Skip to main content

BETUL KE KILAT DAN PETIR TU MENGEJAR SYAITAN?

Sejahteralah ke atas kamu....

Masa kekecik dulu orang-orang tua selalu kata, kalo tengok kilat atau petir tu maknanya Allah sedang murka terhadap syaitan.

Betul ke tidak?

Jawapannya ialah..... Confirm betul.

Bukti?

Ini buktinya....

Ada di dalam Surah As-Shoffaat. [As-Shaaffaat], ayat 1 hingga 1-10.


Dalam satu lagi terjemahan Al Quran, suluh cahaya itu dikatakan meteor. Jadi, kita boleh kaitanlah sendiri suluh cahaya tu. Sebab itu bila ternampak kilat atau petir, kita digalakkan membaca 'la hawla wala quwwata illabillah'

Comments

  1. Koi selalu istifar...salah rupanya ye..

    ReplyDelete
  2. Haah..mmg btul..sllu dgr bnda ni..but tq ek share..

    ReplyDelete
  3. ada ustaz kata , syaitan kena petir tak mati ...

    ReplyDelete
  4. Ada beberapa doa ketika berlaku kilat petir, antaranya:
    سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ
    ((Maha suci Allah yang petir dan para malaikat bertasbih dengan memuji-Nya kerana rasa takut kepada-Nya).

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian ni Lyd :)

    ReplyDelete
  6. takut la kan bila ada petir sambung menyambung dgn guruh lagi...

    ReplyDelete
  7. Saya sekarang ni kalau waktu petir kat rumah, sure akan ada makhluk kenit yang akan lari menyelit duduk kat bawah ketiak saya.

    Biasalah anak perempuan, kalau takut je, sure lari cari ayahnya dulu. Haha

    ReplyDelete
  8. kalau anak-anak kecik memang takut sangat dengar bunyi petir dan kilat ni,mesti sembunyi bawah selimut....kecil2 dulu saya pun rajin buat gitu,selalu sebut auzubillah...

    ReplyDelete
  9. la hawla wala quwwata illabillah (n_________n)

    ReplyDelete
  10. emm betul ada bukti dalam surah lagi..kena percaya la yg kilat tu tembak syaitan

    ReplyDelete
  11. itu jugak yang diberitahu masa saya kecik dulu..
    terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  12. bunyi kilat jer...mulut terus baca la hawla wala quwwata illabillah .

    ReplyDelete
  13. Betul tuh memang ade dlm ayat lain jugak berkaitan ngan panahan setan nie..
    kalo kat umah nie kilat atau guruh jer mesti kena tutup semua suis..huhuh..big boss takut kena sambar lagi..:)

    ReplyDelete
  14. bagus entry ni..siap penerangan jelas lg

    ReplyDelete
  15. pernah dgn & mmgbetul kalau ikiut kata ustaz dulu. Pun ada jugak Adik tanya2 pada KA....jangan tanya balik pada Adik, satu hari satu malam nanti dier bercerita tntang ini !

    ReplyDelete
  16. Sbb tu la gerun je dgr guruh yg kuat diselangi kolat oetir menyambar2.

    ReplyDelete
  17. Thanks lyd atas perkongsian. Memang mak pernah cakap pasal benda nih.

    ReplyDelete
  18. Baru dengar kilat sambar menyambar, petir berdentum pun dah takut. Rasa macam tak mahu turun daripada katil aje, kalau masa tu atas katillah. Syaitan kena tembak ngan petir rupanya.... thanks for sharing.

    ReplyDelete
  19. Baru tau kena baca ni bila petir. Sblm ni baca auzubillah je.

    ReplyDelete
  20. selalu dengar..
    eh macam banyak sangat jer post U i balun ni... berapa kurun la I tak bertandang eh?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...