Skip to main content

MamyPoko Original Atau Tiruan?

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku mula pakaikan Mamy Poko pada Luth sejak selepas pantang. Masa dalam pantang, guna Pet Pet sebab time tu, baby memerut setiap kali menyusu. Kalo sehari tu 14 kali dia menyusu, maka pat belas kali la dia nyahtinja. 

Mula-mula pakai saiz newborn, rasa takde problem. Elok je. Masa saiz S pun elok jugak. Bila dah tukar M then now L, aku perasan satu benda..... Bila diaper Mamy Poko yang aku beli, kadang-kadang nampak tak senonoh buatannya. Tapi ada masa aku beli, nampak la semenggah sikit. 

Aku saspek, salah satunya pastilah tidak original. Cuma aku ta pasti yang mana pelesu yang mana asli. Cuba korang nilai sendiri yang mana lebih meyakinkan untuk dilabel sebagai original?








Yang aku label dengan no 1 tu biasanya aku beli kat Jusco [now dipanggil AEON kan?], atau beli kat Giant dan Tesco. Biasanya.... harga promotion yang terlampau beza drpd harga biasa. Let say harga biasa pe besar = RM55, tapi bila promotion harganya RM43 je. Kan doblas hinggit bezanya tu.

Yang berlabel no2 pula, aku biasa beli at MydinMart depan umah aku tu atau kat 99 Speedmart. Patutnya yang label no 2 tu la aku beli kalau dah nampak buatannya lebih kemas, tapi biasanya takde pek besar yg jual di Mydin dan Speedmart. Itu yg beli terus pek besar kat Jusco. Tapi tengok le sendiri produknye cemana. 

Aku ni bukanlah seteliti macam Sherlock Homes, tapi kalo bab-bab kualiti yang obvious sangat mcm ni, takkan la aku tak perasan. Aku memang suka membelek barang-barang, terutamanya baju, aku tgk jahitan kemas ke tak. Cuma sama ada aku boleh maafkan ke tidak bila kualiti kurang atau pun tak.

Comments

  1. Salam dear...i pun pengguna tegar mamy poko..tp ape yg i perasan..no1 tu yg baru..dan no2 tu yg lama...and skang ade lg yg latest..u bleh beli kat jusco/tesco...corak yg membezakannya...

    ReplyDelete
  2. detailnya kamu...!?

    kalau uncle sarongkan je... hehe

    ReplyDelete
  3. salam mama luth ..lama tak jengk besan nie...sy kalo bab diaper nie tak kesah sangat janji murah dan berkualiti..asal tidak bocor..jahitan tuh tak peka sangat..hheheh

    ReplyDelete
  4. macam xpernah jumpa lagi yg no 1 tu..
    dari anak kecik biasa jumpa yg no 2 je...

    ReplyDelete
  5. I tak perasan pun selama ni, Lyd. Tapi anak I dah tak pakai MamyPoko lagi sebab saiznya dah tak sesuai. Adik tu pakai XL yang besar gedabak, mula-mula tukar ke Petpet lepas tu terus ambil Drypers je. MamyPokonya kecik sikit so selalu je dia tak selesa. Tak lama lagi boleh dah potty train si Adik ni.

    Kalau ikut gambar memang No.2 lebih kemas dan seharusnya original. Tapi ada ke MamyPoko tiruan ni?

    ReplyDelete
  6. lyd..rin pakaikan aish whoopee je..
    suka snagat sesuai utk aish
    tak bocor..
    mummy poko penah jugak 2x pakai..
    tapi bg rin whoopee menang lagi

    ReplyDelete
  7. aku beli mana yg promosi..aku x setia dgn sesatu product..
    kdg drypers, huggies lah biasa aku guna dan intai ada promosi tak

    ReplyDelete
  8. saya pun kadang2 beli juga mamy poko tapi tak perasan pun, baru tahu hari ni..

    ReplyDelete
  9. Pernah pakaikan mamy poko utk anak first....
    tapi sekali je...
    Konon kan dia ada poo.poo poket...sekali anak koi mencret...penuh poo poo poket tu...siap tembus atas tilam lagi...
    pastu terus pakai drypers..

    ReplyDelete
  10. Tak pernah guna mamy poko rasanya, masa kat malaysia dulu pet pet sampai ke sudah. In your case ni, maybe stok lama vs stok baru kot... entah la tak dapat nak nolong.

    ReplyDelete
  11. Ibu penuh prihatin ni..hehe. untung luth. heheh

    ReplyDelete
  12. satu design lama.. satu design baru..??

    ReplyDelete
  13. Orang-orang zaman dulu yang paling best, tak payah pening kepala pikir pasal petpet atau mamy poko, mereka pakai napkin yg lipat-lipat tu. Masalahnya pakai napkin tu kena rajin membasuh....

    ReplyDelete
  14. Teliti sungguh mama luth ni. Iols pon tak sure ada mamypoko tiruan tau tak. Tapi mamypoko memang best. Cuma duit poket tak best nak membelinya.

    ReplyDelete
  15. Saya langsung tak tahu bab2 ni. Hehe. Kalau bab gadjet tiruan ke ori boleh la tolong jawabkan,.

    ReplyDelete
  16. Huhu..lya xtau nk komen ape.. sbb dh lma giler x bli pmpers..asya dh bsr kan.. cuba tfk website dia.. mesti ada kan

    ReplyDelete
  17. Tak tau nak bezakan mcm mana. Yang penting, daya serap (ceh, daya serap ko) biar high class kualitinya. Huhuhu!

    Aku pkikan anak aku dgn Drypers. So far, ok. Price lagi murah. Kualiti sama. Tapi bila dah makin bsr, aku tgh consider nak pkikan pants. Lelagi bila ms travel t. Huhuhu!

    ReplyDelete
  18. haiii...diaper ni pon orang nk buat tiruan ker...parah ni...

    ReplyDelete
  19. wah3... luth pakai mamy poko. punggung mahal luth ni. haha...

    ReplyDelete
  20. Qisya masa bb dulu ja pakai mamy poko...lps tu smpai skrg setia dgn Huggies..ok setakat ni..kdg2 bila tgk rega murah pun rasa riso gak kan...manala tau skrg byk tiruan

    ReplyDelete
  21. Yg no.1 tu ori sbb sy pun pkai cmtu.pstu bl yg repacked punyer from fb xsama lgsg.even kulit luar pampers pun lain.yg no.1 tu lg tebal kapas.mamypoko ni lembut,klu ganas sikit tape dia dh terkoyak

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...