhhhhhhh...... macam senang ajek :)

    P.S. Sila jangan tunjuk buku lima tanpa sebab kat muka kita *_* (Nampak tak, nampak tak....bintang kat keyboard kita ok aje ....)

    ReplyDelete
  20. Cantiknya gambar di atas, boleh membuatkan orang yang tengok kembali lapar. hahaha

    ReplyDelete
  21. pakai pemanggang ajaib yer kak..nak try lah..br semalam try buat kek pisang pemanggang ajaib..hehehe..sepanjang kahwin kali pertama buat kek..

    ReplyDelete
  22. singgah di hari senin..
    ke mana kamu lyd..
    harap baik2 aja mama n luth :)

    ReplyDelete
  23. macam best je beli pemanggang ni kan..macam2 boleh buat..

    ReplyDelete
  24. kebetulan baru beli pemanggang ni tadi..boleh la try pasni..:)

    ReplyDelete
  25. adoiiii tergoda jap tengok resepi ni..nak kena try jugak gayanya..

    ReplyDelete
  26. alamak cam baguihjer sedapnyer... ni tengku luth makan kerni... rajin maknyer...

    ReplyDelete
  27. Mcm sedap je. Blh la try kalau ada ckp bahan yg mana skg ni nan ado.

    ReplyDelete
  28. fuh meroyan kite tgok..sedap gilalah..nti boleh cuba buat

    ReplyDelete
  29. wah, nampak sedap.. lenkali leh beli bahan n try ni... :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya