Sejahteralah ke atas kamu....
Aku pergi Mydin mini mart... Aku ambik cream cheese Philadelphia dengan whipped cream dan beberapa lagi barang lain. Aku pergi kat kaunter bayaran nak bayar semua barang-barang yang aku ambik tu, pastu cashier cakap kat aku... 'nak bayar guna jelly pun boleh'. Aku macam tak sangka ada juga such thing. Bayar dengan jelly memang menggembirakan aku. Kebetulan pulak dalam poketses aku memang ada jelly yang bentuk beruang gemuk-gemuk. So aku tanya le cashier tu, semua barang ni harganya berapa jelly?
Dia jawab, 'semua ni harganya 5 jelly'.
Aku raba dalam poket jacket aku. Aku keruk mencari jelly, dapat segenggam jelly. Mujur la tak berlengas. Dapat jelly tu aku hulur kepada cashier. Jellies itu dia masukkan dalam scanner kecik untuk tolak amaun dalam sistem. Ala, konsep dia lebih kurang macam kupon la. Cuma ini guna jelly. Kehkeh. Sekali dia try scan banyak kali, scanner tu tak dapat baca jelly aku sebab jelly aku tu macam bersusu. Then baru aku tahu hanya jelly jernih je yang diterima. Hampa....
Dah tu aku nak bayar barang-barang yang aku beli tu, aku cakap la kat cashier tu, tak jadi la bayar guna jelly. Dia tanya, aku nak bayar guna cash ke kad kredit. Then aku pilih nak bayar cash. Bila aku tanya berapa jumlah harga barang-barang tu, cashier kata rm65. Mak aihhh... mahalnya. Maknanya 5 jelly sama nilainya dengan rm65.
Aku buka purse. Aku tgk duit aku ada rm20 je. Tak cukup plak nak bayar. Pastu aku bagitau balik kat cashier tu aku nak bayar guna kad kredit. Aku dah bawak keluar kad Maybank yang ada gambar cherry, sekali baru aku teringat yang aku ni mana la ada kad kredit. Cemana nak bayar. Dalam kalut tu, aku terdetik plak aku nak check wallet aku plak. Owh aku ada 1 purse, satu lagi wallet yg mcm lelaki punya tu. Fuhhhh... lega sungguh bila aku tengok dalam wallet tu ada note rm100 sekeping dan note rm50 sekeping.
Ni la bahana dia kalau kutuk resepi cheesekut dengan kawan-kawan dalam grup whatsapp. Sampai termimpi-mimpi nak buat cheesekut pastu gi beli barang kat Mydin. Diulang. Aku hanya mimpi ye bayar guna jelly tu. There is no such thing in reality. Bukan mengutuk apa pun, aku cuma kata trend sekarang buat dessert memang mengelat sebab guna biskut je. Kek batik pun gitu, cheesekut pun gitu, pastu ntah apa benda lagi yg ala2 tiramisu tu. Wei aku bukan kutuk dari sudut negatif tau. Actually bagus pun sebab senang je nak buat, mudah kerja, jimat masa. Lepas kutuk2 manje tu, terus je Allah bagi aku nafsu nak makan cheesekut. Haaa... kalo dah rasa nak makan, maka kena lah buat sendiri. Huhuh... pastu ada la content yg boleh masukkan dalam blog. Hahahaha.
Sorry ye. Cerita ni memang mengarut.
Konsep bayar guna jelly ni setahu saya belum ada lagi di tempat saya tinggal yang masih ala- ala- rural ni (tapi mengaku bandaraya!)....
ReplyDeleteErk...boleh pakai bayar jelly jer. Nak belly jelly banyak2 pastu nak shopping kat mydin lah...hehehe...
ReplyDeleteNasib ada purse & wallet yerp.
Meh tayang cheesekut tersebut ye Lyd..! Hahhaaa
ReplyDeleteDulu ada org porpuse guna kankung..rasanya lebih kurng mcm ni jgk kaedah beil.
ReplyDeleteBest tul byr guna jelly je..hahaa
ReplyDeleteCheesekut tu mmg selalu saya buat, sbb sng. Ni pun plan nak buat..boleh mkn wkend. Bhn mmg ada, baki buat sebelum ni. Lg satu lyd, rasa dia lebih sdp kalau simpan dlm fridge lebih lama..cth lepas sehari. Mmg beza kalau setakat simpan 5jam (masa yg biasa disarankan dlm resepi).
Lyd, I tak berapa faham sebab tak pernah jejak Mydin. Jelly ni memang macam rupabentuk jelly ke apa nih? I is confused little-little again, you know. Dasatlah you ni, sampai ada wallet ngan purse tiap kali keluar rumah. Dalam handbag I, jap-jap I nak tengok.... macam-macam ada sampai I tak jumpa apa I nak carik!
ReplyDeleteBy the NKVE hi-way, cheeskut dah siap ke? RM65 tu mahai ooo kalau tak buat gak resepi tu...
Pssst, penat kopipes 'Savory Bread Pudding' sebelum balik kerja semalam, off to JJ and walla, I dah siap membako puding lewat malam semalam you. Yeah, clap2 for me, please!
ada yer bayar bagai jellly cam ni.. x pernah KA jumpa lagi... x salah nak cuba resepi2 yg tgh hot skang ni.. x sedap xpe. luth bukannyer makan sgt kan... masuk je mulut mak bapa dier khen hehehe... done nuffnnagx2 yer
ReplyDeleteXpnh tau pun blh byr guna jelly2 nih..hehe..xpnh dgrla lyd..sllu byr cash je atau debit kad je klu rin
ReplyDelete5 jelly? First time dengor term ni. Kalau saya terdengar pun, boleh tersalah sangka jugak kot. Mana la tau kot sistem pembayaran dan kembali ke sistem barter macam zaman dolu-dolu. Haha
ReplyDeleteni mimpi semata2 ni kan...baik ngaku...hehehhee
ReplyDeleteHaha...nasib 5 jelly...kalo boleh bayar pakai taidum lagi haru. .
ReplyDeletejelly... mmm, apa erk? x berapa nk paham la..
ReplyDeletemahei benor ler..
5jelly sy pun xpnh dgr g konesp nie..jelly tu mcm mn lyd hahahaha nmpk sgt blurr..
ReplyDeleteterkejut tadi ingatkan betul boleh bayar pakai jelly.ceh mimpi rupanya.benda yg kita fikir2 sgt memang selalu keluar dlm mimpi..sy selalu cmtu
ReplyDeleteHheheh..ingatkan betul2 boleh bayar guna jelly..rs kagum jgk mula2 tuh...
ReplyDeleteso buat tak cheesekut tuh..? hehe
Dah agak dah. Haha... Tp ciskut tu sdo. Dh lm x buat. Kalau tak berebut mak dgn anak nak mkn.
ReplyDeleteCam mana byr pakai jelly tu. Jelly tu nak dapat kat mana.
ReplyDelete