Skip to main content

Tepung Goreng Pisang dan Cempedak Yang Rangup Senang

Sejahateralah ke atas kamu...

Minggu lepas, siapa punya angkara ye yang buat aku terliur nak makan cempedak? Cepat baik ngaku aku nak rotan dia. Aku baca blog sape pun aku dah tak ingat. Dia tunjuk gambar buah cempedak yang memang dah konfirm kat luar pagar, pastu aku terliur then petang tu aku gelepor gi beli cempedak untuk digoreng celup tepung. 

Untuk makluman, aku ni jaman remaja dulu memang selalu buat tepung pisang goreng ni. Abah aku jual goreng pisang. Aku sempat la merasa tolong abah aku jual pisang goreng,  masa tu aku belum ada kerja tetap lagi.

Nak buat tepung goreng pisang yang sedap dan rangup ni senang je yop. Resepinya ialah ; 




1.  Tepung beras 500g
2.  Telur sebiji
3.  Kapur makan, tolong jangan guna kapur kasut mahupun kapur barus.
4.  Serbuk kunyit 1 sudu kecil
5.  Air untuk bancuhan agak2 je
6.  Garam dan perasa [optional] pun agak2

Cara-caranya;

1. Masukkan tepung beras ke dalam mixing bowl, masukkan garam, serbuk kunyit. 
2. Larutkan secubit kapur makan[lebih kurang sebesar hujung jari kelingking] dengan setengah cawan air sehingga air bertukar keruh.
3. Masukkan air kapur ke dalam tepung beras
4. Masukkan telur
5. Bancuhkan dengan air sehingga dapat kepekatan yang sesuai.**

**tepung tu kalau aku, aku akan buat pekat sikit daripada bancuhan roti jala. Tapi jangan terlampau pekat nnt tepung tu jadi tak rangup. Tapi kalau nak goreng cempedak yang masak, perlu pekatkan lagi kalau tidak tepung tu tak dapat selaputi seluruh cempedak tu.




Pisang yang aku goreng ni pisang berangan yang dah masak. Lembik la lepas masak.

Serap minyak skit. Potong ahhh.






Comments

  1. serap minyak tu pasal pisang ranum sangat kan..haha..tu hari aku ade gak belasah cempedak goreng..pesta kentut lepas tu..hahaha

    ReplyDelete
  2. memg clear btl gmbr ni...tue yg terliur tu..

    ReplyDelete
  3. sedap tu cempedak goreng..mahal kalo beli yang dah siap goreng ni..

    ReplyDelete
  4. terliur lak...nasib baru pekena cempedak goreng semalam. sekarang nak masak keledek goreng lak.... terima kasih kongsi resipi. boleh cuba lak cara yang ni.

    ReplyDelete
  5. Nampak macam terbaik je tepung goreng tu. Pergh..

    ReplyDelete
  6. ooo senang je ye...lama nya tak makan pisang goreng ;p

    ReplyDelete
  7. masuk telur ye?selalu tak masuk telur..tapi klu letak kapur mmg akan jadi rangup (^_^)

    ReplyDelete
  8. Gambar sikit punya terang, jelas dan nyata. Hah ni salah siapa sampai orang tengah berpuasa terliur nak makan cempedak goreng? Cepat jawab kalau tidak kena tunggu belakang office nanti nak kena belasah juga nih tau! *sambil singsing lengan baju raya*

    Oh, cempedak.... terkempunanlah nampaknya hari ni tak nampak cempedak!

    ReplyDelete
  9. Petang nanti isteri cadang nak buat goreng cempedak. Malangnya di rumah stok kapur makan dah habis...agaknya kena ganti dengan kapur kasut sekolah anaklah gayanya....

    ReplyDelete
  10. Perghhhh...tgk cempedak ngan pisang goreng pon dah terliur.

    ReplyDelete
  11. tang kapur tu yang lemah tu, sini I tak jumpa lagi natang kapur tu so selalu kalau part tu i pejam mata la.

    ReplyDelete
  12. Oooo....skrg dah masuk musim cempedak...patutlah aku tgk ada byk kat area aku ni...

    ReplyDelete
  13. tengah fikir nak goreng pisang buat juadah berbuka ptg ni. nak cuba resepi tepung goreng pisang mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dah try..memang terbaik..tq sharing..
      http://kakrose.blogspot.com/2014/08/cerita-goreng-pisang-rangup.html

      Delete
  14. waahhh...dah lama carik recipe goreng pisang ni.akhirnya dapat pon.orang kata sesetgh tukang jual letak plastik utk bagi rangup...eeerrkkk...

    ReplyDelete
  15. Eyhhh.. gna tpung beras?? Bkn tpung gndum ye
    .. mmg nmpk sedap la.. nk buat jgk la.. x pnh lgi buat grg pisabg sdri. Ni y rsa mcm kat belah negeri sembilan kan? Y cicah kuah kicap tu.. teranung pynya kan lain..

    ReplyDelete
  16. tepung beras mmg merangupkan. okay... biasa guna tepung gandum je walaupun tahu pasal yg tepung beras. dah biasa dgn bancuhan tepung gandum kan.

    ReplyDelete
  17. owh bolehlah cuba nanti cara buat tepung goreng pisang rangup ni...

    selama ni bunda cuma campurkan sedikit baking powder...sedikit garam..gula dan serbuk kunyit kedalam bancuhan tepung beras...
    Bolehlah...rangup jugak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca