Skip to main content

Luth Setahun Sebulan : Albert Einstein

Sejahteralah ke atas kamu....



Anak soleh yang taat kepada Allah ni masih belum boleh berjalan. Masalah dia ni bukan apa, dia sangat 'tak rajin'. Bila aku pimpin tangan dia untuk bagi dia berjalan, dia akan duduk. Macam tak kuasa nak layan la aktiviti penat macam tu. Bertuah punye anok.

 
Pertuturan pon masih sama macam bulan2 sudah. Hanya mama, papa dan kadang-kadang dia sebut perkataan tractor = tektor [ada dalam soft book dia gmbr tractor]. Sumtimes ada jugak dengar dia sebut perkataan yang seakan-akan pepepapo [purple flower]. 'Allahuakbar' pun ada dengar juga dia sebut tapi pelat la. Eii, gerang plok bile teringat. Sebab comelnya suara halus tu bercakap pelat. [comel di mata aku je.]. Aku tak kisah sangat sebab aku yakin apa yang aku ajar, dia serap. Cuma mungkin dia tak keluarkan apa yg dia dah belajar selama ni. Albert Einstein pun bercakap masa umur 4 tahun. Genius jugak. 

Aku tak sure aku pernah cerita ke tak dalam blog. Luth ni bila aku sebut 'Ya Allah' je dia akan nangis teresak-esak. Kelakar sangat aku rasa. Sampaikan aku selalu je menyakat dia sebab sengaja nak tengok muka dia menangis. Itulah gewdik santai namanya mama Luth ni. Dah elok2 anak tu dok diam2 tetibe je nak suh dia nangis plak. 

Comments

  1. Anak saya yang nombor 3 bila usia 1 tahun dah dapat adik. Anak nombor 4 juga begitu, umur 1 tahun dah dapat adik. Anak-anak yang lain ada sedikit jarak usia 2-3 tahun baru dapat adik...Bayangkan jika Luth dalam usia sekarang dah dapat adik tentu dia suka........

    ReplyDelete
  2. lambat jalan tapi otak sehebat albert enstain luth ni..perkembangan intelek tu mengatasi fizikal yg mana lagi bagus sebenarnya..:)

    ReplyDelete
  3. bila dia tidur, suruh bangun.
    bila dia merangkak, suruh dia tidur
    bila dia berjalan, suruh dia duduk.

    malas nak mengutip...oh...
    sibuk betul nak jalan Luth sekarang ni..meniti dari dinding ke dinding

    ReplyDelete
  4. org kata kalo lmbt jalan pandai cakap...luth bijak spt albert enstain ni nti...

    ReplyDelete
  5. Tiap-tiap anak perkembangannya tak sama. Ada yang cepat, ada yang lambat.

    Memang betul pasal kisah Einstein dulu pun lambat bercakap masa kecik, tapi bila besar jadi genius. Kat Malaysia ada kisah Shukri Hadafi yang boleh membaca akhbar pada usia tiga tahun, sekarang ni entah apa jadi kat dia pun kita tak tau.

    ReplyDelete
  6. kenapa sebut Ya Allah, Luth menangis kak... pelik pula.

    ReplyDelete
  7. Biasanya tahap perkembangan anak2 adalah berbeza..cam arissa nie berapa patah jer perkataan yg keluar dr mulut dia selaindr yg merapu tuh..

    ReplyDelete
  8. Betul betul betul... budak2 ni dia serap jer semua, cuma malas nak tunjuk jer. Biar lambat asal selamat kan Luth. Macam si Jelita ni punya la dulu sebijik dua jer ayat dia pun, tapi skang ni hambek... whole day non stop.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum lyd...sekejap jer Luth dah besar yer...:)

    ReplyDelete
  10. sabaq je la ade je sbb nak bg luth menangis ye

    ReplyDelete
  11. Bersabar menunggu, Lyd. Simpan itu super excited punya feeling mak-mak nak tengok anak berjalan dan bercakap. Nanti bila Luth dah start berjalan dan berceloteh non-stop, mu juga yang nangis-nangis. Budak-budak ni lagi lambat bercakap, lagilah banyak nak dibebelkan sebab lama sangat simpan dalam kepala tak lepas nak cakap.

    Buat masa ni berbahagialah dulu dengan mama, papa, tektor mahupun pepepapo.

    ReplyDelete
  12. Dun wori la lyd.. sampai waktu dia jalan jugek.. sok dah leh jln udah jenoh nk mengejor keliling rumah.. belum part pnjt memanjat.. t da leh ckp.. lg mnjenuh nk mnjawap.. haha. Syukrii bila aku sebut astaghfirullahhalazimmm... terus cebik.. intonasi tu kot. Dia ingt kena mrh. Sbb aku selalu istigfar bila dia wat hal. Haha.

    ReplyDelete
  13. Kalau nak nyakat...biasa sebut..hepp...biasa dia...nnt aril cemekkan muka dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...